April 3, 2024

Mac 2024: Pedagang NordFX Memperoleh Pulangan Maksimum Daripada Emas Fizikal dan Digital1

Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Mac 2024. Keberkesanan servis dagangan sosial: PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

  • Keputusan terbaik untuk bulan Mac telah ditunjukkan oleh seorang pedagang dari Asia Barat, pemilik nombor akaun 1654XXX yang memperoleh pulangan sebanyak USD 26,941, hasil transaksi dagangan ke atas emas (XAU/USD).
  • Gandingan emas XAU/USD, bersama-sama pound British dan juga yen Jepun (GBP/USD dan GBP/JPY) telah berjaya membantu seorang pelanggan dari Asia Selatan, pemilik nombor akaun 1723XXX untuk memperoleh kedudukan kedua podium dengan keuntungan sebanyak USD 24,778.
  • Tempat ketiga adalah milik seorang pedagang di seberang Pasifik, pemilik nombor akaun 1567XXX. Mereka membuat dagangan menggunakan aset yang sering digelar sebagai “emas digital” - bitcoin (BTC/USD) dan bukannya emas fizikal, berjaya mendapat untung sebanyak USD 24,531.

Bagi khidmat pelaburan NordFX, situasinya adalah seperti berikut:

  • Untuk servis PAMM, kami telah pun menghalakan tumpuan para pelabur sebelum ini kepada akaun dengan gelaran Kikos2. Setelah beroperasi selama 135 hari, akaun ini menunjukkan pulangan sebanyak 548%. Ini adalah hasil yang memberangsangkan; walau bagaimanapun, dengan kaedah dagangan agresif seperti itu, kadar susut maksimumnya juga turut membimbangkan: kira-kira 60%.
    Para pelabur yang sudah biasa dengan khidmat pelaburan pasif NordFX pastinya menyedari tentang akaun KennyFXPRO, akaun paling lama yang mula beroperasi pada tiga tahun lalu. Kali ini, kami ingin menumpukan perhatian kepada satu lagi akaun daripada kumpulan yang sama iaitu KennyFXPRO - Road 250. Dilancarkan pada 120 hari lalu, akaun ini menunjukkan kadar pulangan melebihi 20%, dengan kadar susut maksimum yang sederhana: kurang daripada 7%.
  • Dalam CopyTrading, kami terus memerhatikan isyarat yahmat-forex yang menunjukkan kadar pulangan sebanyak 372% dalam tempoh 282 hari dengan kadar susut maksimum sebanyak 37%. Seperti biasa, agak sesuai untuk mengingatkan di sini bahawa selain menerima pulangan besar dengan dagangan agresif, ia juga boleh menimbulkan risiko tinggi serta mampu mengakibatkan kerugian sebahagian atau kesemua deposit anda. Justeru, kami menasihatkan semua pedagang dan pelabur agar berhati-hati sepenuhnya apabila membuat operasi di pasaran kewangan.

Dalam kalangan perkongsian IB NordFX, wakil dari Asia Barat dan Selatan berada di tempat 3 teratas:

  • Ganjaran komisen terbesar sebanyak USD 5,500 telah berjaya diperoleh seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik nombor akaun 1682XXX;
  • Tempat kedua milik seorang rakan kongsi dari Asia Barat (nombor akaun 1645XXX yang menerima USD 5,053;
  • Akhir sekali, seorang lagi rakan kongsi dari Asia Selatan (nombor akaun 1593XXX) berjaya menduduki tempat ketiga, menerima pulangan sebanyak USD 4,238.

***

Mengakhiri ulasan bulan ini, kami ingin mengingatkan para pelanggan NordFX tentang satu lagi peluang lain untuk mendapatkan untung. Untuk cabutan bertuah super 2024, terdapat 202+4 hadiah tunai yang boleh dimenangi, berjumlah USD 100,000. Untuk mengambil bahagian dan berpeluang memenangi salah satu atau lebih daripada hadiah yang ditawarkan adalah sangat mudah. Semua butiran boleh didapati di laman web NordFX.

 

Notis: Penulisan ini bukanlah cadangan atau panduan pelaburan bagi menyertai pasaran kewangan dan hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami