April 8, 2024

Pengemaskinian Waktu Server NordFX1

Pelanggan yang Dihormati,

Kami ingin memaklumkan tentang kemas kini penting mengenai waktu server kami.

Bagi mengoptimumkan keperluan operasi serta memperbaiki tahap keberkesanan perkhidmatan yang diberikan, kami akan mengubah zon masa kami kepada European Time (EET)/Eastern European Summer Time (EEST). Perubahan ini bermaksud waktu server kami yang baru akan sejam lebih cepat daripada waktu Central European Time (CET).

Sila maklum, server MT5 sudah dikemas kini untuk menggunakan zon masa yang baru. Selain itu, kami akan mengubah waktu server MT4 pada hari Sabtu, 13 April. Perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menambah baik dagangan anda serta kelancaran operasi pada semua platform kami.

Kami mengesyorkan supaya anda mengubah mana-mana tetapan yang berasaskan masa atau strategi automatik supaya perubahan ini boleh digunapakai. Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau bantuan yang diperlukan, khidmat bantuan kami bersedia untuk memberikan pertolongan.

Terima kasih di atas perhatian yang diberikan mengenai perkara ini serta sokongan anda terhadap perkhidmatan kami.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami