Mei 2, 2022

Pedagang yang berdagang dalam pasaran kewangan: Forex, saham, komoditi dan mata wang kripto akan mendapati idea tentang hubung kait antara jenis aset yang berbeza adalah sangat berguna. Dengan memahami bagaimana pertumbuhan atau penyusutan sesuatu aset itu mampu memberi kesan kepada sebut harga aset yang lain, ia akan dapat membantu anda menghasilkan strategi dagangan yang efisien, menambah pulangan serta mengurangkan risiko kehilangan deposit.

Aset berisiko

Ulasan mengenai analisis pasaran yang biasa boleh didapati pada halaman utama laman web NordFX seringkali ditulis dengan frasa seperti “selera risiko pelabur yang berkurang telah mendorong kepada penurunan kadar pasaran saham serta nilai mata wang kripto” atau “kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan akan menyebabkan nilai dolar serta hasil bon Perbendaharaan AS bertambah”. Masuk akal untuk bertanyakan mengapa perkara ini berlaku. Namun sebelum menjawab persoalan itu, mari lihat konsep asasnya.

Pasaran saham. Ringkasnya, ini adalah mekanisma pelbagai tahap di mana para pelabur menjual dan membeli sekuriti: saham pelbagai syarikat, kewajipan hutang mereka dan pelbagai derivatif instrumen kewangan. Indikator bagi keadaan pasaran indeks saham seperti itu adalah dikira berdasarkan nilai semasa untuk sesetengah kelompok sekuriti - “bakul indeks”.

Sebagai contoh, indeks S&P500 adalah nilai anggaran bagi bakul maya untuk saham 500 syarikat terbesar di AS daripada pelbagai sektor ekonomi. Justeru, ia memberi kita gambaran objektif tentang apa yang sedang berlaku pada ekonomi negara: adakah sedang mengalami pertumbuhan, atau sebaliknya, menyusut, serta kadar kecepatannya.

Saham biasanya dirujuk sebagai aset berisiko kerana nilai dan keuntungan yang boleh diterima daripadanya bergantung kepada banyak faktor, ekonomi dan juga geopolitik. Sebagai contoh, pandemik COVID-19 yang baru-baru ini melanda telah menyebabkan kejatuhan nilai saham syarikat-syarikat penerbangan, tetapi menambah nilai saham syarikat-syarikat farmasi yang menghasilkan vaksin coronavirus.

Lazimnya aset berisiko juga dikaitkan dengan bahan mentah kerana nilainya bergantung terus kepada keadaan pasaran. Sama juga, aset yang digelar sebagai mata wang komoditi, iaitu mata wang bagi negara-negara yang eksport utamanya adalah komoditi (minyak mentah, gas asli, logam, produk agrikultur, dll.) juga termasuk dalam kategori ini. Mata wang seperti itu termasuklah dolar Kanada, Australia dan New Zealand, Real Brazil, krone Norway serta peso Chile.

Malah, sesetengah mata wang mungkin tergolong dalam kelompok berisiko disebabkan oleh kejadian geopolitik. Pound British berada dalam kelompok ini akibat Brexit manakala Euro pula disebabkan oleh jarak negara-negara Kesatuan Eropah yang hampir dengan zon konflik ketenteraan antara Rusia dan juga Ukraine. 

Mata wang kripto, walaupun yang terkenal sekalipun seperti bitcoin dan ethereum juga dianggap aset yang lebih berisiko. Ini disebabkan oleh hakikat bahawa aset-aset ini berbentuk maya, tidak berdasarkan pada apa-apa, dan harganya bergantung sepenuhnya  kepada sentimen pelabur.

Berisiko, Bebas Risiko dan Aset Pelindung: Apakah Maksud dan Hubung Kaitnya1

Aset Bebas Risiko dan Pelindung

Aset bebas risiko yang paling utama adalah bon-bon kerajaan negara-negara membangun seperti yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan AS. Kebolehpercayaan bon sesuatu negara itu boleh ditentukan berdasarkan penilaian oleh agensi-agensi penilaian antarabangsa seperti Standard & Poor, Moody, Fitch atau IBCA.

Aset pelindung adalah suatu konsep yang lebih meluas berbanding aset bebas risiko. Instrumen-instrumen kewangan ini kurang memberikan respon terhadap kejutan ekonomi mahupun geopolitik. Dalam hal ini, selain daripada bon-bon kerajaan negara-negara membangun, emas juga termasuk dalam golongan ini. Dolar AS juga menjadi sangat popular terutama sekali sejak kebelakangan ini kerana polisi kewangan yang ingin dicapai pihak Rizab Persekutuan serta kenaikan kadar faedah.

Dolar AS dan Kadar Faedah Rizab Persekutuan

Pulangan dari pelaburan dalam aset berisiko boleh berlipat ganda, puluhan malah mungkin ratusan kali ganda berbanding melabur dalam aset bebas risiko dan juga aset pelindung. Namun kebarangkalian untuk anda mengalami kerugian juga agak sama tingginya.

Contohnya, kita mengambil kira semasa pandemik COVID-19 sedang melanda, kita dapat lihat pihak Rizab  Persekutuan AS telah melaksanakan program pelonggaran kuantitatif (QE) untuk menyokong ekonominya antara tahun 2020-2021, melambakkan pasaran dengan wang murah pada kadar faedah minimum. Hal ini membantu ekonomi di Amerika pulih. Jika kadar indeks S&P500 yang dinyatakan di atas susut daripada 3.397 kepada 2.184 pada permulaan pandemik, maka kadarnya terus naik berganda selepas itu, mencecah ketinggian 4,663 semasa perubahan tahun 2021-2022. Lebihan wang yang dimiliki perusahaan serta populasinya juga telah memberi manfaat kepada mata wang kripto: kos belian bitcoin adalah kira-kira $5,700 pada Mac 2020, dan nilainya sudah menjadi 12 kali lebih mahal pada November 2021: harganya berada di atas paras $68,900 bagi setiap coin.

Walau bagaimanapun, wang murah yang berlebihan telah mengakibatkan pertambahan kadar inflasi. Bagi menghalangnya, seiring dengan pemulihan ekonomi, pihak Bank Pusat AS telah mengambil langkah untuk mengetatkan polisi kewangan mereka serta mula menaikkan kadar faedah dolar. Akibatnya, hasil bon Perbendaharaan AS dan juga kadar indeks dolar DXY mula bertambah, manakala nilai aset berisiko mula menyusut.

Bon Perbendaharaan dan Dolar AS

Bon kerajaan AS adalah obligasi hutang kerajaan AS, ia  juga sebulat suara dikenali sebagai bil perbendaharaan atau perbendaharaan. Sebagai satu daripada instrumen kewangan, ia memberi kesan secara terus kepada pembangunan ekonomi negara berkenaan. Jumlah bekalan wang, dan seterusnya, kadar inflasi serta kadar tukaran mata wang negara itu bergantung kepadanya.

Bon perbendaharaan paling popular di dunia ialah bon perbendaharaan 10 tahun. Jika melihat pada carta, kita akan dapat lihat hubung kait yang kukuh antara indeks dolar DXY serta perolehan bon seperti itu. (Jika diingat DXY adalah indeks yang mengukur nisbah antara dolar AS (USD) dengan kelompok enam mata wang utama lain, termasuklah Euro (EUR), yen (JPY), pound sterling (GBP), dolar Kanada (CAD), krone Sweden (SEK), dan franc Swiss (CHF)). Oleh itu, jika hasil sekuriti perbendaharaan bertambah, nilai dolar juga akan bertambah, dan jika kadarnya menyusut, nilai dolar juga turut menyusut.

Sekarang adalah masanya untuk berkongsi pemerhatian yang menarik dan berguna. Hasil bon boleh selalu dijadikan sebagai indikator utama, anda boleh meramal pertumbuhan kadar faedah dengannya, dan sewajarnya, membuat unjuran dinamik kadar tukaran mata wang ini. Jadi, sebagai contoh, untuk meramal pergerakan pasangan EUR/USD, penganalisis mencadangkan untuk memberi fokus kepada nilai spread (perbezaan) pada hasil bon AS dan Jerman, negara penggerak ekonomi EU.

 

***

Terdapat kaveat di sini. Pasaran kewangan dipenuhi dengan kejutan, sebut harga pelbagai aset kewangan bergantung kepada pelbagai faktor, justeru analisis yang dilakukan haruslah bersifat multilateral. Apabila menganalisis nilai spread bon, anda bukan saja perlu melihat kepada nilai sementaranya saja, malah juga dinamik pada tempoh masa yang berbeza, bergantung kepada jenis dagangan yang anda gunakan. Jika, sebagai contoh, anda berdagang pada carta H1, analisis untuk beberapa hari sudah mencukupi. Namun, jika ia dagangan D1, kami menasihatkan anda supaya membuat analisis lebih mendalam untuk beberapa minggu atau malah beberapa bulan. Sudah semestinya, anda bukan saja perlu mengambil kira situasi ekonomi dan geopolitik semasa, tetapi juga apa yang mungkin berlaku di sesuatu negara atau di seluruh dunia kelak. Namun bagi mereka yang menggunakan teknik pipsing atau scalping, pemerhatian yang disenaraikan di atas mungkin tidak berguna. Malah sia-sia saja untuk berbincang tentang dagangan berfrekuensi tinggi. Ia adalah strategi dan algoritma yang berbeza sepenuhnya.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami