Mei 1, 2024

Keputusan April: Dagangan Pound British Memberi Pulangan Lebih $25,000 Kepada Pelanggan NordFX1 

Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan April 2024. Keberkesanan servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

  • Keuntungan tertinggi untuk bulan ini telah berjaya diperoleh seorang pelanggan dari Asia Selatan, pemilik akaun bernombor 1765XXX yang menerima $26,757 hasil dagangan gandingan GBP/USD.
  • Tempat kedua dalam 3 TERATAS menjadi milik rakan senegaranya, pemilik akaun bernombor 1751XXX yang memperoleh $16,976 hasil dagangan emas (XAU/USD).
  • Tempat ketiga podium untuk bulan April berjaya diduduki seorang pedagang dari Asia Timur, pemilik akaun bernombor 1609XXX yang berdagang “emas” digital dan bukan fizikal: bitcoin. Dagangan ke atas BTC/USD telah membolehkan beliau menerima pulangan sebanyak $14,301.

Khidmat pelaburan pasif NordFX menunjukkan trend berikut:

  • Dalam servis PAMM, kami terus memerhatikan akaun dengan nama Kikos2. Dimulakan pada 18 November tahun lalu, setelah 162 hari beroperasi, ia menunjukkan pulangan mengagumkan sebanyak 1161%. Walaupun hasil itu memberangsangkan, strategi dagangan yang agresif juga mendorong kepada kadar penurunan yang besar iaitu 58%. Malah terdapat ermacam-macam statistik yang menunjukkan dagangan lebih konservatif boleh kerugian semua modal. Justeru, para pelabur mestilah sentiasa berhati-hati dan hanya berdagang dengan wang yang tidak akan mengganggu kehidupan harian jika mengalami kerugian. Kami akan terus memantau dan meneliti apa yang berlaku kepada akaun ini pada bulan Mei nanti. 
  • Untuk CopyTrading, kami telah bincangkan sebelum ini mengenai isyarat yahmat-forex yang menunjukkan kadar pulangan sebanyak 415% dalam masa lebih 312 hari dengan kadar susut maksimum sebanyak 37%. Satu lagi isyarat menarik dengan nama NordFXSrilanka telah berjaya mendapat pulangan sebanyak 39% dalam masa 113 hari, lebih tepat lagi sejak 6 Januari, 2024. Walaupun hasilnya tidak sehebat yahmat-forex, kelebihan besar yang dapat dilihat adalah kadar susut yang kecil: hanya kira-kira 9%.

Dalam perkongsian IB NordFX, 3 TERATAS adalah seperti berikut:

  • Komisen terbesar sebanyak $22,732 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Barat, akaun bernombor 1645XXX.
  • Seterusnya adalah seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, akaun bernombor 1682XXX yang memperoleh $5,224.
  • Akhir sekali, menutup tiga tangga teratas adalah rakan senegaranya, pemilik akaun bernombor 1565XXX yang memperoleh pulangan sebanyak $3,614.

***

Sebagai mengakhiri bulan ini, penting untuk mengingati bahawa para pelanggan NordFX kini memiliki satu lagi peluang menarik untuk memperbaiki portfolio kewangan mereka. Dalam cabutan bertuah super 2024, hadiah tunai sebanyak 202+4 berjumlah $100,000 boleh dimenangi. Sangat mudah untuk turut serta dalam cabutan bertuah ini dan memenangi salah satu atau lebih banyak hadiah. Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman web NordFX.

 

Notis: Material ini bukanlah cadangan atau panduan pelaburan bagi menyertai pasaran kewangan dan hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami