April 18, 2023

Sejarah mengenai dunia kewangan dipenuhi dengan pelbagai jenis peristiwa. Ada individu tertentu di sebalik setiap kejayaan mahupun kegagalan yang dialami. Antara individu ini adalah Paul TuDor Jones, seorang pedagang dan ahli kewangan dari Amerika, juga pengasas kepada salah sebuah dana lindung nilai paling berjaya di dunia: Tudor Investment Corporation.

Bermulanya Kegemilangan yang Panjang

Paul Tudor Jones (PTJ) dilahirkan pada 28 September, 1954 di Memphis, Tennessee, AS. Beliau bersekolah rendah dan memasuki universiti di negeri yang sama, dan kemudian menerima ijazah ekonomi dari University of Virginia. Beliau memulakan kerjayanya dalam industri kewangan pada tahun 1976 semasa beliau bekerja di syarikat E.F. Hutton di New York. Beliau menjadi seorang kerani pada mulanya, namun tidak lama selepas itu, beliau memperlihatkan bakat yang dimiliki, ditawarkan jawatan sebagai penganalisis pasaran saham dan terus menjadi salah seorang pedagang paling berjaya dalam syarikat berkenaan. Tu Jones memperoleh pengalaman berharga sepanjang beberapa tahun berkhidmat di E.F. Hutton dalam menganalisis penyata kewangan syarikat dan juga pemilihan saham sebelum berpindah ke bahagian Perbadanan Komoditi (Commodities Corporation atau CC) yang menjalankan dagangan di pasaran niaga hadapan.

Pada tahun 1980, semasa berusia 26 tahun, beliau memutuskan untuk memulakan dana lindung nilai beliau sendiri dan menubuhkan Tudor Investment Corporation. Ahli kewangan muda ini bermula dengan nilai dana yang kecil, melabur kesemua wang yang dimilikinya pada waktu itu. Hari demi hari, beliau memujuk rakan dan kenalan untuk turut serta, menarik modal daripada pelanggan, dan disebabkan oleh kebolehan serta kemampuan beliau dalam menanggung risiko, nilai dana itu bertambah dengan cepat. Dalam masa yang sama, PTJ menyertai Harvard Business School, namun tidak lama selepas itu beliau sedar bahawa ilmu yang diajar di dalam kelas tidak cukup buatnya.

Tu Jones tidak meneruskan idea untuk menyambung pelajarannya dan menumpukan setiap masa yang ada dengan berlatih berdagang. Latihan beliau itu turut dibantu oleh salah seorang bapa saudaranya yang sudah menceburi pasaran saham sepanjang hidupnya. 

Bagaimana Anda Membuat Dagangan Menguntungkan? 10 Peraturan Paul Tudor Jones, Raja Wall Street1

5 tahun pertama penubuhan Tudor Investment Corporation telah mencatatkan lebih daripada 100% keuntungan tahunan. Paul Tudor Jones mencapai kejayaan besar pertama pada tahun 1985 apabila beliau berjaya memperoleh pulangan dagangan melebihi $20 juta. Untuk tahun berikutnya, 1986, beliau memperoleh pulangan dana sebanyak 92.2%, dan dianggap sebagai tahun kewangan paling teruk oleh PTJ.

Pedagang itu menjadi terkenal dalam kalangan masyarakat umum selepas 19 Oktober, 1987. Black Friday, antara peristiwa keruntuhan pasaran saham AS paling teruk telah berlaku pada hari itu yang mengakibatkan kadar indeks saham jatuh di kebanyakan benua. Setelah berjaya untuk menjangka perkara itu terlebih dahulu, Tudor Jones mengambil kesempatan terhadap situasi yang berlaku, memperoleh $100 juta dan menggandakan modalnya sebanyak tiga kali. Tepat-tepat satu tahun selepas itu, setiap dolar yang dilabur oleh Tudor Investment telah memberi pulangan sebanyak 17 kali ganda. Satu lagi kejayaan besar yang telah dikecapi ahli kewangan itu adalah pada tahun 1990, apabila Tu Jones berjaya mendapatkan keuntungan besar setelah pasaran saham di Jepun runtuh.

Faktor Kejayaan

Antara kejayaan penting Tu Jones adalah kebolehannya dalam menjalankan analisis pasaran, kemudian meramalkan pergerakan pasaran berdasarkannya serta membuat keputusan yang efektif dalam pembelian dan penjualan aset. Pendekatan beliau termasuklah membuat analisis teknikal dan fundamental serta menganalisis situasi yang berlaku di pasaran.

PTJ turut terkenal dengan kebolehannya untuk membuat pengiraan risiko dan menggunakan strategi pengurusan risiko bagi melindungi pelaburannya. Beliau menggunakan pelbagai jenis kaedah supaya potensi kerugian dapat dikurangkan, termasuklah menggunakan stop loss, mempelbagaikan portfolio, serta menetapkan saiz posisi maksimum yang dibolehkan bagi setiap dagangan.

Satu lagi faktor yang menyumbang kepada kejayaan Tu Jones adalah kebolehannya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang berubah-ubah. Beliau memberikan reaksi yang cepat terhadap perubahan yang berlaku kepada keadaan ekonomi dan politik, serta perubahan parameter teknikal di pasaran, membolehkan beliau menyesuaikan strategi dagangan dan mengekalkan pulangan yang diperoleh dana lindung nilainya.

Strategi Dagangan

Strategi yang Tu Jones gunakan boleh berubah-ubah mengikut keadaan pasaran. Sesetengah daripadanya adalah berasaskan analisis teknikal ataupun fundamental, yang lain pula berasaskan analisis statistik dan model matematik, terdapat juga strategi yang menggabungkan kedua-duanya.

Satu daripada strategi Tu Jones yang paling dikenali adalah “dagangan jangka pendek”, iaitu aset dibeli dan dijual dalam satu tempoh yang pendek, kebiasaannya tidak lebih daripada beberapa hari saja. Strategi ini adalah berdasarkan kepada analisis parameter teknikal yang ada di pasaran dan ia sangat menguntungkan kerana kadar kecairan yang tinggi dan pulangan modal yang cepat.

Satu lagi strategi yang Tu Jones gunakan adalah strategi “dagangan makro”. Ia digunakan untuk membuat analisis parameter makroekonomi seperti kadar inflasi, kadar faedah dan kadar pertumbuhan ekonomi bagi menentukan arah pasaran. Strategi ini adalah berdasarkan analisis fundamental dan membolehkan Tu Jones menerima pulangan daripada trend jangka panjang di pasaran.

Fakta menarik: satu dokumentari mengenai Paul Tudor Jones telah dihasilkan pada tahun 1987, di situlah beliau berkongsikan rahsia dagangannya. Namun sejak tahun 1990, beliau dengan aktif mula menentang penyiaran dokumentari tersebut, malah beliau turut membeli salinannya. Ada bermacam-macam cerita mengapa beliau bertindak sedemikian. Salah satu daripadanya adalah kaedah dagangan PTJ dilihat menyamai dengan manipulasi pasaran dan beliau mengambil keputusan untuk tidak menyiarkannya.

Fakta lain: Pada tahun 1994, Paul Tu Jones telah membayar denda berjumlah $800,000 (kedua terbesar pada waktu itu) kepada Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti AS (SEC) untuk menyelesaikan saman pelanggaran akta Bursa dan Sekuriti. Dalam masa yang sama, ahli kewangan itu tidak mengakui pertuduhan tersebut, tetapi beliau juga tidak menafikannya.

10 Peraturan PTJ

1. Pertama sekali, penjagaan aliran modal, kemudian barulah keuntungan.

2. Jangan tunjukkan emosi.

3. Minat mendalam dengan pasaran, bukan pada dagangan.

4. Pupuk disiplin risiko.

5. Tidak terlalu risau dengan kerugian.

6. Cari titk pangsi.

7. Pengalaman dan latihan adalah lebih penting daripada teori.

8. Cari pelabur bereputasi, perhatikannya, buat kesimpulan.

9. Belajar untuk “baca” pasaran.

10. Jangan berharap pada posisi yang lemah.

Pencapaian Bernilai $17 Bilion

Kejayaan yang diperoleh Paul Tudor Jones hasil dagangannya di pasaran kewangan telah membolehkan beliau menubuhkan salah satu dana lindung nilai paling berjaya di dunia, menarik jumlah pelaburan besar serta memberikan hasil lumayan berbilion dolar kepada para pelaburnya. Namun begitu, perlu tahu bahawa PTJ juga gagal untuk mengelak daripada berhadapan kesukaran dan gangguan sepanjang kariernya. Beliau sendiri berdepan kesukaran yang teruk pada tahun 2008 semasa berlakunya krisis kewangan, apabila sebahagian besar modal daripada dana yang beliau uruskan mengalami kerugian. Namun, beliau berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan yang sukar dan membina semula dana tersebut, memberi semula pulangan kepada para pelaburnya.

Kini, Tudor Investment Corporation adalah antara dana lindung nilai terbesar di dunia dengan kehadiran pelabur daripada 35 buah negara dan ia turut menguruskan aset bernilai kira-kira $12 bilion (sehingga 2022). Dalam masa yang sama, jumlah kekayaan peribadi ahli kewangan itu adalah kira-kira $ 5 bilion lagi. Paul Tu Jones terus menjadi salah seorang pedagang paling berpengaruh dan dihormati dalam industri kewangan, dan kejayaan yang beliau kecapi itu sudahpun tertulis dalam salah satu bab kehormat Sejarah Kewangan Dunia.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami