Jun 8, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Ternyata Mario Draghi sudah tidak mampu untuk mempengaruhi pasaran kerana ramai yang sudah menantikan ketibaan ketua ECB yang baru sebagai penggantinya. Namun begitu, retorik lembut Draghi dan alasan beliau berkenaan kemungkinan akan berlakunya pelonggaran kuantitatif yang diumumkan pada hari Khamis lalu diterima baik oleh para pelabur. Nilai euro juga kekal walaupun terdapat kenyataan yang menyebut kadar faedah tidak akan dinaikkan sehingga pertengahan tahun hadapan dan tidak berbaloi untuk menunggunya. Tanpa disangka, sidang akhbar yang diadakan oleh kepimpinan ECB memainkan peranannya ke atas matawang Eropah, dan pasangan ini melonjak naik ke paras melebihi nilai 1.1300. Selepas itu ia mengalami sedikit penurunan ke paras 1.1250 dan … berjaya melepasi paras tertinggi yang baru selepas pengumuman data pasaran buruh di AS dibuat pada hari Jumaat, 7 Jun.
    Para penganalisis sudah sedia maklum bahawa indikator NFP (bilangan pekerjaan baru yang terhasil di luar sektor agrikultur) mungkin mengecil sebanyak 30%, tetapi tiada siapa yang menjangkakan pengurangan sebanyak 3 kali ganda (daripada 224K kepada 75K). Disebabkan itu, pasangan ini naik ke paras 1.1345, dan ayunan pada minggu ini adalah sebanyak 180 poin. Selepas berakhirnya sesi dagangan lima hari pada minggu tersebut, 1 euro kini bernilai $1.1333;
  • GBP/USD. Ramai yang mengatakan tiada berita gembira buat masa ini. Berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri Theresa May, tiada sebarang peristiwa penting berlaku di Kepulauan British dan perkara ini telah mengekalkan kedudukan nilai pound untuk sepanjang minggu, sedikit demi sedikit. Lawatan Presiden Trump bersama Queen Elizabeth II mendapat liputan muka depan akhbar-akhbar, tetapi tidak memberikan impak terhadap ekonomi. Dengan saki-baki pengaruh yang beliau ada, segala usaha Puan May untuk menghalang proses Brexit secara paksa hanya mampu memberi sedikit sokongan terhadap trend ke atas matawang British. Perkara sama turut dirasai oleh statistik pekerjaan di Amerika Syarikat yang lemah. Disebabkan itu, pasangan ini kembali ke paras tertinggi pada minggu lalu, mengakhiri minggu dengan berada pada paras yang diunjur oleh penganalisis akan berlakunya proses pembetulan, iaitu pada paras 1.2733;
  • USD/JPY. Jika diimbas pendapat kebanyakan penganalisis pada minggu lalu terbahagi seperti berikut: 50% berpihak kepada bear, 25% memilih bull, dan 25% masih lagi keliru dan berada di atas pagar. Kami berpendapat perbezaan inilah yang ditunjukkan pada carta pasangan tersebut.
    Sebut harga yen berbanding dolar adalah berkait rapat dengan bon milik Perbendaharaan AS. Penurunan nilai bon tersebut akhirnya berakhir pada hari Isnin, 3 Jun, menghentikan penurunan pasangan ini daripada turun di bawah paras 107.80. Kemudian dolar mula mengembalikan kedudukannya, dan ia berada pada kedudukan 108.65 semasa data NFP diumumkan dan pasangan ini mengalami penurunan yang agak rendah selepas itu, turun di bawah paras 107.88, dan mengakhiri minggu tersebut pada paras 108.18;
  • Matawang Kripto. Bitcoin telah diisytihar sebagai halal di Mesir, dan ianya adalah berlandaskan hukum Shariah. Keputusan ini membatalkan larangan yang dikenakan ke atas matawang kripto yang berkuatkuasa sejak tahun 2018, dan ia mungkin berita paling menggembirakan pada minggu ini. Secara keseluruhan, kebanyakan yang berlaku adalah bersifat neutral. Seperti yang dijangka penganalisis, disebabkan ketiadaan cerita-cerita baru, proses pembetulan terus berlaku walaupun terdapat usaha oleh pasangan ini untuk naik ke atas: bull mencari untung, dan proses jualan ini telah menghentikan kemasukan pelabur baru. Jika pasangan BTC/USD berada pada paras $9,100 pada hari Jumaat, 31 Mei, ia mencipta paras setempat terendah yang baru pada hari Khamis, 6 Jun, turun ke paras $7,450 dan kerugian sebanyak 18% dalam masa enam hari.
    Carta Ethereum (ETH/USD) hampir mengulangi dinamik Bitcoin sepenuhnya. Akan tetapi ternyata Ripple dan Litecoin lebih berkemampuan untuk dijana semula. Justeru, nilai pasangan XRP/USD hampir kembali kepada nilai terakhir minggu sebelumnya, manakala LTC/USD pula berada lebih tinggi sedikit berbanding mereka.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Ucapan Mario Draghi pada 6 Jun lalu telah menaikkan nilai euro. Pada hari Rabu, 12 Jun, kami menjangkakan ucapan beliau yang seterusnya, dan harapan para pelabur adalah untuk mengetahui garis panduan yang jelas mengenai polisi kewangan ECB untuk masa terdekat ini. Satu lagi sumber yang memainkan peranan penting dalam pasaran adalah hantaran Twitter Presiden Trump, di mana beliau sering berkongsikan maklumat dan rancangan berkenaan perang dagangan yang dimulakan beliau, terutamanya dengan negara China.
    Untuk maklumat yang lebih tepat, inflasi menjadi tumpuan pada minggu hadapan. Pada hari Rabu, nilai indeks CPI akan dikeluarkan pada hari Rabu oleh Biro Statistik Kebangsaan China, dan indeks harga pengguna di AS pula akan diketahui pada hari Rabu dan Jumaat, manakala bagi Jerman pula, ia akan dikeluarkan pada hari Khamis, 13 Jun.
    Dalam masa sama, pendapat penganalisis terbahagi seperti berikut. 60% daripada mereka mengunjurkan pasangan ini akan cuba untuk melepasi paras sokongan pada 1.1215 dan cuba untuk mencecah paras terendah pada zon 1.1100 sekali lagi, dan pendapat ini turut disokong oleh analisis grafik pada D1 dan juga 20% pengayun yang menunjukkan pasangan ini sudahpun terlebih beli. Pendapat berbeza diberikan oleh 40% penganalisis dan majoriti pengayun serta indikator trend. Jika benar pendapat mereka, pasangan ini mampu untuk bertemu di paras melebihi 1.1400, menjadikan paras 1.1525 sebagai paras rintangannya;
  • GBP/USD. Pada awal minggu hadapan, calon bagi jawatan ketua Parti Konservatif UK akan diketahui. Ia juga menjadi semakin jelas, ataupun tidak, tentang berapa banyak undi yang boleh mereka peroleh selepas jawatan Perdana Menteri negara itu dikosongkan, dan sejauh manakah Brexit secara paksaan serta perpisahan daripada EU mungkin akan berlaku.
    Buat masa ini, 55% penganalisis, disokong oleh analisis grafik pada H4, terus memihak bull dengan 45% lagi memihak kepada bear. Indikator trend juga menunjukkan nisbah yang sama: 55% memihak kepada pertumbuhan manakala 45% lagi memihak kepada penurunan. Berbeza pula dengan pengayun. Walaupun memiliki kelebihan yang banyak ke atas warna hijau, 10% pengayun pada H4 dan D1 telah menunjukkan pasangan ini telah terlebih beli, ia adalah petanda sama ada akan berlakunya pembetulan yang tinggi ataupun permulaan bagi trend penurunan.
    Pergerakan pasangan ini mungkin sebahagiannya didorong oleh data pasaran buruh di UK yang akan dikeluarkan pada hari Selasa, 11 Jun. Dengan kebarangkalian yang tinggi, bolehlah diandaikan bahawa semua pengaruh ini adalah bersifat sederhana dan sementara;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  10 - 14 Jun, 20191

  • USD/JPY. Kelihatannya data KDNK di Jepun yang akan dikeluarkan pada hari Isnin, 10 Jun tidak akan memberi impak pada pasaran. Dorongan utama masih lagi hasil bon kerajaan AS, harga minyak dan sudah tentunya rundingan antara AS-China. Dalam situasi tidak menentu ini, 40% penganalisis memilih pertumbuhan, 40% lagi memilih penurunan manakala baki 20% lagi memilih pergerakan mendatar. Paras sokongan utama adalah pada 107.75 dan 107.00, manakala paras rintangan pula adalah pada 109.15, 109.65, 110.35 dan 110.65;
  • Matawang Kripto. Adakah proses pembetulan yang dialami Bitcoin sebenarnya hanyalah bersifat sementara? Adakah ini adalah permulaan bagi trend penurunannya? Pertikaian mengenai kaedah menganalisis pergerakan matawang fiat dengan matawang digital boleh tercetus dengan daya yang baru.
    Mereka yang menyokong teori ia akan bertumbuh sudah semestinya pemilik Bitcoin, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghangatkan pasaran dengan pelbagai jenis cerita. Sebagai contoh, pengasas Dadiani Syndicate yang dilaporkan menerima pesanan untuk pembelian 25% daripada keseluruhan bitcoin yang dikeluarkan (sekurang-kurangnya 4.5 juta coin dengan nilai hampir $36 bilion) daripada salah seorang pelanggan mereka. Satu lagi khabar angin yang hanya bermula pada awal bulan Jun lalu, iaitu walet BTC terbesar yang ada telah berjaya memperoleh $2.72 bilion. Jika benar, mengapa kadar BTC/USD jatuh 18% dalam masa enam hari walaupun terdapat kemasukan berbilion dolar ini?
    Namun, jika diambil kira, tumpuan harus diberi pada penghujung minggu 7 Jun lalu, di mana kedua-dua Bitcoin dan Altcoin utama lain cuba untuk naik semula, dan pasangan BTC/USD berjaya kembali ke zon antara $7,800-8,000, paras yang boleh dianggap sebagai Pivot Point sepanjang tiga minggu lalu.
    Bagi penganalisis pula, buat masa ini 50% daripada mereka percaya pasangan ini harus turun  hampir kepada paras $7,000, 30% pula berpendapat ia akan kembali ke zon melebihi $9,000, dan baki 20% pula melihat pergerakan lateral pada saluran antara $7,500-8,450.

 

Roman Butko, NordFX

  

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami