MetaTrader 4 adalah platform paling terkenal untuk dagangan online sekarang. Disebabkan jumlah alatan grafik dan isyarat bersepadu yang banyak, analisis teknikal boleh dilakukan dalam masa nyata dengan hanya melihat kadar tukaran dan mengumpul data penting secara berkesan. Pelaksanaan pesanan dibuat di bawah satu saat, membolehkan respon dan keputusan dibuat dengan pantas. Perbezaan jenis pesanan membolehkan sebarang strategi dagangan dibuat.

MetaQuotes Language 4 (MQL4) membenarkan penggunaan pelbagai isyarat dan penasihat pakar serta mencipta dan menguji isyarat dan skrip sendiri.

Kelebihan utama platform ini:

  • Operasi dagangan dengan keselamatan terunggul;
  • Penggunaan selang masa yang pelbagai untuk berdagang;
  • Jenis pelaksanaan yang berbeza – Pelaksanaan Segera dan Pelaksanaan Pasaran;
  • Potensi untuk mencipta dan menguji isyarat dan skrip sendiri;
  • Alatan untuk analisis teknikal masa nyata yang efektif;
  • Potensi untuk menerima suapan berita dari pelbagai agensi informasi. Kini MT4 menerima suapan berita dari agensi terkemuka Dow Jones.

Muat turun MetaTrader 4 untuk Windows

Muat turun MetaTrader 4 untuk Mac

Muat Turun applikasi MetaTrader 4 untuk iPhone

Muat Turun applikasi MetaTrader 4 untuk Android

Baca Maklumat Penting!

Pada 10 Julai, 2018, Microsoft telah mengeluarkan kemas kini terbaru untuk sistem operasi Windows mereka. Setelah memasang kemas kini tersebut, komponen pelayan platform dagangan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5, serta sistem TeamWox mungkin menghadapi gangguan apabila menjalani proses mula semula:

KB4338815 untuk Windows 8.1 dan Windows Server 2012 R2
KB4338818 untuk Windows 7 Service Pack 1 dan Windows Server 2008 R2 Service Pack 1

Mengikut huraian kemas kini yang dipapar pada laman web support.microsoft.com, Microsoft sudahpun berusaha untuk menyelesaikan isu-isu tersebut:

Isu yang diketahui dalam kemas kini KB4338815

Simptom & Penyelesaian
Setelah memasang kemas kini ini, sesetengah peranti yang memiliki beban kerja pemantauan rangkaian mungkin akan menerima ralat 0xD1 Stop yang disebabkan oleh race condition.     

Buat masa ini, tiada penyelesaian bagi masalah tersebut.

Microsoft sedang mengusahakan penyelesaian masalah ini dan dijangka akan siap pada pertengahan Julai.
Mula semula servis SQL Server mungkin akan mengalami kegagalan sekali-sekala dengan ralat, “Tcp port is already in use”.     

Buat masa ini, tiada penyelesaian bagi masalah tersebut.

Microsoft sedang mengusahakan penyelesaian masalah ini dan dijangka akan siap pada pertengahan Julai.
Apabila administrator cuba untuk menghentikan World Wide Web Publishing Service (W3SVC), servis W3SVC akan terus berada dalam keadaan"stopping", dan ia tidak boleh dihentikan sepenuhnya mahupun dimulakan semula.     

Buat masa ini, tiada penyelesaian bagi masalah tersebut.

Microsoft sedang mengusahakan penyelesaian masalah ini dan dijangka akan siap pada pertengahan Julai.

Isu yang diketahui dalam kemas kini KB4338818

Simptom & Penyelesaian
Terdapat isu dengan Windows dan perisian pihak ketiga yang berkaitan dengan kehilangan fail (oem<number>.inf). Disebabkan oleh isu ini, setelah anda memasangkan kemas kini, pengawal antara muka rangkaian akan berhenti berfungsi.     

Bagi mengesan peranti rangkaian, lancarkan devmgmt.msc; ia terletak di bahagian Other Devices.
Untuk mengesan semula NIC dan memasang driver secara automatik, pilih Scan for Hardware Changes dari menu Action.

Cara lain, pasangkan driver untuk peranti rangkaian dengan menekan butang kanan dan pilih Update. Kemudian pilih Search automatically for updated driver software atau Browse my computer for driver software.

Setelah memasang kemas kini ini, sesetengah peranti yang memiliki beban kerja pemantauan rangkaian mungkin akan menerima ralat 0xD1 Stop yang disebabkan oleh race condition.     

Buat masa ini, tiada penyelesaian bagi masalah tersebut.

Microsoft sedang mengusahakan penyelesaian masalah ini dan dijangka akan siap pada pertengahan Julai.
Mula semula servis SQL Server mungkin akan mengalami kegagalan sekali-sekala dengan ralat, “Tcp port is already in use”.     

Buat masa ini, tiada penyelesaian bagi masalah tersebut.
Microsoft sedang mengusahakan penyelesaian masalah ini dan dijangka akan siap pada pertengahan Julai.

Apabila administrator cuba untuk menghentikan World Wide Web Publishing Service (W3SVC), servis W3SVC akan terus berada dalam keadaan"stopping", dan ia tidak boleh dihentikan sepenuhnya mahupun dimulakan semula.
     

Buat masa ini, tiada penyelesaian bagi masalah tersebut.
Microsoft sedang mengusahakan penyelesaian masalah ini dan dijangka akan siap pada pertengahan Julai.

Kami dengan tegas tidak mengesyorkan anda untuk memasang kemas kini ini. Jika ia telah dipasangkan, cadangan kami adalah untuk menyingkirkannya supaya tidak timbul masalah dengan platform dagangan mahupun sistem TeamWox.
Perhatian: Selepas kemas kini disingkirkan, sistem operasi akan menjalani proses mula semula.

Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih

Hari ini, MetaTrader 4 (MT4) adalah platform dagangan FOREX paling popular di dunia, diakui oleh pelbagai rating dan tinjauan yang dibuat dikalangan broker dan juga pedagang. Platform ini (atau dikenali sebagai terminal) adalah alat kerja utama bagi pedagang, mereka menggunakannya untuk membuat transaksi ke atas pasangan matawang serta matawang kripto, logam berharga, minyak, saham dan juga indeks saham.

Kelebihan MetaTrader 4™ paling utama adalah ia menggabungkan bermacam-macam fungsi dengan antara muka yang intuitif, pengguna kolot sekalipun mampu untuk memahaminya dan mula berdagang beberapa jam kemudian.

MT4 adalah kebolehan untuk berdagang pada selang masa berbeza bermula dari 1 minit sehingga 1 bulan, untuk mengesan sedikit pergerakan sebut harga FOREX pada carta tick online, mengaplikasi pelbagai strategi dagangan sama ada dengan menggunakan pelaksanaan terus ataupun pelaksanaan tertangguh.
MT4 adalah kebolehan analisis teknikal yang mengagumkan. Penganalisis telah membangunkan ribuan indikator untuk MetaTrader 4, yang paling popular dan sudah diuji dibina terus ke dalam platform dan dilengkapkan dengan alat-alat analisis grafik yang diperlukan.
MT4 membuka kemungkinan untuk berdagang automatik (dagangan algo) dengan bantuan robot penganalisis – program komputer khas yang direka untuk dagangan Forex serta pasaran lain, mengikut algoritma yang ditanam didalamnya. Robot-robot ini akan melakukan transaksi 24 jam sehari, 5 hari seminggu dalam pasaran matawang, manakala 7 hari seminggu untuk pasaran matawang kripto, membolehkan pedagang baru dan berpengalaman memperoleh keuntungan tanpa perlu menghabiskan masa dan tenaga.
MT4 membuka peluang untuk memanfaatkan pengalaman pedagang profesional dengan menggunakan dagangan sosial, memindahkan pengurusan modal (servis PAMM) atau menyalin transaksi mereka secara automatik (servis Salin Dagangan).

Selain daripada itu, sistem dagangan MetaTrader 4 turut memiliki suapan berita yang memberitahu pedagang tentang pelbagai data makroekonomi yang akan dikeluarkan, juga mengenai pelbagai peristiwa penting di serata dunia yang mampu memberi kesan terhadap sebut harga dan turun naik semasa, trend jangka panjang dan sederhana FOREX serta lain-lain pasaran kewangan.
Di samping itu, dengan menggunakan tab “Isyarat” dan “Pasaran” yang terletak di bahagian bawah terminal, seseorang pedagang boleh pergi ke portal pembangun MetaTrader 4 dan kemudian membuat langganan isyarat dagangan, menguji serta membeli ratusan, malah ribuan indikator, skrip dan robot penganalisis di sana. Portal tersebut juga menawarkan khidmat ratusan pengaturcara berpengalaman kepada para pedagang, dan anda boleh memesan produk-produk ini secara individu.
Justeru, MT4 sebenarnya adalah sebuah kompleks dengan pelbagai fungsi yang dapat memenuhi sebanyak mungkin keperluan profesional seseorang pedagang.

 

Hanya beberapa minit diperlukan untuk mula menggunakan platform MetaTrader 4. Memasangnya pada komputer adalah sama mudah dan tidak banyak bezanya dengan mana-mana perisian mahupun permainan komputer yang lain. Hanya klik butang “Muat Turun” pada laman NordFX untuk Windows atau Mac, bergantung pada sistem operasi anda, dan jalankan fail itu pada komputer anda.

Anda boleh lihat video terperinci mengenai cara memasang dan menggunakan MetaTrader 4 di bahagian “Material Rujukan dan Latihan” pada Kabinet pedagang anda. Selain itu anda juga boleh mencari pelbagai jenis artikel dan video yang dihasilkan khusus supaya dagangan anda di pasaran kewangan akan lebih efisien dan menguntungkan.

Lagi
Ikuti Kami