MT4 untuk Android adalah aplikasi yang direka khas MetaTrader 4 buat pengguna peranti Android. Ia menyokong fungsi seperti platform MetaTrader 4 dan mempunyai antara muka intuitif. Aplikasi ini membolehkan dagangan instrumen tukaran asing secara online bila-bila masa di mana jua. MT4 untuk Android adalah penyelesaian mudah dan ringkas untuk pedagang yang memberi reaksi pada perubahan keadaan dagangan.

Ciri-Ciri:

  • Mengawal keseluruhan akaun anda;
  • Sebut harga untuk instrumen kewangan dalam masa nyata;
  • Pesanan dagangan lengkap, termasuklah pesanan belum selesai
  • Berdagang terus menggunakan carta;
  • Carta interaktif dalam masa nyata dengan penskalaan dan pengskrolan;
  • Semua jenis pelaksanaan dagangan disokong;
  • Paparan carta untuk volum dan paras dagangan;
  • Sejarah dagangan yang lengkap;
  • 7 tempoh masa: M1, M5, M15, M30, H1, H4 dan D1;
  • 3 jenis carta: bar, candlestick dan broken line;
  • Antara muka mesra pelanggan;
  • Mod offline (sebut harga, carta, posisi dagangan semasa dan semua sejarah dagangan);
  • Transmisi data antara rangkaian yang lebih selamat;
  • Penggunaan data yang minima

Muat Turun Aplikasi MT4 untuk Android

Android Market

Aplikasi MetaTrader 4 untuk peranti Android boleh dimuat turun secara terus dari Android Market.
https://play.google.com/store/apps/details?id=net.metaquotes.metatrader4&hl=en

Jika anda sedang menggunakan telefon Android sekarang, anda boleh menggunakan pautan seperti berikut:

Pautan Muat Turun Android Market

Menggunakan pengimbas kod bar QR:

  • 1) Buka aplikasi pengimbas kod bar QR di telefon anda.
  • 2) Hala kamera telefon anda pada kod bar di bawah dan imbas.
  • 3) Ikut arahan pada skrin dan aplikasi MT4 Android akan dipasang pada telefon anda.
  • 4) Bergembiralah!

Melalui emel:

Anda juga boleh memuat turun aplikasi MT4 Android melalui emel.

Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih

Android OS adalah sebuah sistem operasi yang direka untuk telefon pintar, tablet dan pelbagai lagi jenis peranti. Buat masa sekarang, ia diguna untuk jam tangan dan TV, cermin mata Google, pelbagai jenis pengemudi, konsol permainan, buku dan komputer pintar. Jelas sekali walaupun terdapat bermacam jenis sistem operasi yang lain, sistem operasi inilah yang paling popular pada masa ini. Disebabkan itu para pembangun menghasilkan MetaTrader 4 Android OS untuk dagangan Forex.

Aplikasi ini sudah semestinya bukan direka untuk bermain Forex saja. Anda bukan saja boleh membuat dagangan ke atas pasangan matawang utama seperti EUR/USD, USD/JPY atau GBP/USD dengan MetaTrader 4 untuk Android, malah untuk pasangan “eksotik” seperti USD/NOK atau USD/ZAR. Secara keseluruhannya, para pelanggan syarikat broker NordFX boleh berdagang 33 pasang matawang. Selain itu, strategi dagangan mereka juga termasuk operasi ke atas 11 pasang matawang kripto utama: BTC/USD (bitcoin), ETH/USD (etherium), LTC/USD (litecoin), XRP/USD (ripple) dll, emas, perak, minyak, indeks tukaran utama global (US Dow Jones 30, S&P 500, NASDAQ-100, German DAX 30 and Japanese Nikkei 225).
Tumpuan para pelanggan NordFX haruslah tertumpu pada hakikat bahawa platform dagangan untuk peranti mudah alih berasaskan sistem operasi Android membolehkan mereka untuk menjalankan kontrak CFD bersama-sama saham syarikat utama global seperti IBM, JP Morgan Chase, Coca-Cola, Mastercard, McDonalds, Microsoft, Volkswagen, UBER, eBay, Alibaba, Deutsche Bank dan banyak lagi.
Harus diingat bahawa pedagang dengan MetaTrader 4 Android di tangan mereka mampu untuk menambah atau mengurangkan semua dagangan instrumen ini, membuat dagangan long ke atas belian, dan dagangan short ke atas jualan bagi menggandakan peluang mereka mengaut keuntungan.

MetaTrader 4 untuk Android adalah platform dagangan dengan ciri lengkap untuk peranti mudah alih yang menggunakan sistem operasi ini, dan ia juga tidak kurang hebatnya dari segi fungsi jika dibandingkan dengan terminal MT4 untuk komputer meja. Dalam masa yang sama, anda boleh mengawal akaun dagangan anda serta menjalankan dagangan bergerak pada bila-bila masa di mana jua anda berada asalkan ada sambungan Internet. Pastinya anda bersetuju, ia adalah sesuatu yang anda perlukan dalam dunia serba moden yang lebih dinamik sekarang.

Hampir semua fungsi yang ada pada dagangan bergerak dengan MetaTrader 4 boleh diguna untuk berdagang di pasaran Forex dan juga pasaran kewangan global yang lain.
Muat turun MetaTrader 4 untuk Android 4.0 dan ke atas, pastinya anda akan temui segala yang diperlukan bagi analisis teknikal dan fundamental dengan aplikasi ini. Terdapat suapan berita yang memaparkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku, carta interaktif (bar, lilin Jepun dan linear) dengan tempoh masa dari minit hinggalah bulan. Berdozen indikator trend serta pengayun bagi membantu anda bukan saja untuk mengetahui apa yang pernah berlaku di pasaran, malah untuk meramal sebut harga pada masa hadapan. Tidak syak lagi alatan grafik juga terbukti berguna. Anda boleh menggunakannya untuk menentukan paras sokongan/rintangan, memahami trend pasaran, serta menentukan nilai terbaik bagi order Stop Loss dan juga Take Profit. Tidak dilupakan juga senjata para pedagang yang menggunakan sistem dagangan mudah alih MetaTrader 4, mereka mempunyai kesemua jenis order utama yang diperlukan untuk melaksanakan order dagangan serta transaksi belum selesai sehinggalah situasi di pasaran mencapai nilai yang anda mahukan.

MT4 boleh digunakan pada sebilangan besar peranti mudah alih yang menggunakan Android OS. Muat turun aplikasi ini dengan mengikuti langkah-langkah pada laman web broker NordFX dan lihatlah kemungkinan tanpa penghujung yang ada pada pasaran kewangan!

Lagi
Ikuti Kami