Februari 29, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Situasi di pasaran kewangan benar-benar dipengaruhi oleh coronavirus untuk beberapa minggu kebelakangan ini. Jika pada tahun 2019 ramai pedagang merungut pasangan EUR/USD mengalami turun naik yang rendah sepanjang kewujudannya, situasi pada tahun 2020 pula berubah secara dramatik. Pada minggu lalu saja amplitud turun naiknya mencecah 200 mata, dan pertumbuhan nilai euro pada hari Khamis 27 Februari adalah yang terpantas sejak Mei 2018. Semua ini berpunca daripada virus Covid-19 yang menghalang pelabur membeli aset berisiko dan hanya tertumpu kepada matawang selamat.
    Indeks AS dan global terus mengalami penurunan, jatuh lebih 10% daripada paras tertinggi bulan Februari. Cukuplah dengan menyatakan hanya S&P500 yang mengalami kerugian kira-kira 15%. Laporan berita mengenai terdapat lebih daripada 8 ribu orang di California yang dipantau akibat epidemik hanya menambahkan lagi panik dikalangan pelabur yang menjual saham syarikat di Amerika serta dolar AS secara aktif.
    Akibat daripada permintaan matawang biaya seperti euro dan yen yang naik mendadak, pertumbuhan berterusan nilai dolar yang diperhatikan sejak 01 hingga 20 Februari lalu akhirnya terhenti. Mana-mana pedagang yang memiliki keberanian serta dana mencukupi untuk bertahan daripada penyusutan posisi long sebanyak 310 mata akhirnya dapat menarik nafas lega. Pasangan ini bertumbuh sepanjang minggu, mencecah paras tertinggi mingguan 1.1053 pada hari Jumaat, 28 Februari, diikuti dengan pembetulan dan berakhir pada paras 1.1030;
  • GBP/USD. Jika nilai dolar merudum akibat daripada coronavirus, apa yang berlaku kepada pound British adalah lebih teruk selepas berlakunya Brexit. Ramalan bearish yang mendapat sokongan majoriti penganalisis (55%) ternyata tepat: pasangan ini terus bergerak di saluran menurun bagi tempoh sederhana, dan seperti yang dijangka, nilainya melepasi paras terendah pada 20 Februari iaitu 1.2850 selepas beberapa kali mencuba. Setelah kerugian sebanyak 125 mata beberapa jam selepas itu, penurunannya menjadi lebih teruk dan pasangan ini jatuh ke paras 1.2725. Kemudian nilainya pulih sedikit, dan pasangan ini mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 1.2820;
  • USD/JPY. Majoriti penganalisis (75%) telah meramalkan pertumbuhan matawang Jepun, namun tiada siapa dapat menentukan kedudukannya. Peralihan dana pelabur daripada dolar serta pertambahan permintaan terhadap matawang dengan nilai terlindung membolehkan yen mempamerkan pertumbuhan yang menggalakkan iaitu sebanyak 410 mata: bermula pada paras 111.60 di awal minggu, nilai dolar jatuh ke paras 107.50 pada petang Jumaat, memperbaharui paras terendah tahun 2020. Selepas mengalami proses pembetulan, pasangan ini mengakhiri minggu di zon 108.00;
  • Matawang Kripto. Mungkin pandangan hartawan veteran Wall Street, Warren Buffet yang menghina dan tidak mengendahkan matawang kripto adalah tepat. Bermacam pakar Bitcoin serta penggemar matawang kripto telah mengkritik beliau baru-baru ini, meyakinkan kita bahawa BTC sudah menjadi suatu aset yang boleh dipercayai - satu tempat selamat untuk pedagang melaburkan dana mereka. Namun apakah realitinya?
    Nilai matawang euro dan juga yen meningkat berbanding dolar sepanjang minggu. Jika Bitcoin juga suatu aset yang terlindung nilainya, sebut harga matawang itu pasti turut meningkat. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Nilai dolar jatuh mendadak, dan matawang Bitcoin serta altcoin terkenal lain termasuk Ethereum (ETH/USD), Litecoin (LTC/USD) dan Ripple (XRP/USD) jauh lebih teruk. Setelah berada pada paras bulanan paling rendah iaitu $8,455 pada 28 Februari, nilai pasangan tersebut susut hampir 12.5% dalam tempoh seminggu. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto berkurang hampir 15% manakala Indeks Fear & Greed Kripto pula berada pada bacaan “fear” setelah jatuh ke paras 40.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Menurut ramalan penganalisis di Bursa Chicago Mercantile (CME), kebarangkalian untuk kadar faedah diturunkan pada mesyuarat Rizab Persekutuan AS yang akan datang pada 18 Mac adalah sebanyak 90%. (Sebagai rujukan: angkanya hanya 10% pada awal Februari). Jika ini berlaku, bolehlah kita katakan nilai dolar akan jatuh. Data pasaran buruh yang biasa dikeluarkan pada hari Jumaat minggu pertama pada bulan ini, 06 Mac juga boleh memberi tentangan kepada matawang AS. Oleh itu, menurut para penganalisis, indikator NFP mungkin akan jatuh daripada 225K kepada 176K. Dalam pada itu, indeks akitiviti perniagaan ISM berkemungkinan akan kekal berada di atas paras 50.0 menjadikannya satu faktor positif. Melihat situasi tersebut, sebut harga pasangan EUR/USD mungkin akan terus ditentukan oleh laporan berkenaan coronavirus.
    Semasa ramalan ini dibuat, 60% penganalisis yang mendapat sokongan 70% pengayun serta indikator trend melihat ke arah atas, menjangkakan pertumbuhan pasangan ini. Sasarannya adalah pada 1.1055, 1.1100, 1.1175 dan 1.1240. Pendapat bagi arah bertentangan pula disokong 40% penganalisis serta 30% indikator yang kini berada di zon terlebih beli atau berwarna merah. Paras sokongan berada pada 1.0950 1.0900, 1.0830 serta paras terendah 20 Februari iaitu 1.0777;
  • GBP/USD. Berbeza dengan dolar, kebarangkalian kadar faedah ke atas matawang pound British akan dikurangkan telah menjadi rendah. Menurut ahli Lembaga Bank of England John Cunliffe yang bertanggungjawab ke atas kestabilan kewangan sejak 2013, pihak pengawal selia menjangkakan kadar inflasi akan meningkat. Akibat daripada dinamik positif ke atas pasaran buruh serta pertumbuhan purata pendapatan, indeks harga pengguna mungkin akan melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 2%. Jika situasi itu berlaku, kadar faedah mungkin tidak perlu dikurangkan.
    Selain daripada kenyataan Cunliffe, pasaran juga berminat dengan isi kandungan ucapan Gabenor Bank of England Mark Carney pada hari Khamis 05 Mac nanti. Antara isu utamanya ialah reaksi para pengawal selia di British mengenai pasaran saham yang jatuh akibat epidemik coronavirus. Selain itu, para pelabur juga mahu mengetahui tujuan sebenar Bank of England menambah rizab emas mereka. UK membuat rekod pembelian logam berharga tersebut dengan nilai sebanyak $5.33 bilion daripada Rusia baru-baru ini, 12 kali lebih tinggi berbanding jumlah pembelian biasa.
    Disebabkan oleh impak epidemik Covid-19 yang berbeza ke atas pasaran AS dan UK, serta pengurangan kadar faedah yang akan dibuat oleh pihak Rizab, kebanyakan penganalisis (65%) lebih memihak kepada bull, mengunjurkan pasangan GBP/USD kembali  ke zon di antara 1.3000-1.3070, dan mungkin 100 mata lebih tinggi selepas itu. Analisis grafik pada D1 serta 15% pengayun pada H4 dan juga D1 yang menunjukkan pasangan ini dijual secara berlebihan juga setuju dengan perkembangan tersebut.
    Hanya segelintir penganalisis (35%), kebanyakan pengayun (85%), dan hampir 100% indikator trend berpihak kepada bear;
  • USD/JPY. Sudah jelas majoriti indikator bagi pasangan ini berwarna merah. Walau bagaimanapun, 25% pengayun telah pun berada di zon terlebih jual, petanda bahawa trend pasangan ini mungkin akan berubah sepenuhnya, sekurang-kurangnya pembetulan kukuh ke arah atas. 65% penganalisis juga mengunjurkan kenaikan pasangan ini. Paras rintangan paling hampir berada pada 109.25, sasaran terdekatnya adalah untuk kemballi ke zon di antara 109.65-110.25, dan kemudian menyasarkan ketinggian 112.00 selepas itu. Semua ini mampu dicapai dengan mengurangkan rasa panik ke atas pasaran saham global akibat kejayaan dalam membendung coronavirus. Bilangan pesakit Covid-19 untuk beberapa minggu sebelum ini telah berkurangan dengan purata sebanyak 1,600 setiap hari. Menjelang minggu-minggu akan datang, bilangan pesakit yang pulih mungkin akan melebihi 50% daripada bilangan kes yang dilaporkan.
    Sudah tentu kami benar-benar mahu melihat epidemik jangkitan ini berakhir. Namun jika ia tidak berlaku dalam masa beberapa hari lagi, nilai dolar mungkin akan terus jatuh, manakala pasangan ini mungkin akan melepasi paras sokongan pada 107.50, 106.65, 105.65 dan menghampiri paras terendah Ogos 2019 iaitu di sekitar 104.45;
  • Matawang Kripto. Melihat pada ramalan yang diimpikan rakan sejawatnya, ketua bursa kripto Binance, Changpeng Zhao berkelakuan aneh dengan mengeluarkan kenyataan yang dilihat lebih kepada pujukan. Beliau berkata, jika nilai Bitcoin tidak bertambah akibat daripada pengurangan penghasilannya, industri kripto akan berhadapan dengan masalah besar. Bilangan penghasil mula berkurang. Selain itu, aset tersebut berhadapan risiko kehilangan sokongan pelabur-pelabur besar yang mengharapkan pertambahan nilainya. “Pada bulan Mei, para penghasil akan kerugian sebahagian daripada pendapatan mereka dalam matawang kripto. Bitcoin harus mengimbangi masalah ini dengan nilainya. Jika aset tersebut tidak mampu memberikan sekurang-kurangnya pulangan yang hampir dengan modal para penghasil, kebanyakan pelabur akan meninggalkan industri. Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku!” - Zhao menyakinkan rakan-rakannya.
    Sama ada kenyataan menyakinkan beliau itu akan membuahkan hasil ataupun tidak, kita nantikannya, namun setakat ini majoriti penganalisis (45%) bersikap pesimis, menjangkakan penurunan nilai pasangan BTC/USD ke zon antara $8,000-8,250. 30% daripada penganalisis pula masih optimis. Pada pandangan mereka, penurunan yang berlaku sejak dua minggu lalu hanyalah sekadar pembetulan, dan kita akan melihat lonjakan harga Bitcoin sekali lagi mencecah $10,500. Baki satu perempat penganalisis dilihat tidak dapat membuat sebarang kesimpulan.

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 - 06 Mac, 20201

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami