Peruntukan ini tertakluk kepada bekas pelanggan dan juga pelanggan sedia ada.

Maklumat Peribadi
Apabila anda memohon akaun sebenar bersama Nord FX, kami akan mengumpul maklumat peribadi anda untuk perniagaan kami, seperti menilai keperluan kewangan anda, memproses permohonan dan transaksi anda, hebahan tentang produk dan servis kami yang mungkin anda mahukan, serta menyediakan khidmat pelanggan. Maklumat tersebut termasuklah:
- maklumat permohonan: Maklumat yang anda sediakan semasa memohonan seperti nama, alamat, tarikh lahir, pekerjaan, aset, dan pendapatan;
- maklumat transaksi: Maklumat tentang transaksi anda bersama kami dan affiliate kami serta maklumat tentang komunikasi anda bersama kami. Sebagai contoh baki akaun anda, aktiviti dagangan, pertanyaan anda, dan respon kami.
- maklumat pengesahan: maklumat yang diperlukan untuk mengesahkan identiti anda seperti pasport atau lesen memandu. Contoh lain termasuk latar belakang anda dari rekod awam atau entiti lain yang tidak berkaitan dengan Nord FX.

Mengenai Cookies
Cookies adalah fail yang mengandungi maklumat yang diguna laman web untuk mengesan penggunanya. Nord FX mungkin mengakses cookies Nord FX pada komputer anda, membolehkan kami mengetahui bagaimana pengguna datang ke laman web kami. Nord FX atau divisyen lain mungkin akan menggunakan cookies pada sambungan anda pada produk dan servis Nord FX untuk mengesan aktiviti di laman web kami. Maklumat yang kami kumpul dan kongsikan adalah tanpa nama dan tidak akan dikenal pasti.

Teknologi Keselamatan
Nord FX dilengkapi dengan teknologi penyulitan Secure Socket Layer (SSL) untuk melindungi maklumat yang anda hantar. Teknologi ini melindungi maklumat anda daripada dipintas oleh sesiapa saja selain daripada Nord FX ketika ia dihantar. Kami sentiasa agresif untuk memastikan laman web kami selamat dan menepati piawaian industri. Kami juga menggunakan keselamatan lain seperti firewall, sistem pengesahan (cth., kata laluan dan nombor identiti persendirian), dan mekanisma akses kawalan untuk mengawal akses yang tidak dibenarkan.
In accordance with the recommendations of Payment Card Industry Security Standards Council, customer card details are protected using Transport Layer encryption — TLS 1.2 and application layer with algorithm AES and key length 256 bit.

Perkongsian Maklumat bersama Affiliate Kami
Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda bersama affiliate kami untuk tujuan perniagaan, seperti, tidak terhad kepada, pelayanan akaun pelanggan dan pemberitahuan tentang produk dan perkhidmatan terbaru kami, atau untuk membantu dalam aktiviti dagangan syarikat, affiliatenya, atau para pekerja, seperti yang dibenarkan undang-undang. Affiliate kami termasuklah syarikat yang dikawal atau dimiliki termasuk syarikat yang mempunyai kepentingan pemilikan terhadap syarikat kami. Maklumat yang kami kongsikan dengan affiliate termasuklah maklumat seperti nama, alamat, dan maklumat dagangan serta akaun. Affiliate kami mengekalkan privasi maklumat anda seperti yang Nord FX lakukan dalam Polisi ini.

Perkongsian Maklumat bersama Pihak Ketiga
Nord FX tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, kecuali seperti yang diterangkan dalam Polisi ini. Pendedahan ini termasuklah berkongsi maklumat dengan syarikat bukan affiliate yang melakukan khidmat sokongan terhadap akaun anda atau penyediaan transaksi bersama Nord FX, termasuklah penyediaan profesional, perundangan, atau perakaunan kepada Nord FX. Syarikat bukan affiliate yang membantu Nord FX dalam menyediakan perkhidmatan kepada anda dikehendaki merahsiakan maklumat seperti itu, dan hanya menerima dan menggunakannya untuk tujuan tersebut dan tujuan yang Nord FX arahkan. Kami juga mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk memenuhi arahan atau setelah mendapat persetujuan anda. Jaminan kami, maklumat tersebut tidak akan dijual dalam apa juga keadaan.

Pendedahan Perundangan
Dalam keadaan tertentu, Nord FX mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang diizinkan, atau untuk mematuhi, undang-undang dan peraturan yang terlibat. Contohnya, kami akan berbuat demikian untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan dalam mematuhi sepina atau permintaan lain, dan jika ia untuk melindungi hak dan harta kami. Selain dari yang dinyatakan, kami tidak akan gunakan maklumat peribadi anda untuk kegunaan lain, kecuali sebabnya ada dinyatakan ketika anda menyerahkan kepada kami atau kami mendapat persetujuan anda.

Memilih Keluar
Anda tidak perlu berikan sebarang maklumat peribadi yang kami minta; tetapi, gagal untuk berbuat demikian akan menyebabkan anda tidak dapat membuka akaun atau tiada servis disediakan buat anda. Walaupun kami berusaha untuk memastikan segala maklumat yang kami ada adalah tepat, lengkap, dan terkini, anda boleh maklumkan kami jika terdapat sebarang perubahan. Jika anda mahu menukar/memadam data peribadi atau tidak mahu menyediakannya, anda harus memberitahu kami dengan menghantar emel ke Bantuan Pelanggan support@nordfx.com atau menghubungi melalui telefon, faks atau surat menggunakan butiran di bawah. Jika anda tidak mahu mendedahkan maklumat peribadi kepada affiliate kami ataupun pihak ketiga seperti yang dinyatakan, sila hubungi kami melalui emel di: compliance@nordfx.com

Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami