Pemenang boleh menggunakan wang kemenangan sama ada untuk berdagang atau mengeluarkannya daripada akaun pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan.
1. Terma bagi penyertaan dalam cabutan bertuah
1.1. Semua pelanggan (disebut sebagai Peserta) syarikat broker NordFX (selepas ini disebut sebagai Penganjur), yang:
1.2. Pindahan dana daripada akaun lain yang dibuka peserta bersama Penganjur tidak dikira sebagai penambahan dana (rujuk klausa 1.1.2.). Penambahan dana menerusi pendeposit tempatan adalah dibenarkan.
1.3. Peserta akan menerima 1 (satu) tiket cabutan bertuah maya dengan nombor asal yang akan diguna dalam cabutan hadiah, jika mereka memenuhi syarat seperti yang dinyatakan dalam klausa 1.1.1 dan 1.1.2.
Jika syarat-syarat tersebut dipenuhi sebanyak dua kali, Peserta juga akan menerima 2 tiket cabutan bertuah, dsb.
1.4. Tiada had bagi bilangan tiket cabutan bertuah yang boleh diperoleh seseorang Peserta. Lebih banyak tiket cabutan bertuah yang Peserta miliki, lebih besar peluang mereka untuk menang.
Contoh bagi transaksi menggunakan pasangan matawang Forex dan juga emas:
1.5. Nombor akaun dagangan serta nombor tiket cabutan bertuah setiap Peserta akan dipapar pada laman web rasmi Penganjur di www.NordFX.com, pada halaman yang berkenaan.
1.6. Umumnya, akaun Pro milik pengurus PAMM dan juga penyedia isyarat khidmat CopyTrading juga boleh menyertai cabutan bertuah ini jika mereka memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam klausa 1.1.1 dan 1.1.2.
Deposit ke dalam akaun PAMM oleh pelabur dan pelanggan isyarat dagangan CopyTrading tidak akan diambil kira.
2. Wang ganjaran
2.1. Jumlah keseluruhan hadiah cabutan bertuah adalah bernilai USD100,000 (seratus ribu dolar AS) dalam bentuk tunai.
2.2. Keseluruhan jumlah ganjaran wang dibahagikan kepada 100 hadiah beserta 1 hadiah utama:
2.3. Tiada had bilangan hadiah yang boleh dimenangi seseorang peserta.
2.4. Hadiah wang akan dikreditkan ke dalam akaun milik pemenang pada Kabinet Pedagang NordFX mereka dalam tempoh 1 (satu) minggu daripada tarikh cabutan tiket dan pengumuman para pemenang.
2.5. Para pemenang cabutan bertuah boleh menggunakan wang hadiah untuk berdagang atau mengeluarkannya dari akaun pada bila-bila masa dengan menggunakan mana-mana kaedah pengeluaran tanpa sebarang halangan.
3. Tempoh, peringkat dan cabutan cabutan bertuah
3.1. Cabutan bertuah ini berlangsung dari 1 April, 2021 sehingga 31 Disember, 2021.
Cabutan bertuah berlangsung dalam tiga peringkat - dua pusingan awal dan satu pusingan akhir. Setiap satu berjalan selama 3 bulan. Cabutan dibuat pada penghujung setiap pusingan
3.2. Cabutan nombor tiket cabutan bertuah akan dibuat menggunakan penjana nombor rawak.
3.3. Tiket-tiket yang diterima para peserta pada satu-satu masa akan dicabut mengikut tarikh cabutan yang telah ditetapkan:
3.4. Tiket kemenangan yang berjaya dicabut akan terkecuali daripada klausa 3.3. Ia akan terbatal serta-merta selepas cabutan dibuat dan tidak akan menyertai mana-mana cabutan hadiah yang lain.
3.5. Keputusan bagi setiap cabutan akan dipapar pada halaman berkenaan di laman web rasmi Penganjur seminggu selepas ia diadakan, juga boleh dilihat di bahagian https://nordfx.com/company-news.
Butir-butir yang akan dipaparkan termasuklah nombor akaun Pro pemenang, negara asal, nombor tiket cabutan bertuah, serta jumlah nilai hadiah yang dimenangi Peserta.
4. Terma lain
4.1. Penganjur cabutan cabutan bertuah ini adalah syarikat broker NFX Capital VU INC, beroperasi dengan tanda dagangan NordFX.
4.2. Pekerja NordFX dan keluarga terdekat mereka tidak layak untuk menyertai cabutan cabutan bertuah ini.
4.3. Penganjur tidak berhak untuk mendedahkan serta menggunakan data peribadi Peserta Cabutan Bertuah bagi tujuan pengiklanan. Pengecualian dibuat ke atas negara asal, nombor akaun dagangan, nombor tiket cabutan bertuah dan nilai kemenangan.
4.4. Pelanggan NordFX yang tidak berminat untuk menyertai cabutan cabutan bertuah boleh berbuat demikian dengan menghantarkan emel ke GrandPrix@NordFX.com sepanjang tempoh cabutan cabutan bertuah.
4.5. Penganjur berhak untuk mengubah terma dan syarat cabutan cabutan bertuah ini, termasuklah jumlah wang kemenangan, atau menangguhkan sementara cabutan, atau menghentikannya serta-merta tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
4.6. Jika Peserta didapati menggunakan kaedah dagangan yang tidak bertanggungjawab (manipulasi dana deposit/pengeluaran, menambah perolehan dagangan, dll) bagi tujuan yang tidak munasabah untuk mendapatkan kelebihan undian hadiah, Penganjur, mengikut budi bicara yang ada, mungkin akan melucutkan hak Peserta itu untuk menyertai cabutan cabutan bertuah. Tiket cabutan bertuah yang diterima Peserta itu akan dibatalkan.
4.7. Jika ada sebarang perkara yang bercanggah, bahasa utama bagi Peraturan ini adalah Bahasa Inggeris.
DAGANG, JANA, MENANG!