Terma-Terma Menguntungkan Baru untuk Rakan Kongsi

Salam sejahtera rakan!
Dengan sukacitanya kami mengumumkan bahawa bermula 11.12.2017, kami memperkenalkan terma-terma terkemas kini bagi Program Affliate bagi akaun-akaun Fix, Pro dan Zero. Akaun-akaun baru ini mengabungkan ciri-ciri terbaik akaun-akaun terdahulu:

  • Akaun Fix baru telah mengabungkan "Micro" dan "1:1000" - sebaran telah dikurangkan, pasangan matawang baru dan logam telah ditambah. Komisen affliate daripada akaun Fix kini ditetapkan pada 1 pip, bermaksud $10 bagi setiap lot dengan EURUSD (sebelum ini, ia adalah $8 setiap lot).
  • Akaun Pro telah mengabungkan akaun "Standard" dan "Crypto" - sebaran telah dikurangkan, matawang kripto telah ditambah. Komisen affliate daripada akaun Pro kini ditetapkan pada 0.5 mata daripada pasangan matawang, bermaksud $5 setiap lot dengan EURUSD(sebelum ini, ia adalah $3.9 setiap lot). Komisen affliate bagi logam adalah $5 setiap lot (sebelum ini, ia adalah $4 stiap lot). Komisen affliate bagi matawang kripto adalah $5 setiap lot bagi BTCUSD, $0.1 setiap lot bagi LTUSD, $0.5 setiap lot dengan ETHUSD.
  • Akaun Zero telah mengantikan MT-ECN - sebaran bermula daripada 0 mata, komisen perdagangan telah dikurangkan. Komisen affliate daripada akaun Zero kini ditetapkan pada 0.4 mata daripada pasangan matawang, $4 setiap lot daripada logam. Komisen rakan daripada pasangan matawang kripto adalah $5 setiap lot bagi BTCUSD, $0.1 setiap lot bagi LTCUSD, $0.5 setiap lot bagi ETHUSD.

Program Rakan dua-paras daripada NordFX yang membayar 10% daripada komisen rakan-rakan paras dua kepada rakan-rakan paras satu, kekal tidak berubah.

Seperti yang asal, komisen akan dikreditkan secara automatik dalam talian, anda boleh mengeluarkan komisen pada bila-bila masa tanpa sebarang sekatan.

Peralihan ke terma-terma baru bagi rakan-rakan semasa NordFX akan dijalankan secara automatik dengan peralihan automatik akaun perdagangan lama kepada yang baru.

Kami berharap para pelanggan anda akan menghargai peningkatan penting dalam terma-terma perdagangan, dan pendapataan anda daripada penyertaan Program Affliate NordFX akan meningkat tinggi!

Kembali Kembali
Receive training image
Terima Latihan

Baru dalam pasaran?
Gunakan bahagian "Memulakan".

Mulakan Latihan
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.