Mac 8, 2024

Cabutan Bertuah Super Mega Terbaru NordFX: 202+4 Hadiah untuk Tahun 20241

Cabutan bertuah super mega yang baru oleh firma broker NordFX telah dilancarkan pada 8 Mac tahun ini, menjanjikan pelbagai hadiah tunai bernilai antara $250 dan $5,000, dengan jumlah keseluruhan sebanyak $100,000.

Cabutan Bertuah Super dengan hadiah terkumpul sebanyak $100,000 sudah menjadi satu tradisi kerana NordFX telah mengadakannya selama empat tahun berturut-turut. Sepanjang tempoh itu, lebih daripada 500 orang pelanggan broker ini telah dinobatkan sebagai pemenang. Tidak seperti pertandingan dagangan, tidak dinafikan bahawa cabutan bertuah ini memberi kelebihan yang sama kepada pedagang baru dan berpengalaman untuk menang. Satu lagi kelebihan lain adalah pemenang cabutan bertuah akan menerima wang tunai, bukannya bonus sebagai hadiah, ini bermaksud mereka boleh menggunakan hadiah ini sama ada untuk terus berdagang atau mengeluarkannya tanpa sebarang sekatan.

Terdapat juga kelebihan ketiga: menjadi peserta cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi salah satu atau lebih lagi hadiah adalah tidak sukar. Anda hanya perlu memiliki akaun Pro bersama NordFX (atau daftar dan buka yang baru), masukkan deposit $200, dan terus berdagang. Dengan memperoleh hasil dagangan sebanyak 2 lot bagi gandingan mata wang Forex atau emas (4 lot untuk perak), seseorang pedagang itu akan menerima satu tiket cabutan bertuah secara automatik. Jumlah tiket cabutan bertuah yang boleh diperoleh seseorang peserta itu tiada had. Lebih banyak deposit dan hasil pulangan yang diperoleh, lebih besar peluang untuk menjadi salah seorang pemenang. Cabutan Bertuah Super oleh NordFX adalah peluang terbaik bagi pedagang bukan saja untuk mencuba nasib memenangi hadiah tunai, malah juga menambah aktiviti dagangan mereka dan kemungkinan menemui strategi dagangan yang baru.

Slogan untuk cabutan bertuah tahun ini, “Peluang Untuk Menang 202+4 Hadiah Pada Tahun 2024” jelas menunjukkan bahawa terdapat banyak hadiah untuk dimenangi. Pada tahun ini, para pemenang akan menerima 202 hadiah (140 hadiah bernilai $250, 30 hadiah bernilai $500, 20 hadiah bernilai $750, dan 12 hadiah bernilai $1,250) dengan tambahan 4 hadiah super bernilai $5,000 setiap satu. Jumlah hadiah terkumpul sebanyak $100,000 akan dibahagikan kepada tiga bahagian: $20,000 akan dimenangi pada undian musim bunga dan panas, manakala undian ketiga, undian pada Tahun Baru, hadiah yang akan dimenangi adalah berjumlah $60,000.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi NordFX di https://nordfxmalaysian.com/promo/super-lottery.html . Anda boleh menjadi salah seorang peserta Cabutan Bertuah Super Mega 2024 dan mula menerima tiket cabutan bertuah sekarang.

 

Notis: Material ini bukanlah nasihat pelaburan atau panduan bekerja di pasaran kewangan dan hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami