Mei 6, 2024

NordFX menerima anugerah pertamanya hampir 15 tahun lalu, pada tahun 2010. Sejak itu, syarikat ini telah dianugerahkan dengan lebih 70 anugerah dan juga gelaran profesional di atas pencapaian dan inovasi yang ditunjukkan dalam pelbagai sektor industri kewangan. Namun, hanya sekali, pada tahun 2015, NordFX menerima anugerah dalam melaksanakan dagangan ECN. Kini, portal online antarabangsa yang disegani iaitu FXDailyInfo telah sekali lagi menobatkan syarikat tersebut dengan Broker Forex ECN/STP Terbaik.

NordFX Dinobatkan Broker Forex ECN/STP Terbaik 20241

FXDailyInfo adalah antara sumber utama yang menyediakan berita dan analisis terhadap pasaran kewangan harian, termasuklah ulasan broker, material pembelajaran, serta lain-lain maklumat berguna buat para pedagang. Portal itu juga mengiktiraf wakil-wakil terbaik dalam industri kewangan dengan memberikan anugerah secara tahunan. Pemenang Anugerah FXDailyInfo ditentukan menerusi undian terbuka oleh para pengunjung laman web berkenaan, menjadikan anugerah ini lebih berharga kerana ia mencerminkan pendapat komuniti profesional. Kali ini, rating paling tinggi telah diberi untuk servis NordFX yang menawarkan akaun Zero kepada para pelanggan mereka di platform popular seperti MetaTrader 4 dan 5.

Ciri utama yang ada adalah akses terus kepada likuiditi antara bank. Rangkain Komunikasi Elektronik (Electronic Communication Network atau ECN) yang digunakan pada akaun Zero MT4 dan akaun Zero MT5 menghalakan order para pedagang terus kepada penyedia likuiditi, menyingkirkan mana-mana pihak pengantara tambahan. Hal ini dapat mengurangkan masa memproses order serta menyediakan peluang untuk berdagang dengan nilai menguntungkan dan kadar spread serta komisen yang minimum kepada para pedagang. Untuk gandingan paling popular seperti EUR/USD, GBP/USD, dan USD/JPY, kadar spread biasa adalah 0 pip. Selain daripada gandingan mata wang, pedagang juga boleh menjalankan transaksi untuk mata wang kripto, saham, indeks bursa, serta minyak mentah, gas, dan juga logam berharga dengan menggunakan akaun tersebut. Paling ketara, kadar spread bagi gandingan emas XAU/USD juga adalah sifar. Gandingan ini begitu digemari pedagang dalam senarai tiga teratas NordFX, disebabkan gandingan inilah mereka berjaya memperoleh pulangan menakjubkan hampir $2.5 juta USD pada tahun sebelum ini, tahun 2023.

 

Notis: Penulisan ini bukanlah cadangan atau panduan pelaburan bagi menyertai pasaran kewangan dan hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami