Februari 2, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Secara amnya, tiada sebarang kejutan yang berlaku pada minggu lalu. Tiada siapa menjangkakan kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC pada kali ini, tetapi apa yang lebih merisaukan para pelabur ialah maklum balas pihak pengurusan Rizab Persekutuan mengenai perancangan mereka untuk tahun 2019. Firasat mereka tentang “pigeon” ternyata benar. Tanpa menjanjikan sesuatu yang jelas, badan penyelia tersebut menjelaskan keputusan untuk menaikkan kadar faedah perlu mengambil kira faktor ekonomi global dan juga benar-benar seimbang. Justeru, ketaktentuan itu telah menyebabkan dolar didagangkan dengan aktif, dan hasilnya pasangan ini melonjak ke sempadan atas saluran lateral jangka sederhana antara 1.1300-1.1500. Namun, situasi itu kembali reda, dan pasangan tersebut bergerak menuju arah bertentangan.
    Peristiwa lain yang dijangka berlaku adalah penerbitan data pasaran buruh AS pada hari Jumaat, 01 Februari. Statistiknya benar-benar menunjukkan tanda positif. Justeru, NFP berkembang sebanyak 37% berbanding bulan sebelumnya (daripada 222K kepada 304K), dan indeks aktiviti perniagaan ISM melonjak kepada 56.6 berbanding 54.3. Tetapi semuanya bukanlah satu kejutan kerana penasihat ekonomi Presiden Trump, Larry Kudlow telah “membocorkan” maklumat ini sebelum ia diterbitkan secara rasmi, seperti yang kami tulis dalam ramalan sebelum ini. Hasilnya, reaksi di pasaran tidak begitu nyata dan turun naik hanya terhad dalam 40 poin, dan pasangan ini mengakhiri minggu dagangan pada paras 1.1455;
  • GBP/USD. Mesyuarat Parlimen UK mengenai Brexit yang akan datang tidak menjelaskan secara khusus proses pemisahan daripada Kesatuan Eropah. Disebabkan itu, pound kerugian sebanyak 160 poin pada awal minggu, dan kemudian bergerak mengikut trend sisian, mengalami turun naik antara 1.3050-1.3150, dan mengakhiri minggu dagangan pada paras 1.3075;
  • USD/JPY. Seperti pasangan dolar yang lain, respon USD/JPY terhadap maklum balas pihak Rizab Persekutuan telah menyebabkan matawang AS itu jatuh ke paras 108.50. Namun, dolar kembali pulih setelah mengambil baik kelebihan daripada dinamik positif pasaran buruh AS, dan pasangan ini kembali ke paras ia bermula semasa mengakhiri minggu, iaitu pada 109.50;
  • Matawang Kripto. Tumpuan harus diberikan terhadap ramalan sebelum ini tentang trend sisian yang dialami kebanyakan coin utama berpunca daripada tekanan bear. 70% penganalisis menyokong senario ini setelah melihat Bitcoin jatuh sedikit demi sedikit ke paras terendah 2018 akibat daripada tekanan itu. Minggu lalu telah mengesahkan unjuran tersebut. Pada hari Selasa, 29 Januari, penanda aras matawang kripto telah ditetapkan secara minimum pada nilai $3,425, kemudian diikuti pula dengan lonjakan semula, dan pasangan ini memulakan dagangan bulan Februari di zon $3,500. Bagi permodalan pasaran kripto secara keseluruhannya pula, ia “hilang” sebanyak 5.5% untuk sepanjang minggu, turun kepada $113.6 bilion.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Terdapat sinar harapan perjanjian dagangan bersama China akan dimeterai, dan ini akan memberi kelebihan kepada dolar. Pada 31 Januari, satu lagi rundingan berkenaan perkara tersebut diadakan di Washington. Seperti yang dikatakan penganalisis, kemajuan dalam proses rundingan ini telah menelan banyak usaha daripada kedua-dua belah pihak. Perunding dari Amerika benar-benar mahu ianya berjaya, kerana buat masa ini Presiden Trump mahukan suatu hasil yang positif. Namun, tuduhan pengintipan industri yang dibuat pihak Amerika terhadap Huawei Technologies Co. seakan membayangi sikap optimis yang mereka tunjukkan. Rundingan seterusnya akan diadakan di Beijing pada pertengahan Februari.
    Seperti yang telah dinyatakan di atas, kejayaan rundingan tersebut telah diimbangi oleh pihak Rizab Persekutuan AS yang menolak perlunya kadar faedah dinaikkan sekali lagi. Jika dalam jangka sederhana, 60% penganalisis masih menantikan pengukuhan dolar, majoriti penganalisis (70%) berpihak kepada euro pada minggu ini. Pada pendapat mereka, turut disokong hampir 80% pengayun dan indikator trend pada D1, EUR/USD akan sekali lagi cuba untuk melepasi had atas sisi jangka sederhana di saluran antara 1.1300-1.1500 dan mahu berada di sekitar 1.1500-1.1570. Sasaran seterusnya adalah di ketinggian 1.1625.
    Senario alternatif yang disokong oleh 30% penganalisis, analisis grafik pada H4 dan lebih kurang 20% pengayun menunjukkan pasangan ini telahpun dibeli secara berlebihan. Dalam kes ini, setelah ia gagal melepasi paras utama 1.1500, pasangan ini akan berada di koridor sisi antara 1.1400-1.1500 buat seketika. Jika terdapat berita positif mengenai dolar, ia akan cuba untuk mencapai paras sokongan pada 1.1300;
  • GBP/USD. Keputusan Bank of England terhadap kadar faedah akan diumumkan pada hari Khamis, 7 Februari, dan ia dilihat kekal pada paras 0.75%. Kerisauan para pelabur lebih tertumpu kepada situasi Brexit, tetapi ianya masih lagi samar-samar. Tambahan lagi, ura-ura kemungkinan British keluar daripada EU tanpa sebarang perjanjian mula kembali diperkatakan. Disebabkan itu 65% penganalisis meramalkan penurunan pasangan ini ke paras 1.2930 pada permulaan, dan kemudian turun sebanyak 100 poin lagi.
    Bagi indikator, sekurang-kurangnya 40% daripadanya berwarna merah pada H4, 40% berwarna hijau dan 20% lagi adalah neutral. Sebaliknya, warna hijau pula mendominasi pada D1: 60% berbanding 30% warna merah dan 10% berwarna kelabu. Rintangan paling hampir adalah para 1.3215, kemudian 1.3250 dan 1.3300;
  • USD/JPY. Beberapa kejutan akan dijangka berlaku ke atas pasangan ini di masa akan datang, dan ia berpunca daripada sambutan Tahun Baru. Secara tradisinya sekarang ini bukan saja waktu untuk merumuskan hasil kewangan, tetapi juga masa untuk Bank of Japan bertindak secara aktif, di mana mereka mula membeli dan menjual matawang dalam jumlah yang besar sepanjang tempoh ini setiap tahun. Intervensi seperti itu boleh menyebabkan lonjakan sebanyak beberapa ratus poin, dan buat masa ini kebanyakan penganalisis (70%), yang turut disokong oleh analisis grafik pada D1, mengunjurkan pasangan ini jatuh ke paras antara 108.00-108.55 pada mulanya, dan kemudian kembali hampir ke paras 110.00. Dalam masa yang sama, lebih kurang 60% penganalisis percaya bahawa pasangan ini tidak akan berhenti pada paras yang berjaya dicapai dan ia mampu mencecah paras rintangan pada 111.70 dalam masa sebulan;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 - 08 Februari, 20191

  • Matawang Kripto. Penganalisis dan para pelabur kini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama percaya bahawa keadaan tenang yang berlaku sekarang akan berakhir dengan kegembiraan. Manakala kumpulan kedua pula menjangkakan keadaan yang lebih tenang daripada sebelumnya. Pendapat Andy Bromberg, ketua bursa kripto CoinList lebih menjurus kepada kumpulan kedua dengan berkata kepada Yahoo Finance dalam temubualnya, situasi tenang di pasaran berpunca daripada semua instrumen penting telah dihasilkan dan syarikat kini lebih memfokuskan kepada inovasi serta pembangunan produk, dan bukan sekadar spekulasi semata-mata.
    Senario ini turut disokong oleh laporan daripada Circle Research, yang berpendapat walaupun pelaburan dalam matawang digital secara langsung menurun 8.5 ganda sepanjang tahun, pelaburan dalam syarikat-syarikat blockchain adalah sebaliknya, meningkat sebanyak 3 kali ganda dan melebihi $5 bilion.
    Bagi ramalan untuk beberapa minggu seterusnya, 70% penganalisis masih percaya Bitcoin harus turun ke paras terendah 2018 di zon $3,200-3,250, dan menjunam ke paras sokongan pada $2,400. Baki 30% penganalisis mengecualikan pertumbuhan jangka pendek bagi pasangan BTC/USD ke paras $3,700-$3,850, malah mungkin lebih tinggi, ke paras 4.215.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami