Julai 3, 2023

Tahun 2008 adalah tahun wujudnya pasaran kripto. Domain bitcoin.org telah didaftarkan pada bulan Ogos dan perihal (White Paper) mengenai mata wang kripto telah diterbitkan. Penulis kepada penerbitan yang diberi judul “Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System,” adalah  Satoshi Nakamoto. Pada tahun yang sama, tahun 2008, satu lagi peristiwa penting telah berlaku - syarikat broker NordFX membuat kemunculannya di pasaran khidmat kewangan.

NordFX Dalam Industri Kripto

Selama beberapa tahun, NordFX bukan saja telah mengukuhkan kedudukannya malah juga telah menjadi salah satu peneraju dalam industri dagangan online. Penting untuk dinyatakan bahawa sebanyak 1,800,000 akaun telah dibuka bersama syarikat ini oleh para pelanggannya dari hampir 190 buah negara di seluruh dunia. NordFX juga telah diiktiraf lebih daripada 70 anugerah serta gelaran profesional berprestij, sembilan daripadanya adalah pencapaian dalam industri kripto. Gelaran yang diterima syarikat ini termasuklah ‘Broker Kripto Terbaik’, ‘Broker Kripto Terbaik Asia’, ‘Broker Mata Wang Kripto Paling Dipercayai’, serta ‘Platform Dagangan Kripto Terbaik’ seperti yang diiktiraf antara lainnya oleh IAFT, Forex Ratings, Global Brands, Fxdailyinfo, Academy Masterforex-V, dan Majalah International Business. 

Bitcoin dan Mata Wang Kripto Lain: Kelebihan serta Rahsia Dagangan Online1

Melabur atau Berdagang?

Prospek masa depan pasaran kripto secara keseluruhannya telah lama menjadi persoalan penting dalam komuniti digital. Tidak disangkal bahawa teknologi blockchain akan terus wujud dan berkembang. Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang perbezaan pendapat yang besar mengenai potensi nilai sesuatu coin itu.

Dalam situasi seperti itu, terdapat dua pilihan: sama ada menjadi seorang pelabur dan menunggu nilai coin itu naik, atau membuat dagangan secata aktif - pulangan diperoleh daripada jualan atau pembelian, bergantung kepada situasi semasa. Hal ini melibatkan spekulasi jangka pendek yang boleh bertahan antara beberapa minit sehingga beberapa jam, dan juga dagangan jangka panjang mahupun sederhana. Penting untuk ketahui bahawa dengan NordFX, anda boleh menjual mata wang kripto walaupun anda tidak memilikinya. Tidak perlu membeli Bitcoin atau Ethereum dengan tujuan untuk menjualnya selepas itu. Hanya dengan menekan butang jual, dan jika nilai coin tersebut jatuh, anda akan menerima pulangan yang sewajarnya.

Dagangan boleh dijalankan 24/7/365 tanpa sebarang hari cuti minggu atau cuti umum. Deposit boleh dibuat menggunakan USD, BTC, dan ETH. Untuk melaksanakan transaksi, NordFX menawarkan penggunaan platform paling popular di dunia - MetaTrader 4 yang memiliki antara muka intuitif serta selesa, dan dilengkapi dengan bermacam-macam perkakas serta indikator bagi membuat analisis teknikal dan grafik. Penggemar analisis fundamental boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada berita-berita dan juga ulasan analisis yang sering diterbitkan pada laman web serta rangkaian media sosial broker tersebut.

Kadar komisen yang minimum serta kepantasan pelaksanaan order sesingkat 0.5 saat membolehkan anda menerima pulangan walaupun daripada turun naik harga yang paling pendek tempohnya. Akhir sekali, salah satu faktor penting adalah peluang untuk menjalankan dagangan margin. Sebagai contoh, untuk membuat urusan dengan jumlah 1 bitcoin, anda hanya perlukan $150, hanya $15 diperlukan untuk transaksi 1 Ethereum, dan $0.02 bagi berdagang 1 Ripple. Ini bermakna pedagang boleh berdagang mata wang kripto yang berjumlah puluhan malah ribuan kali lebih banyak berbanding modal yang mereka miliki sendiri, meningkatkan potensi pulangan dengan lebih tinggi (namun pertambahan ini juga meningkatkan risiko dagangan, maka tumpuan khas perlu diberikan kepada pengurusan modal).

Instrumen Dagangan Kripto

Pilihan meluas pasangan mata wang kripto yang ditawarkan NordFX memberi peluang kepada para pedagang untuk mendapatkan peluang dagangan paling menguntungkan pada satu-satu masa. Bagi pasangan-pasangan ini, dolar AS digunakan sebagai mata wang sebutan, manakala mata wang kripto berikut pula dijadikan sebagai mata wang asas:

BTC (Bitcoin): Ini adalah mata wang kripto pertama dan paling terkenal, dihasilkan pada tahun 2008-2009. Bitcoin adalah mata wang digital disentralisasi yang menggunakan teknologi blockchain bagi memastikan transaksi yang dibuat selamat dan sah.

BNB (Coin Binance): Coin Binance adalah mata wang kripto yang dikeluarkan oleh bursa mata wang kripto Binance. Ia digunakan dalam ekosistem Binance untuk membuat pembayaran fi transaksi, menyertai cabutan bertuah, dan mengendalikan lain-lain bayaran pada platform itu.

DOGE (Dogecoin): Dogecoin dihasilkan pada tahun 2013 dan bermula sebagai satu jenaka mata wang kripto, namun meraih populariti kemudiannya. Dogecoin adalah berdasarkan meme popular di internet yang menampilkan anjing Shiba Inu. Ia sering digunakan dalam transaksi mikro serta sumbangan sosial.

DOT (Polkadot): Polkadot adalah satu platform yang direka bagi menghasilkan serta menghubungkan pelbagai blockchain. Tujuannya adalah untuk menyediakan infrastruktur yang lebih fleksibel dan berkesan bagi aplikasi berbentuk disentralisasi serta aset digital. DOT adalah token yang digunakan dalam ekosistem Polkadot, dan ia memiliki beberapa fungsi, termasuklah pemilihan tadbir urus rangkaian serta memastikan keselamatan blockchain.

ETH (Ethereum): Ethereum adalah sebuah platform yang dihasilkan untuk pembangunan aplikasi disentralisasi serta pelaksanaan kontrak pintar. ETH menjadi mata wang kripto utama bagi platform Ethereum dan digunakan untuk pembayaran gas (fi) semasa melaksanakan transaksi serta mengagihkan kontrak pintar.

ETC (Ethereum Classic): Ethereum Classic adalah satu cabang mata wang kripto yang berasal daripada blockchain Ethereum. ETC terhasil daripada perpecahan yang berlaku selepas blockchain Ethereum digodam pada tahun 2016. Ethereum Classic mengekalkan prinsip kebolehubahan serta ketabolehcabulan blockchain berkenaan, menolak idea untuk mengembalikan semula transaksi. ETC digunakan sebagai mata wang digital dan membolehkan pengguna melaksanakan kontrak pintar serta membangunkan aplikasi disentralisasi.

FIL (Filecoin): Filecoin adalah platform penstoran data berasaskan disentralisasi yang dibangunkan menggunakan blockchain. Ia membolehkan para pengguna menyewa lebihan ruang pada komputer mereka untuk menyimpan data pengguna lain, dan menerima bayaran atas penyediaan ruangan itu. FIL dijadikan sebagai token pada platform Filecoin dan digunakan untuk membayar perkhidmatan penstoran serta transmisi data.

LINK (Chainlink): Chainlink adalah sebuah platform oracle yang menghubungkan blockchain dengan data dunia sebenar dan sumber maklumat luar. Ia memastikan data yang diekstrak adalah sahih serta menyediakan kontrak pintar dengan akses kepada maklumat di luar rangkaian blockchain. LINK adalah token yang digunakan dalam ekosistem Chainlink, dan ia memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan serta disentralisasi rangkaian tersebut. Token LINK juga sering digunakan sebagai ganjaran kepada peserta yang menyediakan data kepada oracle.

LTC (Litecoin): Litecoin adalah mata wang kripto yang dihasilkan untuk menjadi “perak” jika mengikut analogi “emas” Bitcoin. Ia berasaskan teknologi blockchain yang sama seperti Bitcoin tetapi terdapat sedikit perbezaan dari segi teknikal. Litecoin menyediakan khidmat pengesahan transaksi yang lebih pantas dan memiliki algoritma penghasilan yang lebih efisien. LTC digunakan untuk membuat pembayaran dan juga pemindahan, serta penyimpanan nilai.

MATIC (Polygon): Polygon (sebelum ini dikenali sebagai Matic) adalah sebuah platform boleh skala bagi pembangunan dan pengarahan aplikasi disentralisasi pada blockchain Ethereum. Ia bertujuan untuk menyelesaikan masalah kebolehskalaan dan kadar fi yang tinggi dengan menawarkan transaksi yang lebih murah dan lebih pantas. MATIC adalah token yang digunakan pada platform Polygon dan ia melaksanakan beberapa fungsi, termasuklah pembayaran fi transasksi, staking, dan voting.

SOL (Solana): Solana adalah sebuah platform blockchain berprestasi tinggi yang menyediakan transaksi pantas dan boleh skala. Ia menggunakan algoritma muafakat berinovasi iaitu Proof of History (PoH) yang membantu prestasi tinggi dan fi rendah dapat dicapai. SOL adalah token yang digunakan dalam ekosistem Solana, dan fungsinya adalah untuk membayar fi transaksi, staking, serta voting tadbir urus rangkaian.

UNI (Uniswap): Uniswap adalah bursa disentralisasi berasaskan protocol Uniswap yang beroperasi pada blockchain Ethereum. Bursa ini membolehkan para pengguna menukar pelbagai jenis token Ethereum dan menghasilkan likuiditi dengan menyumbangkan token mereka ke dalam likuiditi terkumpul. UNI adalah token yang digunakan dalam platform Uniswap. Token UNI dikeluarkan sebagai perkakas tadbir urus dan memiliki beberapa fungsi. Pemilik token UNI boleh mengundi terhadap cadangan serta perubahan protocol, menerima sebahagian daripada fi yang dihasilkan platform, dan turut serta dalam pengagihan token baru.

XRP (Ripple): XRP adalah satu aset digital dan mata wang kripto yang dibangunkan oleh Ripple. Ia digunakan dalam sistem RippleNet yang menawarkan kaedah penyelesaian bayaran pantas dan murah untuk institusi-institusi kewangan. Sasaran XRP adalah untuk memudahkan cara pemindahan wang global serta menyediakan likuiditi bayaran dalam pelbagai jenis mata wang. Token XRP juga boleh digunakan untuk membayar fi di rangkaian Ripple serta memberi insentif terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam ekosistem tersebut.

Maklumat terperinci mengenai syarat-syarat dagangan bagi setiap mata wang kripto di atas ini boleh didapati di bahagian Akaun Dagangan di laman web rasmi NordFX.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami