Disember 14, 2023

NordFX akan melakukan penyelenggaraan teknikal berjadual ke atas infrastruktur kami. Infrastruktur server dagangan kami akan dikemas kini bermula pada hari Sabtu, 16 Disember, dan berakhir pada 17 Disember, 2023, pada jam 09:00 AM GMT +2.

Penyelenggaraan ini perlu dilakukan bagi memperbaiki perkhidmatan kami serta meningkatkan pengalaman anda. Pasukan kami akan melakukan yang terbaik agar proses ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Bagi platform dagangan MT4 mudah alih NordFX, anda perlu log masuk semula ke dalam akaun dagangan anda. Pada 17 Disember, untuk log masuk semula ke dalam akaun dagangan anda, kami mohon agar dapat mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi mudah alih MetaTrader 4 anda.
  2. Klik pada menu > Manage accounts > add account “+”.
  3. Pilih: Login to an existing account.
  4. Buat carian broker: NordFX.
  5. Pilih server NordFX seperti butir-butir log anda yang sedia ada.
  6. Masukkan kata laluan anda.

Pada 17 Disember, 2023, bagi terminal dagangan MT4 Desktop:

Anda perlu memasangkan semula Terminal MT4 NordFX pada terminal sedia ada, dalam direktori yang sama supaya kesemua tetapan pengguna, EA, dll yang digunakan sebelum ini dapat disimpan.

Anda perlu mengikuti langkah berikut bagi memuat turun terminal dagangan:

  1. Log masuk ke dalam Kabinet Pelanggan NordFX: https://account.nordfxmalaysian.com/account/
  2. Guna nombor akaun dagangan serta kata laluan sedia ada untuk log masuk.
  3. Klik untuk muat turun terminal MT4.
  4. Log masuk ke dalam terminal dagangan MT4 dengan kata pengguna dan laluan sedia ada.

Anda juga boleh memuat turun platform dagangan mudah alih dan juga versi desktop dari laman web kami mengikut pautan berikut: https://nordfxmalaysian.com/metatrader-4.html

Kami meminta maaf untuk segala kesulitan dan sangat-sangat menghargai kesabaran serta persetujuan anda sepanjang tempoh ini. Jika terdapat kemusykilan atau kebimbangan, jangan keberatan untuk menghubungi khidmat bantuan pelanggan kami secara live di support@NordFX.com.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami