Mac 1, 2024

Keputusan Februari 2024: 3 Pedagang Teratas dan Bonus Unik Baru NordFX1

NordFX, sebuah syarikat broker telah membuat rumusan berkenaan prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Februari 2024. Keberkesanan servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

  • Keputusan terbaik untuk bulan Februari telah berjaya diraih oleh seorang pedagang dari Asia Selatan, pemilik nombor akaun 1745XXX yang memperoleh pulangan sebanyak USD 70,757 menerusi transaksi emas (XAU/USD).
  • Gandingan emas XAU/USD, bersama-sama dengan pound British (GBP/USD) telah membantu seorang pelanggan dari Asia Barat, pemilik nombor akaun 1704XXX untuk menduduki tempat kedua podium dengan jumlah keuntungan sebanyak USD 45,303.
  • Tempat ketiga menjadi milik seorang lagi pedagang dari Asia Selatan, pemilik nombor akaun 1748XXX. Beliau berjaya meraih pulangan sebanyak USD 25,570 dengan menggunakan gandingan instrumen yang sama iaitu XAU/USD.

Ini adalah situasi yang berlaku kepada khidmat pelaburan pasif NordFX:

  • Servis PAMM NordFX terus menarik perhatian para pelabur terhadap akaun "Trade and earn" yang dimulakan pada Mac 2022. Setelah empat bulan berada dalam keadaan dorman, ia kembali aktif pada bulan November tahun yang sama. Sejak sekian lama, kadar susut maksimumnya tidak pernah melebihi 17%. Walau bagaimanapun, pada hujung tahun 2023, pengurus akaun berkenaan telah melakukan kesilapan besar, dan dalam masa beberapa hari, kadar susutnya berisiko untuk menghampiri 60%. Mujurlah, pengurus tersebut mampu memperbetulkan keadaan, memberikan peningkatan mendadak kadar keuntungan, melebihi 477% dalam  tempoh 16 beroperasi.
    Dalam ulasan kami sebelum ini, kami turut memberi penekanan kepada akaun startup yang diberi nama Kikos2. Sebulan kemudian, akaun ini terus menunjukkan pretasi cemerlang untuk khidmat PAMM, memberi pulangan sebanyak 394% dalam masa 101 hari sejak dilancarkan, walaupun dengan kadar susut maksimum yang tinggi kira-kira 60%. Justeru, dalam perkara ini, para pelabur dinasihatkan untuk mengambil langkah lebih berhati-hati dan bersedia untuk menerima pulangan atau berdepan kerugian.
    Bagi mereka yang sudah biasa dengan khidmat pelaburan pasif NordFX pasti akan mengenali akaun dengan nama KennyFXPRO, akaun paling lama yang telah beroperasi lebih daripada tiga tahun. Kali ini, kami ingin tunjukkan dua akaun baru yang dihasilkan oleh pengurus yang sama. Akaun pertama, KennyFXPRO - The CAD Bank telah menunjukkan kadar pulangan sebanyak 7% dalam masa 87 hari dengan kadar susut maksimum yang sangat rendah iaitu kurang daripada 5%. Kadar pulangan akaun kedua, KennyFXPRO - Road to 250 adalah hampir 15% untuk 89 hari, dengan kadar susut kurang daripada 7%.
  • Untuk CopyTrading, kami terus memerhatikan isyarat yahmat-forex yang telah menunjukkan kadar keuntungan sebanyak 372% sepanjang 251 hari, dengan kadar susut maksimum sebanyak 37%. Dalam kalangan isyarat startup, perlu diketahui bahawa akaun FxBro Tradings telah memberikan pulangan sebanyak 26% dalam masa hanya 23 hari, dengan kadar susut maksimum kurang daripada 8%.

Dalam kalangan perkongsian IB syarikat NordFX, 3 tempat teratas adalah seperti berikut:

  • Komisen terbesar untuk bulan Februari telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik nombor akaun 1743XXX berjumlah USD 10,975.
  • Berada di tempat kedua adalah rakan mereka dari Asia Barat, pemilik nombor akaun 1645XXX yang memperoleh USD 6,137 untuk bulan ini.
  • Akhir sekali, mengakhiri kelompok tiga teratas adalah seorang lagi rakan dari Asia Tenggara, pemilik nombor akaun 1516XXX yang menerima komisen sebanyak USD 5,535.

***

Perhatian! Bermula 20 Februari, para pelanggan firma broker NordFX diberi peluang untuk menyertai program pengumpulan baru yang dikenali sebagai Bonus Margin Call. Keunikan program ini terletak pada hakikat bahawa pedagang memperoleh bonus untuk diri sendiri: lebih aktif mereka melakukan deposit ke dalam akaun mereka dan lebih banyak berdagang, lebih besar jumlah bonus yang boleh diperoleh apabila berlakunya Margin Call.

 

Notis: Material ini bukanlah nasihat pelaburan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang

deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami