Januari 26, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Retorik “pigeon” yang dibuat oleh Ketua ECB Mario Draghi dalam ucapannya pada 24 Januari lalu telah menolak pasangan ini ke sempadan bawah saluran sisi jangka sederhana antara 1.1300-1.1500. Namun, kegembiraan bear tidak kekal lama: selepas berada pada paras 1.1289, pasangan ini membuat pusingan dan kembali ke garisan tengah saluran di zon 1.1400 pada petang Jumaat. Apa yang difahami setelah pemeriksaan lanjut dibuat, Draghi tidak berkata apa-apa yang khusus. Mengenai pasaran buruh yang kukuh serta pengurangan risiko ekonomi di Eurozone, ketua ECB itu berkata sia-sia untuk mengadakan QE yang baru sekarang. Pada masa yang sama, tempoh masa bagi kenaikan kadar faedah pertama ke atas matawang euro masih kekal sama.
    Bagi dolar pula, situasi bertentangan yang berlaku. Cetakan terkini di The Wall Street Journal telah mengukuhkan lagi pandangan para pelabur tentang kitaran lengkap ke atas pengetatan polisi kewangan oleh Rizab Persekutuan AS yang akan selesai tidak lama lagi, lebih cepat berbanding jangkaan para penganalisis;
  • GBP/USD. Pound berkembang seiring dengan harapan untuk berlakunya Brexit dalam versi yang lebih “lembut”. Khabar angin mengenainya telah dibuat dalam satu artikel di tabloid British, The Sun dengan maklumat yang masih lagi belum disahkan bahawa Democratic Unionist Party akan menyokong perjanjian awal Theresa May jika perubahan tersebut dibuat di sana serta mengandungi terma khas untuk Ireland. Terdapat juga khabar angin berterusan mengenai kemungkinan penangguhan berpanjangan dalam perjanjian bersama EU mengikut Artikel 50. Undian di Parlimen British pada hari Selasa, 29 Januari akan memberitahu jika ianya berjaya. Dalam masa yang sama, pound menunjukkan pertumbuhan yang berterusan berbanding semua matawang utama, termasuklah euro, yen dan dolar. Setelah berjaya melepasi paras 1.3000 dan 1.3100, GBP/USD mencecah ketinggian 1.3200 pada penghujung hari Jumaat, peningkatan lebih daripada 300 poin dalam tempoh seminggu;
  • USD/JPY. Walaupun keinginan para pelabur terhadap pelaburan berisiko terus berkembang, kejatuhan matawang Jepun telah berakhir. Pasangan ini bergerak ke arah pergerakan sisian di koridor sempit antara 109.14-110.00 dan mengakhiri minggu tersebut dengan berada hampir di pertengahan koridor, di zon 109.50;
  • Matawang Kripto. Pasaran terus berada dalam keadaan tenang, tiada perkembangan dalam modal pasaran, serta kebanyakan coin utama menunjukkan trend sisian. Tiada apa lagi yang boleh memberi kejutan terhadapnya, sama ada kritikan para penganalisis di JP Morgan, mahupun kritikan daripada sebilangan peserta Forum Ekonomi Dunia di Davos yang telah meninggalkan bitcoin, atau berita mengenai Bitcoin-ETF yang telah keluar daripada bursa CBOE Chicago. Pasangan BTC/USD tidak berjaya untuk melepasi koridor $3,570-3,800. Percubaannya untuk merentasi kedua-dua arah atas dan bawah telah gagal. Pertama sekali, ia berjaya mencecah ketinggian 3.870, dan selepas itu turun hingga menghampiri 3.460, tetapi kembali ke kawasan tengah koridor di sekitar $3,580-3,675.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Kadar bagi pasangan dolar pasti akan terjejas tidak lama lagi kesan daripada berita mengenai rundingan dagangan bersama China yang akan diadakan pada 30-31 Januari di Washington, dan peluang untuk ianya berjaya adalah tinggi. Selain itu, statistik pasaran buruh AS akan dikeluarkan pada 1 Februari. Namun, penasihat ekonomi Trump, Larry Cudlow sudahpun “membocorkan” maklumat dengan berkata indikator seperti NFP mungkin akan meningkat secara drastik disebabkan hanya sebilangan kecil manfaat terhadap pengangguran yang diberikan.
    Tambahan pula, data KDNK Eurozone juga akan dikeluarkan pada hari Khamis, 31 Januari, dan ia dilihat tidak begitu memberangsangkan.
    Semua ini mampu mengukuhkan matawang AS, dan ia dipersetujui 60% penganalisis, yang mengunjurkan pasangan EUR/USD untuk turun, pertama sekali ke sempadan bawah saluran jangka sederhana pada 1.1300, dan kemudian lebih rendah lagi ke paras sokongan iaitu pada 1.1270 dan 1.1215.
    Disebalik itu, seperti yang kita sudah maklum, pasaran sedang mempergiatkan harapan untuk penghentian pengetatan polisi kewangan AS. Disebabkan itu pada 30 Januari, tumpuan tidak seharusnya diberikan kepada keputusan pihak Rizab terhadap kadar faedah (berkemungkinan kekal pada 2.5%), tetapi lebih kepada komen pihak pengurusan Rizab mengenai rancangan mereka untuk tahun 2019. Jika terlalu banyak kenaikan kadar faedah yang dirancang hingga mengecewakan para pelabur, kita boleh menyaksikan penurunan nilai dolar, dan ia boleh menjadi trend untuk tempoh yang lama. Dalam kes ini, menurut 40% penganalisis, EUR/USD boleh melepasi had atas saluran 1.1500 tidak lama lagi dan mencecah paras 1.1580.
    Sudah tentu, kita tidak harus lupa tentang undian ke atas Brexit di Parlimen British; 
  • GBP/USD. Jadi, pada hari Selasa, 29 Januari, Perdana Menteri Theresa May akan mengumumkan rancangan alternatif beliau untuk meninggalkan EU di Parlimen British. Sebahagiannya mungkin telah dibincangkan di bahagian pertama ramalan ini. Pihak pembangkang dari Parti Buruh tidak pasti dengan tindakan seterusnya, dan ini dapat mengurangkan kebarangkalian akan berlakunya referendum kedua atau pemilihan semula. Akhbar Telegraph telah membincangkan kemungkinan terdapat lima pindaan yang boleh dijadikan undi.
    Kita hanya akan ketahui hasil keputusannya pada hari Selasa. Bagi penganalisis kami pula, pandangan mereka adalah seperti berikut: 50% mengunjurkan kejatuhan pasangan ini, 40% melihat ia akan bertumbuh, dan 10% pula tidak dapat membuat keputusan. Paras sokongan berada pada 1.3070, 1.2900, 1.2820, 1.2700 dan 1.2660. Paras rintangan pula berada pada 1.3250, 1.3300, 1.3360 dan 1.3555;
  • USD/JPY. Tidak seperti Parlimen British, tiada kejutan dijangka akan dibuat hasil mesyurat jawatankuasa polisi kewangan Bank of Japan pada 28 Januari. Kadar pasangan ini mungkin lebih kukuh kesan daripada maklumat yang diperoleh daripada Amerika Syarikat. Semua ini serta maklumat mengenai kenaikan kadar faedah ke atas dolar, dan juga hasil daripada rundingan antara AS-China pada 30-31 Januari. Jika kedua-dua pihak mencapai persetujuan, dan semua pihak melihatnya begitu kerana Trump benar-benar mahukan bantuan, pasaran saham Amerika pasti akan melonjak. Dalam kes ini, kadarnya boleh naik melebihi 110 yen bagi setiap 1 dolar. 70% daripada penganalisis, disokong oleh analisis grafik pada D1 menunjukkan pengukuhan paras tahun 2017-18 yang kuat di zon 111.55 sebagai sasaran utama.
    Pendapat alternatif pula diberikan oleh 30% penganalisis dan juga 15% pengayun pada D1 yang memberi isyarat bahawa pasangan ini sudahpun mengalami lebihan jualan. Jika berlakunya pergerakan ke arah bawah, paras sokongan berada pada 109.15, 108.70 dan 107.75.

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 28 Januari – 01 Februari, 20191

  • Matawang Kripto. Reaksi perlahan terhadap berita memberitahu kita bahawa pasaran matawang digital semakin menyerupai Forex kerana jika situasi yang sama berlaku pada tahun lalu, ia boleh menyebabkan sebut harganya turun naik bukan saja puluhan malah ratusan peratus. Perkara ini bukanlah hanya disebabkan oleh “penyejukan” yang telah membantutkan minat semangat para penggemar kripto, ia juga kesan daripada tumpuan yang terlalu banyak diberikan oleh pihak berkuasa. Kali ini, Bank of England telah memihak kepada para pelaburnya, di mana mereka telah berkumpul untuk mengkategorikan matawang kripto, dan kemudian membahagikannya kepada tiga kategori mengikut undang-undang sedia ada.
    Pada pendapat kami, tiada pelaburan daripada institusi besar yang akan dibuat dalam masa terdekat ini, sungguhpun rakan-rakan pelabur kecil mereka mengharapkannya. “Ikan besar” tidak dapat menyasarkan keuntungan dalam tempoh singkat, dan mereka akan menunggu hingga situasi di pasaran lebih jelas, dan juga risiko daripada spekulasi yang lebih rendah. Harapan seperti itu akan mengambil masa bertahun, malah mungkin berdekad untuk berlaku.
    Selain itu, seperti yang sedia maklum, coin-coin utama mengalami trend ke arah sisi. Namun, mustahil jika tiada siapa perasan tekanan berterusan daripada bear. Sebagai contoh, garis Pivot di mana BTC/USD turun dan naik sejak dua minggu lalu telah turun sebanyak 20 poin, bagi ripple (XRP/USD) pula turun sebanyak 5%, dan Ethereum (ETH/USD) – sebanyak 8%. Sudah tentu, ia perkara kecil bagi pasangan kripto, tetapi mungkin ia boleh dijadikan sebagai petunjuk awal arah rentasan yang mungkin akan berlaku kelak.
    Kebanyakan daripada majoriti penganalisis (70%) percaya bahawa bitcoin akhirnya tunduk kepada semua tekanan itu dan akan turun ke paras terendah 2018 iaitu di zon $3,200-3,250 pertama kalinya, dan kemudian turun ke paras sokongan pada $2,400.
    10% penganalisis telah memilih trend arah sisi yang berterusan, dan 20% pula berharap pasangan ini akan bertumbuh dan kembali ke zon $3,850-4,215.   

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami