MetaTrader 4

MetaTrader 4

  • Operasi dagangan pada pasaran Forex dan logam berharga;
  • Tempoh masa berbeza untuk berdagang;
  • Pelaksanaan Segera serta Pelaksanaan Pasaran;
  • Pelbagai jenis pesanan, membenarkan sebarang strategi dagangan;
  • Potensi untuk mencipta dan uji skrip dan isyarat anda sendiri;
  • Analisis teknikal dengan jumlah isyarat dan alatan grafik yang besar;
  • Keselamatan transaksi dagangan bergred tinggi;
  • Berpotensi menerima suapan berita dari agensi informasi terkemuka.
Muat Turun MetaTrader 4
MetaTrader 5

MetaTrader 5

  • Dagangan Pelbagai Aset: Menerima Forex, saham, logam berharga, mata wang kripto, dll.;
  • Analisis Teknikal Terkini: Menawarkan lebih daripada 80 indikator dan perkakas teknikal;
  • 21 pilihan tempoh masa bagi mendapatkan tempoh dagangan lebih tepat;
  • Peluang Menjalankan Dagangan Algoritma;
  • Perkakas untuk menghasilkan serta menguji indikator dan skrip mengikut kesesuaian sendiri;
  • Kalendar Ekonomi;
  • Maklumat Pasaran yang Mendalam;
  • Laporan terperinci aktiviti dan prestasi dagangan;
  • Tahap keselamatan yang canggih untuk aktiviti dagangan.
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih

Isyarat Dagangan

×

NordFX memberi para pelanggannya akses pada servis auto dagangan berinovatif “Isyarat” dari pembangun platform MT4 dan MT5 – MetaQuotes Software Corp.

Servis ini bersepadu secara terus pada platform MT4 dan MT5, membolehkan pedagang berhubung dengan ribuan penyedia isyarat dagangan dari serata dunia dan menyalinnya ke akaun mereka secara automatik. Mana-mana pedagang juga boleh menjadi penyedia isyarat dan menerima pendapatan lebih.

Kelebihan servis “Isyarat”:

Hanya beberapa klik untuk memilih penyedia yang paling sesuai, lihat strategi dan prestasi dagangan mereka, kemudian langgan isyarat terus ke terminal anda.

Syarat-syarat:

  1. Perlu ada akaun dagangan atau akaun demo di NordFX.* Jika anda bukan pelanggan NordFX, sila buka akaun dagangan atau akaun demo untuk menggunakan servis ini.
  2. Bersetuju dengan “Peraturan Penggunaan Servis “Isyarat”” dan “Perjanjian Terma Penggunaan Servis Isyarat MQL5.com” di laman web MQL5.com.
  3. Perlu berdaftar (buka akaun) di laman web MQL5.com untuk membuka sebuah akaun MQL5.community.
  4. Pergi ke “Alatan” – “Pilihan” di MT4 atau MT5, pilih “Komuniti” dan masukkan log masuk serta kata laluan untuk akaun MQL5.com anda.
  5. Pergi ke panel “Terminal”, buka tab “Isyarat”, pilih isyarat yang dikehendaki dan langgannya.

Anda juga boleh melanggan isyarat di MQL5.community. Ikuti langkah ini:

  1. Log into your MQL5 account on MQL5.com.
  2. Pilih isyarat bersesuaian dari senarai dan klik “Langgan”.
  3. Masukkan tempoh langganan (seminggu atau sebulan) dan tarikh ia bermula.
  4. Kemudian masukkan NordFX berserta log masuk anda (nombor akaun dagangan) di mana dagangan akan disalin.

Kedudukan penyedia isyarat boleh dilihat di terminal dagangan atau di laman web MQL5.community.

Untuk menjadi penyedia isyarat, anda mestilah mendaftar sebagai Penjual di laman MQL5.community.

Terdapat tempoh kelayakan dan pemerhatian selama sebulan untuk semua isyarat berbayar apabila mereka berjaya melepasi beberapa syarat. Jika ada pedagang yang menawarkan isyarat percuma, mereka tidak melalui tempoh kelayakan.

* Satu akaun dagangan hanya boleh melanggan satu isyarat saja.

Platform Dagangan MetaTrader 4 dan 5

Platform dagangan MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5) adalah perisian penyelesaian khusus yang membolehkan pedagang menjalankan transaksi menerusi komputer, telefon pintar, atau tablet mereka sendiri. Kedua-duanya adalah platform yang paling efisien dan berkesan untuk menyertai pasaran kewangan, komoditi, dan saham pada hari kini.

Memilih platform dagangan yang sesuai adalah asas bagi pedagang yang ingin memaksimumkan pulangan mereka. Pilihan ini penting kerana ia mempengaruhi kepantasan pelaksanaan order, kebolehan menilai situasi pasaran dengan cepat, menjalankan analisis menyeluruh pasaran Forex serta lain-lain pasaran kewangan, serta memanfaatkan pelbagai indikator, skrip, dan Penganalisis.

Platform yang mesra pengguna melegakan ketegangan berdagang, membantu pedagang dalam membuat keputusan tepat. Aspek kritikal yang lain adalah kebolehan platform bagi memastikan keselamatan dan privasi transaksi sentiasa terjamin.

NordFX memberikan akses kepada MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5), dengan MT5 menjadi versi terbaru bagi pengalaman dagangan menyeluruh yang sudah dimiliki MT4. Kedua-dua platform digemari kerana solusi dagangan online yang hampir ideal, diperakui oleh para penganalisis dan jutaan pedagang di seluruh dunia.

MT4 terkenal kerana kebolehannya untuk membuat analisis teknikal secara menyeluruh, dengan pelbagai indikator terbina dalam serta ribuan indikator tersesuai sendiri yang boleh disepadukan dengan mudah. Ia menyediakan peluang luar biasa untuk dagangan separa automatik dan automatik sepenuhnya menggunakan program khusus yang dikenali sebagai robot penganalisis serta menyalin transaksi pedagang lain .

Selain daripada MT5, NordFX menambah baik pengalaman dagangan dengan perkakas analisis teknikal yang canggih, instrumen dagangan tambahan, dan mod pelaksanaan serta strategi dagangan yang fleksibel. MT5 juga menyokong penghasilan dan ujian perisian dagangan algoritma tersesuai seperti MT4, namun dengan fungsi tambahan serta akses kepada pasaran kewangan yang lebih meluas.

Kedua-dua platform membolehkan order diproses secara berkesan dan dipercayai, mampu memantau beberapa order yang dibuka, serta melaksanakan pelbagai strategi dagangan secara serentak. Ia juga menyediakan akses kepada portal komuniti MQL5, platform online di mana para pedagang mencari maklumat penting, berhubung dengan rakan di seluruh dunia, dan menggunakan pelbagai servis yang direka khusus buat pengguna MetaTrader.

Lagi
Ikuti Kami