Januari 19, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Satu daripada ramalan yang dibuat ke atas pasangan ini adalah kembalinya ia ke had saluran lateral jangka sederhana di antara 1.1300-1.1500, serta garisan pertengahan sebagai sasaran utamanya. Senario inilah yang membuahkan hasil. Pasangan ini telahpun mencecah ketinggian 1.1400 pada hari Selasa, 15 Januari dan kemudian ia bergerak seiring dengan ketinggian tersebut sehinggalah penghujung minggu, menyebabkan ayunan berlaku dalam jarak yang sempit. Dalam masa sama, pasangan ini diberi tekanan sehingga membolehkan bear menurunkan kedudukannya ke paras 1.1360 di akhir minggu dagangan.
    Penurunan nilai euro disebabkan oleh beberapa perkara: indikator ekonomi paling lemah ditunjukkan di Eurozone (terutama sekali, Jerman), serta potensi eksport yang merudum, dan juga kekecohan berkenaan Brexit. Selain itu, ada juga tindakan oleh pihak yang mahu menaikkan nilai pound sedang giat dijalankan, dan ianya tidak memberi kelebihan terhadap matawang Eropah itu;
  • GBP/USD. Setelah menolak daripada berbincang mengenai kemungkinan UK menangguhkan niat untuk keluar dari EU serta jika ada berlakunya referendum kali kedua, tindakan untuk menaikkan nilai pound dilihat berjaya dilakukan kepada pasangan seperti EUR/GBP dan GBP/CHF setelah Perdana Menteri Theresa May gagal dalam undian Brexit. Bagi nilai pound berbanding dolar AS pula, setelah bertungkus-lumus untuk naik ke paras 1.2667 pada hari Selasa, ia dapat melonjak lebih daripada 330 poin pada hari Khamis, mencapai ketinggian simbolik pada 1.3000. Kemudian, setelah berlakunya lantunan yang kuat, pasangan ini mengakhiri minggu dagangan tersebut pada kedudukan yang hampir sama ia bermula, iaitu di zon 1.2870;
  • USD/JPY. Daya tarikan yen yang seimbang pada minggu lalu kini beralih daripada matawang selamat kepada minat terhadap pelaburan berisiko tetapi memberi pulangan lebih besar. Hasilnya, sebut harga pasangan ini melonjak naik, dan pada penghujung minggu, nilai setiap dolar berbanding yen adalah 109.76;
  • Matawang Kripto. Memetik dari sebuah novel terkenal, keadaan sekarang boleh diungkap seperti berikut: “Sunyi di Baris Hadapan Kripto”. Antara perkara positif yang berlaku adalah perancangan Bursa Saham Thailand untuk memohon lesen operasi bagi aset digital. Namun, tempoh pelaksanaan inisiatif ini belum lagi diketahui. Hard fork Constantinople daripada rangkaian Ethereum ditangguhkan dan ia tidak akan diteruskan sehingga semua kerentanan dapat dibaiki. Secara amnya, semua diselubungi ketakpastian. Malah token ETC yand dicuri daripada Bursa Gate.io juga telah dipulangkan oleh si pelakunya tanpa memberi sebab mengapa ia dilakukan.
    Disebabkan oleh berita-berita yang kabur ini, tiada sebarang pergerakan yang berlaku kepada BTC/USD. Pada masa yang sama, jarak ayunannya semakin hari semakin menurun bermula hari Rabu. Mengikut jejak Bitcoin, Litecoin, Ripple dan altcoin utama yang lain turut bergerak secara lateral. Malah Ethereum juga dapat menebus sebahagian daripada kerugiannya. Akhirnya, kejatuhan pasangan ETH/USD hanyalah kira-kira 5% sahaja sepanjang tujuh hari.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Kebimbangan pelabur utama berkenaan matawang Eropah telah disenaraikan di atas. Namun, bukan hanya perkara buruk yang berlaku di Eropah. Disebabkan kadar tukaran euro yang rendah, indeks aktiviti PMI tidak lagi menjunam, dan banyak lagi faktor penting bagi menstabilkan ekonomi di zon eropah. Tambahan pula, pasaran sedang menunggu kenaikan kadar faedah ECB pada awal musim bunga 2019 seperti yang telah dijanjikan. Tetapi sebaliknya, kemungkinan bagi dolar AS untuk mengalami satu lagi kenaikan kadar dalam masa terdekat adalah kosong. Pemesatan pertumbuhan ekonomi juga masih kabur. Penganalisis percaya bahawa krisis politik dan juga pemberhentian kerajaan yang sedang berlaku sekarang boleh menyebabkan kejatuhan KNDK tahunan sebanyak 0.5-0.75%.
    Hal ini membolehkan 45% penganalisis berpendapat nilai euro mungkin lebih kukuh dan trend selepas ini bertukar daripada bearish kepada bullish. Sasaran paling hampir adalah garisan tengah saluran menaik selama dua bulan iaitu di zon 1.1450, dan kemudian pada paras 1.1500 serta 1.1570. 15% pengayun yang menunjukkan pasangan ini mengalami lebihan jualan juga turut bersetuju dengan senario ini.
    Baki 85% pengayunm serta 100% indikator trend pada H4 dan D1 berwarna merah. 55% penganalisis juga berkeras bahawa pasangan ini akan turun lebih rendah. Paras sokongan adalah pada 1.1300, 1.1270 and 1.1215.
    Keputusan kadar faedah oleh ECB yang akan dibuat pada hari Khamis, 24 Januari adalah antara peristiwa untuk minggu hadapan. Namun, kebarangkalian kadarnya kekal adalah hampir seratus peratus, justeru hasil keputusan tersebut tidak akan memberi kesan terhadap sebut harga pasangan ini. Apa yang lebih menarik adalah ucapan Perdana Menteri Theresa May di Parlimen Great Britain, di mana beliau akan membentangkan rancangan lain bagi meninggalkan EU;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 21-25 Januari, 20191

  • GBP/USD. Secara amnya, segala yang berkaitan dengan Brexit akan turut memberi kesan kepada sebut harga pound. Terdapat beberapa pilihan terhadap perkembangan selanjutnya, menyebabkan matawang British ini suatu aset yang berisiko dan tidak boleh dijangka.
    Apakah kebarangkalian berlakunya pilihan raya? Adakah kerajaan akan bertukar daripada May kepada Corbin? Apakah kemungkinan senario “berpisah” secara kasar daripada Kesatuan Eropah? Adakah tempoh “perpisahan” itu akan ditangguh menurut Artikel 50 Perjanjian EU? Bolehkan referendum diadakan sekali lagi? Dan tidakkah referendum yang baru ini akan menjadi punca berlakunya protes dan kekecohan berskala besar?
    Persoalan demi persoalan … Semua ketakpastian ini akhirnya akan menjadi punca kepada khabar angin serta bermacam spekulasi. Dalam keadaan ini, 40% penganalisis percaya bahawa pasangan ini masih berpotensi untuk berkembang, 40% lagi menunggu kejatuhannya, dan baki 20% berhati-hati mengikuti perkembangannya, menunggu keadaan menjadi lebih jelas.
    Paras sokongan berada di zon 1.2800-1.2830 serta 1.2615-1.2645. Paras rintangan pula berada pada 1.2920, 1.3000 dan 1.3070;
  • USD/JPY. Kebanyakan penganalisis (60%), yang turut dipersetujui oleh 90% pengayun mengunjurkan aliran keluar terhadap aset berisiko akan terus berlaku dan menyebabkan kejatuhan nilai yen. Jika ia berlaku, pasangan ini boleh melonjak ke ketinggian 110.30, kemudian 100-130 poin lebih tinggi – ke paras sokongan/rintangan terkuat tahun 2017-18 di zon 111.55.
    Pendapat alternatif menunjukkan pasangan ini telah mengalami lebihan belian dan ia disokong oleh 40% penganalisis, grafik analisis pada D1 dan juga 10% pengayun. Paras sokongan utama adalah pada 109.00 dan 107.75;
  • Matawang Kripto. Sepanjang minggu lalu, pasangan BTC/USD telah didagangkan dengan had nilai yang sedikit iaitu antara $3,570-3,800. Perkara sedemikian jarang sekali akan menyebabkan pergerakan harga yang kuat. 45% penganalisis percaya bahawa pasangan ini akan cuba melepasi sempadan terendah saluran ini, dan jika ia berjaya, nilainya dijangka akan turun ke paras terendah 2018 iaitu di zon $3,200-3,250. Sebaliknya, kebanyakan penganalisis (55%) mengunjur akan berlakunya lantunan ke atas. Sasarannya ialah mendapatkan semula kedudukan pada paras $3,850-4,215. Mereka bersikap optimis kerana berlakunya peningkatan modal di sesetengah pasaran kripto, meningkat sebanyak 5% jika dibandingkan pada 13 Januari lalu, mencecah hampir $130 bilion.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami