September 2, 2022

Keputusan Ogos 2022: Dagangan Emas Memberi Hasil Lumayan Kepada Pedagang NordFX1 

Syarikat broker NordFX telah membuat rumusan mengenai prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Ogos 2022. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini juga turut dinilai.

Seorang pelanggan dari Asia Tenggara, pemilik akaun No. 1634XXX telah mencuri tumpuan dengan naik ke atas, berada di tempat pertama podium untuk bulan Ogos, memperoleh USD 32,118 hasil transaksi ke atas emas (XAU/USD).

Tempat kedua menjadi milik rakan daripada rantau yang sama, pemilik akaun No. 1623XXX yang memperoleh pulangan sebanyak USD 24,858 daripada transaksi ke atas pelbagai jenis pasangan mata wang, termasuklah EUR/USD, GBP/CAD, GBP/USD.

Seorang pedagang dari Asia Timur mengakhiri kedudukan 3 TERATAS dengan pulangan sebanyak USD 16,257. Prestasi memberangsangkan ini dicapai hasil daripada operasi dagangan ke atas pasangan XAU/USD, GBP/USD dan EUR/USD.

Situasi khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:

  • Untuk CopyTrading, isyarat “veteran” KennyFXPRO - Journey of $205 to $5,000 dan KennyFXPRO - Prismo 2K terus menambah jumlah pulangan mereka, dengan lebih yakin walaupun agak perlahan. Isyarat pertama telah memberi pulangan sebanyak 401% dalam masa 545 hari (374% sebulan lalu), isyarat kedua pula mencecah keuntungan sebanyak 192% dalam masa 485 hari (178% sebulan lalu). Jika diingat penyusutan maksimum isyarat-isyarat ini masing-masing adalah 67% dan 45%, dan perkara itu sudah pun lama berlaku, pada pertengahan Oktober 2021. Selepas daripada itu, “kejutan” tidak menyenangkan sepertinya tidak lagi dilihat. Namun penyusutan isyarat ketiga daripada kumpulan yang sama, KennyFxPro - The Cannon Ball bertambah daripada 7% kepada 30%, manakala kadar keuntungan bulanannya naik daripada 33% kepada 38%.

    Untuk isyarat BSTAR (kadar untung 48%/penyusutan maksimum 14%/jangka hayat 195 hari) yang juga kami sebutkan dalam ulasan sebelum ini, tiada dagangan yang dibuatnya pada bulan Ogos. Mungkin pembangunnya mengambil cuti musim panas.

    Bagi syarikat startup, seperti biasa, terdapat beberapa isyarat yang menarik daripada mereka. Antaranya, kami maklum dengan isyarat JANUNGFX (98%/29%/37), Andy EU250 (54%/25%/38), NORD GOLDEN_DUCK (50%/30%/48) dan PT_Bot Scalping (48%/30%/61). Sekali lagi, kami ingin mengingatkan bahawa dagangan agresif serta isyarat dengan jangka hayat yang pendek menjadi faktor risiko tambahan dan memerlukan tumpuan khusus sebelum melanggannya.
  • Untuk servis PAMM, kedudukan 3 TERATAS, atau 4 TERATAS tidak berubah sepanjang bulan lalu. Tempat pertama masih lagi menjadi milik pengurus dengan nama gelaran KennyFXPRO. Jumlah modal dalam akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA telah bertambah sebanyak 134% dalam masa 584 hari. Juga antara yang berada di kedudukan teratas: akaun TranquilityFX-The Genesis v3 yang menunjukkan pulangan sebanyak 97% dalam masa 515 hari, akaun NKFX-Ninja 136 yang memberi pulangan sebanyak 88% sejak 11 Jun, 2021, serta akaun COEX.Investment - Treis dengan kadar untung sebanyak 45% dalam masa 304 hari. Kesemua akaun-akaun ini menunjukkan kadar penyusutan maksimum yang sederhana, kira-kira 20%. Satu lagi akaun yang menarik perhatian, KennyFxPro - The Multi 3000 v2 telah memberikan pulangan sebanyak 16% dalam tempoh 66 hari daripada penghasilannya dengan kadar susut kurang daripada 5%.

Pulangan 3 TEMPAT TERATAS perkongsian IB NordFX untuk bulan Ogos adalah seperti berikut:

  • Komisen paling banyak, USD 11,265 telah berjaya dikumpul seorang rakan kongsi dari Asia Timur, pemilik akaun No. 1259XXX;
  • tempat kedua, sama seperti bulan Julai, menjadi milik seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No. 1507ХХХ yang memperoleh USD 7,248;
  • dan akhir sekali, seorang rakan kongsi dari Amerika Selatan yang menerima komisen sebanyak USD 6,313, pemilik akaun No. 1274XXX mengakhiri kedudukan 3 TERATAS.

 

Notis: Material ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan pelaburan bagi menyertai pasaran kewangan dan ia hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami