Mei 14, 2021

Beberapa tip ringkas dalam memilih isyarat untuk langganan pada Copy Trading yang memberi keuntungan, dan tidak merugikan. Perkara-perkara yang disyorkan ini juga sesuai diguna bersama akaun PAMM.

Cara Mendapat Untung dan Tidak Rugi dari Copy Trading dan PAMM1

Kesulitan Utama dalam Copy Trading

Copy Trading adalah satu perkhidmatan ringkas dan amat berguna yang membolehkan sesiapa saja mendapat pulangan di pasaran kewangan. Tambahan pula, jumlah pulangan ini adalah puluhan, ratusan malah ribuan kali ganda lebih tinggi berbanding dengan faedah deposit bank. Dalam masa yang sama, anda tidak perlu menjadi seorang pedagang berpengalaman, anda tidak perlu mempelajari semua kebijaksanaan tentang analisis fundamental serta teknikal, anda tidak perlu duduk merenung skrin komputer siang dan malam, menguji keberkesanan sistem yang anda hasilkan sendiri. Anda hanya perlu memilih pedagang - seorang penyedia isyarat dagangan, langgan, dan semua transaksi mereka akan disalin ke dalam akaun anda. Anda hanya perlu lihat jumlah modal anda berkembang.

Mudah bukan? Cakap memang mudah. Namun secara praktik, semuanya agak rumit. Kesukaran yang sering dihadapi adalah memilih penyedia yang benar-benar akan memberi pulangan dengan stabil, dan tidak memberi sebarang kejutan dengan mengosongkan deposit anda. Isyarat tersebut perlulah boleh dipercayai.

Bagi membantu para pelabur daripada melakukan kesilapan, pemantauan secara online dibuat terhadap lebih daripada 50 parameter di laman web syarikat broker NordFX bagi setiap isyarat, dan ianya ditunjukkan mengikut carta dan jadual yang sepadan.

Sesetengah daripada parameter ini adalah penting secara fundamental, manakala yang lain hanya menjadi pelengkap terhadap gambaran penuh. Seorang pedagang berpengalaman mampu menguruskan semua itu dengan mudah. Namun, apa yang perlu dilakukan oleh pedagang baru? Perkhidmatan ini memang disasarkan untuk mereka.

Artikel ini dibuat bertujuan untuk memberi anda beberapa petua mudah. Ia mungkin tidak dapat membantu anda untuk memilih isyarat terbaik. Namun anda pasti dapat menyingkirkan beberapa isyarat yang berisiko untuk dilanggan.

Cara Mendapat Untung dan Tidak Rugi dari Copy Trading dan PAMM2

Helah Martingale, atau Kesalahan Paling Biasa Oleh Pelanggan Baru

Sikap tamak adalah sesuatu yang kita tahu sering menjadi punca kepada kesilapan yang dibuat. Siapa yang tidak mahu mendapat pulangan sebanyak mungkin dalam tempoh yang singkat! Justeru, apabila melihat pada penilaian sesuatu isyarat, perkara pertama yang kita beri perhatian adalah kadar pulangan (Untung begi tempoh tertentu).

Untung 200%, 300%, 400%, 500% setiap bulan - nombor-nombor ini menggembirakan hati semua. Namun tiada siapa harus leka tentang lebih besar kadar pulangan, lebih tinggi risiko untuk mengalami kerugian. Statistik menunjukkan bahawa isyarat seperti itu tidak bertahan lama dan sering mengosongkan jumlah deposit.

Kebiasaannya, penyedia isyarat seperti itu menjalankan dagangan tanpa mengenakan Stop Loss dan menggunakan strategi agresif berdasarkan pengumpulan posisi yang rugi. Strategi serupa digunakan dalam kebanyakan algoritma robot/penganalisis untuk dagangan automatik.

Cara dagangan ini sering kali digelar sebagai kaedah Martingale, dan kewujudannya di pasaran kewangan adalah berasal dari meja judi. Kaedah martingale yang “bersih” adalah menggandakan kedudukan yang rugi dengan harapan dapat keluar daripada penyusutan, dan hasilnya, memperoleh beberapa order yang menguntungkan. Contohnya, anda membuka order jual dengan volum sebanyak 1 lot. Namun harganya meningkat dan anda mula mengalami kerugian. Selepas itu anda buka satu lagi order jual, tetapi volumnya sudah menjadi 2 lot, kemudian buka lagi dengan 4 lot, dan lagi, dan lagi. Jika anda menunggu hingga harganya berubah mengikut arah yang anda inginkan, menutup order-order itu (dengan volum sebanyak 1+2+4+8+16+…lot) akan memberi anda pulangan.

Selain daripada Martingale “bersih” yang menggandakan posisi rugi, faktor-faktor gandaan lain juga sering digunakan. Sebagai contoh, dengan menggunakan pekali 1.5, order yang dibuka akan kelihatan seperti 1.0+1.5+2.25+3.38+5.06, dll.

Teknik ini berguna untuk trend yang mendatar, wang deposit akan susut dengan ketara jika berlakunya pergerakan-pergerakan mendadak, kadangkala sehingga mencecah 85-95%. Jika trend yang dilaluinya amat kukuh tanpa sebarang pembetulan serius, cara ini dijamin akan mengosongkan deposit anda. Trend seperti itu tidaklah begitu asing. Bagi pasangan EUR/USD sendiri, pergerakan ke satu arah sudahpun mengambil 500-800 mata. Apatah lagi dengan “ribut” matawang kripto: lonjakannya mencecah 25-30% daripada harga token.

Dengan strategi seperti itu, carta baki (Balance) dan pertumbuhan dana (Equity) akan kelihatan begitu menarik untuk satu-satu masa serta menampakkan garis ke atas yang agak stabil. Namun dalam masa yang sama, seperti yang telah disebut tadi, sekali sekala akan terdapat susut nilai dalam akaun yang membimbangkan (garis hijau pada carta), mungkin anda mampu untuk keluar daripadanya (kes A dan B), kadangkala ia mengakibatkan bencana - mengosongkan deposit dan menutup akaun (penunjuk C). 

Tiga Parameter Utama untuk Pemilihan Isyarat

Kami tekankan bahawa semua perkara di bawah ini hanyalah kriteria-kriteria yang disyorkan berdasarkan pengalaman kami bertahun lamanya. Paling penting, keputusan masih berada di tangan anda.

Jadi, apakah parameter yang boleh dianggap sebagai parameter utama? Ianya adalah kombinasi: 1) jangka hayat isyarat, 2) keuntungannya, dan 3) kadar maksimum susut  nilai. 

1) Lebih lama jangka hayat sesuatu isyarat itu, lebih baik. Pada pendapat kami, lebih elok untuk mempertimbangkan isyarat yang sudah stabil sekurang-kurangnya enam bulan, setahun atau lebih daripada itu adalah lebih bagus.

2) Jelas sekali bahawa lebih tinggi hasil keuntungannya, lebih baik. Namun jika memilih antara dua isyarat dengan kadar keuntungan sama iaitu 200% yang diperoleh 1) dalam sebulan atau 2) dalam setahun, kami akan memilih pilihan kedua, kerana dalam hal ini, kadar keuntungan masih lagi tinggi, tapi risikonya adalah lebih kecil.

3) Parameter seperti penyusutan maksimum juga amat berguna untuk menilai risiko. Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak memberi banyak maklumat jika digunakan untuk tempoh yang pendek berbanding jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, jika sesuatu isyarat itu baru beroperasi selama sebulan, dan keadaan di pasaran juga tenang (mendatar) sepanjang masa, penyusutan yang berlaku mungkin tidak ketara. Namun jika berlakunya lonjakan secara mendadak berulang kali, penyusutan maksimumnya juga akan bertambah setiap kali dan hal ini mampu memberi kesan teruk ke atas deposit anda. Justeru, jika anda ingin melanggan sesuatu isyarat, lihatlah pada kadar sebut harganya dan buat penilaian  terhadap kadar turun naik instrumen dagangan untuk satu-satu tempoh masa.

Orang Rom kuno sendiri pernah berkata “Festina lente” - "Gesa perlahan-lahan”. Frasa menarik ini telah menjadi bukti selama lebih seratus tahun yang membentuk kepada asas pengurusan wang moden - pengurusan aset dalam pasaran kewangan. Tidak perlu untuk mengaut semua keuntungan dalam satu masa. Lebih banyak untung, lebih tinggi risikonya. Tamak adalah musuh utama pelabur. Ini bermakna, ia adalah musuh anda!


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami