NFX CAPITAL VU INC. adalah syarikat berdaftar berpangkalan di Pot 805/103 Rue D'Auvergne, Port Vila, Vanuatu dikenali sebagai NordFX di dalam ini.
Penggubahan wang adalah perbuatan menukar nilai wang atau material lain yang diperoleh dari aktiviti haram (pengganas, urus niaga dadah, penjualan senjata haram, rasuah, penyeludupan manusia, dll) sebagai wang atau pelaburan yang sah. Aktiviti seperti itu dilakukan kerana sumber berkenaan tidak boleh dijejaki.
Dalam membendung kemasukan wang haram ke dalam ekonomi dan mengelak penularan aktiviti pengganas, sukar bagi negara-negara untuk membasmi penggubahan wang dan pembiayaan pengganas. Organisasi kewangan adalah salah satu akses mudah untuk menghalalkan keuntungan dari aktiviti haram. Peningkatan dalam penyepaduan pasaran kewangan dan mobiliti modal menjadikan modal jenayah mudah ditembusi. Pelaksanaan program di Nord FX yang menurut undang-undang dapat membantu organisasi antarabangsa menghalang aktiviti penggubahan wang dan pembiayaan pengganas di seluruh dunia.
Nord FX komited untuk sentiasa mengemaskini sistem elektroniknya terhadap pemeriksaan transaksi yang mencurigakan serta pengesahan rekod pengenalan pelanggan, selaras dengan mana-mana peraturan baru yang baru diumumkan, juga menyediakan latihan untuk para pekerja dalam menambahbaik prosedur anti penggubahan wang yang diperlukan.