Jun 2, 2022

Terdapat pepatah dalam dunia kewangan: “Bencana melanda Amerika, namun seluruh dunia turut mendapat kesannya.” Bagaimana cara untuk mengetahui punca kepada bencana yang melanda itu - adakah disebabkan kesilapan manusia, atau bencana alam?

Inilah sebabnya kenapa indeks saham/bursa diwujudkan. Indeks utama yang boleh digunakan untuk menentukan tahap “kesihatan” ekonomi di AS boleh dilihat pada senarai alat dagangan NordFX. Antaranya ialah Dow Jones 30 (DJ30.c), S&P 500 (US500.c) dan NASDAQ-100 (USTEC.c). Mari kita lihat setiap satu daripadanya.                                                                                                             

Dow Jones: "Moyang" Ekonomi AS

Indeks Dow Jones Industrial Average telah dibangunkan pada tahun 1884 oleh Charles Dow, pengasas The Wall Street Journal dan pencipta teori Dow. Pada mulanya indeks ini tertumpu kepada pengguna tertentu dan hanya memiliki 11 jenis saham (9 syarikat kereta api dan 2 syarikat perindustrian. Kadarnya dikira sebagai purata aritmetik bagi nilai saham yang ada dalam kelompok itu. Hanya selepas 12 tahun indeks Dow Jones dibuka kepada orang awam, pada Mei 1896.

Kini Dow Jones bukan lagi satu indeks tunggal, tetapi terdapat pelbagai jenis indeks di dalamnya yang bukan saja merekodkan dinamik saham-saham pelbagai jenis syarikat, malah juga, contohnya hartanah (Dow Jones Real Estate), syarikat pengangkutan (Dow Jones Transportation Average), syarikat utiliti (Dow Jones Utility Average) dan banyak lagi.

Selain daripada dinamik saham-saham di AS, kumpulan indeks Dow Jones juga meneliti trend global (Dow Jones Global Titans 50), serta keadaan ekonomi di setiap negara tertentu (Dow Jones Turkey Titans 20, Dow Jones Italy Titans 30, Dow Jones South Korea Titans 30, Dow Jones Africa Titans 50, dll.).

Indeks paling dikenali dalam kumpulan ini adalah indeks Dow Jones Industrial Average, atau juga dikenali sebagai Dow Jones 30 yang boleh didapati dalam kalangan instrumen dagangan NordFX. Indeks ini mengandungi 30 saham syarikat-syarikat gergasi. Untuk nama lengkapnya, penggunaan “Industrial Average” adalah sebagai tribut kepada masa lalu kerana lain-lain sektor ekonomi kini wujud bersama-sama dengan indeks industri lain. Buat masa ini, pecahan peratusannya adalah seperti berikut: syarikat teknologi - 26.28%, barangan pengguna - 25.81%, perubatan - 14.66%, barangan industri - 13.95%, sektor kewangan - 13.26%, sektor tenaga - 3.40%, telekomunikasi - 1.46%, industri bahan mentah - 1.09%, dan lain-lain - 0.09%.

Antara saham syarikat yang ada dalam indeks Dow Jones 30 termasuklah Apple, Goldman Sachs Group, Boeing, Johnson & Johnson, Microsoft, Procter & Gamble, dan semua itu juga boleh didapati oleh para pelanggan NordFX. Menggabungkan dagangan terhadap aset-aset individu dan juga indeks saham dalam strategi mereka, para pedagang boleh mengurangkan tahap risiko dan menjana lebih banyak keuntungan.

Salah satu perbezaan utama antara indeks Dow Jones 30 dan banyak lagi indeks adalah tiada syarat ketat yang secara praktikalnya akan dikenakan untuk masuk ke dalam kelompoknya. Namun jika anda lihat pada kadar komposisinya, anda akan sedar bahawa ia mengandungi syarikat-syarikat bertaraf dunia yang terkenal di mata kebanyakan orang. Indeks ini boleh dianggap sebagai portfolio pelaburan siap sedia yang mengandungi saham-saham “blue chips”. Apa yang dimaksudkan dengan “chips”? Gelaran ini berasal daripada kasino yang merujuk kepada warna biru token dan kebiasaannya nilai token inilah yang paling tinggi. Dalam dunia kewangan, gelaran ini diberi kepada saham syarikat-syarikat besar dengan kadar kecairan tinggi dan keuntungan yang stabil. Inilah yang membezakan Dow Jones 30 daripada S&P 500, contohnya, satu indeks yang mengandungi jumlah syarikat lebih besar namun kebanyakannya masih lagi berada dalam fasa pertumbuhan aktif.

Indeks Saham/Bursa AS: Apakah Ia dan Bagaimana Anda Boleh Mendapat Pulangan Daripadanya1

S&P 500: Seluruh Ekonomi AS Dalam Satu Indeks

Seterusnya dalam senarai indeks paling terkenal dan popular ialah indeks S&P 500. Saham-saham yang ada di dalamnya termasuklah saham 500 syarikat awam utama di AS yang didagangkan di bursa saham. Dari satu segi, jumlah ini adalah kecil: lagi pun, saham pelbagai syarikat dengan jumlah kira-kira 7-8 ribu didagangkan dalam bursa saham negara tersebut. Namun dari satu sudut yang lain pula, jika dibandingkan dengan Dow Jones 30, jumlahnya adalah lebih banyak. Tambahan pula, nilai saham 500 buah syarikat ini menjadikan 80% daripada jumlah modal keseluruhan pasaran saham di AS. Justeru, dinamik indeks S&P 500 mencerminkan keadaan hampir keseluruhan ekonomi AS.

Saham “blue chips” seperti Microsoft, Apple, Amazon, Facebook, Coca-Cola, Visa, Mastercard dan McDonalds yang sama juga boleh didapati dalam portfolio indeks ini. Namun, seperti yang telah kami nyatakan, terdapat banyak syarikat yang agak baru dan kurang menunjukkan sejarah pelaburan mereka terlibat di dalamnya. Nilai saham 10 syarikat pertama dalam senarai indeks S&P 500 merupakan 25% daripada jumlah keseluruhannya, 15 TEMPAT TERATAS - kira-kira 30%, manakala peratusan bagi syarikat yang berada di kedudukan seratus terakhir diukur dalam satu per seratus, malah satu perseribu - 0.05%, 0.03% atau 0.01%. Ini bermakna, nilai saham Microsoft atau Apple adalah bersamaan dengan jumlah keseluruhan nilai saham beberapa dozen syarikat yang berada di kedudukan bawah senarai.

Indeks ini telah diperkenalkan sejak 4 Mac, 1957. Senarai yang ada dimiliki dan dipantau oleh agensi Standard & Poor’s. (Standard & Poor’s adalah salah satu daripada “Tiga Gergasi” dalam agensi penilaian antarabangsa paling berpengaruh yang terlibat dalam penyelidikan analisis pasaran kewangan, bersama-sama Moody’s dan Fitch Ratings).

NASDAQ-100: Seratus Syarikat Teknologi Paling Maju

Indeks ketiga, NASDAQ-100 mengandungi saham 100 syarikat paling besar dari segi jumlah modal pasarannya, dan kebanyakannya adalah dari industri teknologi canggih yang berasal dari Amerika Syarikat dan lain-lain negara di mana saham mereka didagangkan di Bursa Saham Nasdaq AS.

Buat masa ini, kumpulan NASDAQ memiliki lebih daripada 10 indeks berbeza, semuanya bermula pada tahun 1985. Dua indeks baru diperkenalkan kemudiannya: NASDAQ-100 dan NASDAQ Financial-100. Saham syarikat-syarikat industri berteknologi tinggi diletakkan dalam indeks pertama, manakala syarikat-syarikat kewangan diletakkan pada indeks kedua. Indeks-indeks ini perlu dipisahkan bagi menghalang pengaruh daripada sektor kewangan masuk ke dalam segmen teknologi. Perkara ini boleh berlaku, tetapi hanya sebahagian daripadanya.

Jika anda melihat pada carta, anda akan mendapati terdapat korelasi antara NASDAQ-100 dengan indeks Dow Jones 30 serta S&P 500. Ia memang dapat difahami kerana terdapat saham-saham “gergasi” dari pasaran saham seperti Facebook, PayPal, Google, Yahoo, eBay, Amazon, Pepsi serta banyak lagi saham syarikat terkenal dunia di dalamnya.

Pasaran Indeks dan Mata Wang Kripto

Kesimpulannya, anda perlu tahu bahawa tidak kira berapa besar sesuatu syarikat itu, saham yang dimiliki kebiasaannya dikategorikan sebagai aset berisiko, tidak seperti bon kerajaan AS atau emas yang diguna untuk menyimpan modal sebagai contoh, terutama sekali semasa berlakunya krisis ekonomi. Dalam konteks ini, kami tidak boleh mengendahkan daripada menyebut tentang blockchain dan aset digital yang telah menjadi bahagian penting dalam sektor berteknologi tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan itulah, telah berlakunya korelasi yang kuat di antara sebut harga mata wang kripto utama, bitcoin, ethereum, dll., dengan indeks Nasdaq 100 dan S&P 500 terutama sekali pada lewat 2021 dan awal 2022. Justeru, dengan memantau indeks-indeks ini membolehkan anda menambah baik kualiti dalam membuat unjuran dan meramal lebih tepat perubahan pergerakan trend utama pasaran kripto ini. Namun begitu, perkara sebaliknya juga boleh berlaku: terdapat kes di mana aset digital memberikan reaksi lebih awal berbanding lain-lain aset berisiko


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami