Jun 16, 2023

Dagangan mata wang (Forex), mata wang kripto, serta urusan jual beli CFD dengan lain-lain aset kewangan (saham, emas, minyak, dll.) secara online memberikan peluang unik kepada para pelabur dan pedagang. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk mendapatkan pulangan secara berpanjangan dan juga mengurangkan kadar risiko, pengurusan modal yang betul perlu dilaksanakan. Di sinilah konsep pengendalian modal, atau ‘pengurusan kewangan’ menjadi sesuatu yang penting.

Apakah Maksud Pengendalian Modal?

Kawalan modal, juga dikenali sebagai pengurusan kewangan, adalah satu strategi dalam menentukan cara pelabur atau pedagang mengagihkan modal mereka ke dalam pelbagai aset dan transaksi kewangan, serta cara mereka mengawal risiko dan juga menguruskan saiz posisi. Keadaan di pasaran kewangan boleh menjadi sangat meruap dan tidak menentu. Matlamat utama pengurusan kewangan adalah untuk mengekalkan sebanyak mungkin modal para pelabur atau pedagang sepanjang berlakunya keadaan tidak menguntungkan itu, namun dalam masa yang sama masih lagi memanfaatkan peluang dagangan menguntungkan dengan berkesan. Komponen utama pengurusan kewangan termasuklah:

Saiz Posisi: Pengurusan kewangan menentukan peratusan modal yang sanggup anda leburkan dalam satu-satu transaksi. Kebanyakan ahli-ahli profesional terkenal menasihatkan agar tidak merisikokan 1-2% daripada jumlah keseluruhan modal untuk satu posisi. Sebagai contoh, jika modal awal anda berjumlah $10,000, kadar risiko maksimum untuk satu transaksi seharusnya tidak lebih daripada $100-200.

Kepelbagaian Aset: Pengurusan kewangan juga melibatkan pengagihan modal ke dalam pelbagai jenis aset kewangan. Aset pelbagai jenis yang ditawarkan syarikat broker NordFX membolehkan kadar risiko dikurangkan agar portfolio yang lebih berdaya saing dapat dibentuk. Contohnya, anda boleh mengagihkan modal yang ada ke dalam beberapa pasangan mata wang, saham daripada syarikat yang berbeza, atau lain-lain instrumen kewangan dan bukannya melabur kesemua modal yang ada pada satu pasangan mata wang di pasaran Forex. Dengan cara ini, jika salah satunya mengalami kerugian tetapi yang lain dapat memberi pulangan, nilai kerugian itu dapat diimbangi dan jumlah modal dapat dikekalkan.

Menentukan Paras Stop-Loss: Pengurusan kewangan turut mengandungi cara menentukan paras stop-loss bagi setiap transaksi. Stop-loss adalah kedudukan yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan akan ditutup secara automatik bagi menghalang kerugian lebih besar. Penetapan paras stop-loss adalah berdasarkan kepada analisis pasaran serta nilai kerugian yang anda bersedia untuk hadapi. Cara ini dapat membantu melindung modal sendiri serta menghalang daripada mengalami kerugian lebih besar disebabkan pergerakan pasaran yang tidak menentu.

Apakah Maksud Pengurusan Kewangan, Komponen yang ada, dan Cara Menggunakannya1

Contoh Pengurusan Kewangan

Contoh 1. Saiz Posisi: Katakanlah anda memiliki modal sebanyak $10,000, dan menetapkan strategi pengurusan risiko tidak lebih daripada 2% pada satu-satu transaksi. Ini bermakna anda boleh membuka posisi dengan nilai $200. Dalam senario yang lebih rumit, anda boleh pecahkan transaksi itu ke dalam beberapa bahagian cth., menaikkan volum posisi secara beransur-ansur (contohnya, buka posisi bernilai $100 pada mulanya, kemudian menambah sebanyak $50, dan naik lagi $50 selepas itu, menjadikan jumlah keseluruhannya $200). Jika transaksi itu merugikan, anda boleh menutup posisi itu (secara manual atau stop-loss) apabila nilainya mencecah $200.

Contoh 2. Kepelbagaian Aset: Katakanlah anda mengagih modal yang ada ke dalam beberapa aset kewangan. Contohnya, anda ingin laburkan 30% ke dalam pasangan mata wang di pasaran Forex, 30% lagi ke dalam saham syarikat, 25% dalam emas dan perak, dan 15% lagi di dalam mata wang kripto. Melabur dalam pelbagai jenis aset seperti ini boleh melindungi anda daripada potensi rugi pada satu-satu jenis dan menghasilkan peluang mendapat pulangan pada jenis aset yang lain. Walau bagaimanapun, untuk melindung nilai daripada risiko secara berkesan, anda perlu mengambil kira hubung kait setiap instrumen kewangan (korelasi terus atau songsang).

Contoh 3. Menentukan Paras Loss: Andaikan anda meletakkan posisi untuk saham syarikat XYZ di pasaran CFD. Anda menetapkan order stop-loss pada paras 5% daripada harga beli. Sebagai contoh, jika anda membeli saham itu pada harga $100, order stop-loss perlu ditetapkan pada nilai $95. Jika nilai sekuriti ini turun lebih rendah daripada paras itu, posisi anda akan ditutup bagi mengelakkan kerugian lebih besar.

Penting untuk ketahui bahawa pasaran Forex dan CFD mudah terdedah dengan risiko, dan tiada strategi yang dapat memberi perlindungan penuh terhadap keadaan tidak menguntungkan itu. Maka, jika anda mendapati order stop-loss anda sering dilaksanakan, mungkin adalah lebih baik untuk anda menghentikan dagangan terlebih dahulu, berehat, dan membuat analisis dengan teliti terhadap punca kerugian itu. Penting untuk sedar bahawa bertindak membuta tuli adalah sangat berbahaya, dan pedagang perlu belajar cara untuk mengawal emosi mereka supaya situasi tersebut dapat dinilai dengan tepat. Terdapat kemungkinan bahawa strategi dan cara dagangan anda tidak sesuai dengan keadaan turun naik semasa yang berlaku di pasaran, dan anda perlu menunggu sehingga keadaan menjadi lebih tenang. Mungkin, anda harus menggunakan strategi yang ada pada transaksi instrumen kewangan yang lain, atau malah berubah kepada strategi yang lain.

Apakah Nasihat Pakar Pasaran Kewangan?

Di sini ada beberapa nasihat daripada pelabur dan pedagang terkenal mengenai pengendalian modal (pengurusan kewangan):

● Warren Buffett:

– "Jangan mengambil risiko pada sesuatu yang anda miliki demi sesuatu yang anda tidak perlukan."

– "Kawal modal anda. Jika anda kehilangannya, lebih banyak wang yang diperlukan untuk kembali berdagang."

– "Jangan berlebih-lebih dalam mengambil risiko. Adalah lebih baik untuk dapat untung yang kecil dan mengekalkan jumlah modal."

● Paul Tudor Jones:

– "Perkara paling utama dalam pelaburan adalah mengekalkan jumlah modal anda. Pulangan akan datang sendiri kemudian nanti."

–"Sentiasa menjaga risiko anda. Jika anda gagal, anda tidak akan mencapai kejayaan."

● George Soros:

– "Jangan ubah kedudukan stop-loss. Ia dapat membantu emosi anda kekal fokus serta mengelak daripada mengalami kerugian besar."

– "Jangan letakkan lebih daripada 2% modal anda dalam satu dagangan. Ini dapat membantu anda mengekalkan modal yang ada untuk dagangan menguntungkan yang seterusnya."

● Ray Dalio:

– "Letakkan modal anda dalam pelbagai jenis aset dan strategi. Jangan letakkan kesemuanya pada satu jenis sahaja."

– "Untung rugi adalah sesuatu yang pasti dalam dunia dagangan. Penting untuk tahu cara menguruskan risiko serta mengawal emosi anda."

● Linda Raschke:

– "Jangan ditambah modal ke dalam posisi yang merugikan. Lebih baik untuk hadkan kerugian yang dialami dan letakkan modal pada aset yang lebih menguntungkan."

– "Sentiasa kekal mengikut strategi dan rancangan anda. Jangan biarkan emosi mempengaruhi keputusan dagangan anda."

Nasihat-nasihat daripada para pelabur dan pedagang terkenal ini menggariskan betapa pentingnya pengurusan kewangan, pengekalan modal (walaupun dengan menyingkirkan untung), dan juga mengawal risiko. Jangan lupa pengurusan kewangan adalah satu proses yang memerlukan pemantauan, analisis, serta adaptasi yang berterusan. Untuk berjaya, setiap pedagang dan pelabur seharusnya membangunkan strategi mereka sendiri dengan mempertimbangkan matlamat serta kemampuan kewangan masing-masing. Perlu juga untuk mengingati tentang kepentingan pembelajaran, perkembangan kemahiran kewangan, serta penambahbaikan dalam bidang dagangan secara berterusan. Hanya kombinasi kesemua faktor-faktor inilah yang akan membezakan laluan anda kepada kejayaan tak disangka-sangka atau kegagalan dalam mendapatkan pulangan yang stabil.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami