Julai 11, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Nilai dolar mula menyusut, pasangan ini bergerak di atas garis Pivot Point iaitu 1.1240 pada minggu lalu, tetapi ia masih berada di saluran antara 1.1170-1.1350 selama lima minggu. Seperti yang 25% penganalisis jangkakan, bull cuba sekali lagi untuk berada pada ketinggian 1.1400, namun serta-merta serangan itu gagal, terhenti pada paras 1.1370, dan kemudian pasangan tersebut mengalami penurunan lagi, mengakhiri tempoh lima hari di zon 1.1300.
    Tekanan yang dihadapi matawang Amerika itu berpunca daripada situasi ekonomi di beberapa negara yang semakin pulih, ini termasuklah di EU. Syarikat-syarikat besar di negara-negara itu telah mula beroperasi semula, kadar permintaan sudah bertambah, para pengguna kini membanjiri pusat-pusat perniagaan, berbeza sekali dengan apa yang sedang berlaku di Amerika Syarikat, di mana para pegawai Rizab Persekutuan mereka sendiri berasa ragu-ragu dengan kemampuan negara itu untuk memulihkan ekonominya. Justeru, ahli-ahli FOMC iaitu Rosengren dan juga Barkin telah menyatakan bahawa industri di negara itu masih berada di takuk yang lama dan setakat ini masih belum berkembang. Ini boleh menyebabkan matawang dolar akan terus dicetak dan jumlah program pelonggaran kuantitatif (QE) mereka akan ditambah.
    Semua ini berpunca daripada gelombang wabak COVID-19 yang baru. Pada hari Rabu, 8 Julai, kadar jangkitan di Amerika Syarikat telah mencatatkan nilai tertingginya iaitu 60 ribu orang. Bilangan kematian juga bertambah, mencecah 1000 pesakit sehari, kenaikan sekali ganda jika dibandingkan dengan nilai puratanya. Perkara ini telah menjadi alasan kukuh ke atas pertambahan sikap pesimis di kalangan para pelabur dalam pasaran.
    Sebaliknya, matawang euro dilihat lebih selamat, semua disebabkan oleh situasi epidemiologi yang bertambah baik serta polisi kewangan dan juga fiskal di EU yang berdaya saing. Sokongan yang diterima Eropah juga berpunca daripada nilai yuan yang semakin kukuh, dan secara paradoksnya, oleh Presiden AS Donald Trump sendiri. Lebih tepat lagi, penurunan kadar populariti beliau akibat perang dagangan dengan China yang kini mungkin tidak lagi akan diteruskan. Jika calon Demokrat Joe Biden menjadi presiden yang baru, polisi Washington terhadap Beijing mungkin akan berubah secara dramatik, ia akan memacu pertumbuhan ekonomi China ke aras yang lebih tinggi, dan secara tidak langsung, juga ekonomi di Eropah;
  • GBP/USD. Pada ramalan sebelum ini, persoalan yang timbul berkenaan pertumbuhan matawang pound adalah sama ada ianya hanya pembetulan sementara atau perubahan arah trend yang serius. Majoriti indikator bersama-sama analisis grafik meramalkan paras pasangan ini akan lebih kukuh. Sebanyak 50% penganalisis bersetuju dengan pergerakan ke arah atas, manakala 30% lagi menamakan paras rintangan 1.2680 sebagai paras terendah. Ternyata ramalan itu benar: paras tertinggi mingguan dicatatkan pada 1.2670, diikuti pula dengan nilai yang sedikit pulih dan kemudian berakhir pada paras 1.2625.
    Pertumbuhan berterusan yang ditunjukkan pound telah dibantu oleh penyusutan nilai dolar yang semakin menjadi-jadi (puncanya adalah seperti di atas), serta sikap optimis yang sederhana hasil daripada rundingan mengenai syarat-syarat untuk UK keluar dari EU;
  • USD/JPY. Tokyo juga merekodkan peningkatan tertinggi kes coronavirus seperti yang berlaku di AS. Namun, tiada apa yang membimbangkan para pelabur setakat ini, terutama sekali apabila data sebenar bagi pesanan alatan serta kelengkapan mesin yang dikeluarkan pada minggu ini adalah lebih tinggi berbanding daripada yang diramalkan, dan ia memberi petunjuk bahawa ekonomi di Jepun sudah mula pulih.
    Melihat pada nilai dolar yang sedang menyusut, yen telah mengukuhkan sedikit kedudukannya: memulakan minggu pada paras 107.50, pasangan ini turun menghampiri 106.65 pada petang Jumaat. Paras terakhir pada minggu lalu adalah di kedudukan 106.90;
  • Matawang Kripto. Jika beberapa bulan lalu, topik utama yang dibualkan adalah mengenai kemampuan Bitcoin sebagai aset selamat, kini topik berkenaan korelasi antara matawang kripto utama dengan pasaran saham pula sering dibincangkan. Sebagai contoh, pengiraan yang dibuat portal Skew menunjukkan korelasi antara bitcoin dan juga indeks S&P500 kini mencecah rekod tertinggi manakala koefisiennya pula adalah kira-kira 66%. Menurut penganalisis portal berkenaan, ini bermaksud Bitcoin telah gagal untuk menjadi antitesis sistem kewangan tradisional dan sedang bergerak mengikut haluan yang sama dengannya. Malah ada yang memanggil bitcoin sebagai “startup pasaran saham”.
    Semua yang dinyatakan ada kebenarannya, sejak kebelakangan ini sumber utama kewangan bagi kedua-dua pasaran saham dan juga kripto adalah bank-bank pusat, lebih-lebih lagi, pihak Rizab Persekutuan AS yang melambakkan sejumlah besar wang murah ke dalam ekonomi mereka.
    Namun anda akan ditunjukkan dengan gambaran berbeza setelah melihat pada graf. Sejak penghasilan BTC dikurangkan pada bulan Mei, indeks S&P500 telah meningkat kira-kira 9%, Nasdaq 100 pula - kira-kira 19%, namun bagi bitcoin, setelah gagal untuk melepasi paras $10,000, nilainya mula turun dan kini mengalami penyatuan di zon antara $9,000-9,500. Di manakah korelasinya?
    Tidak seperti pasaran saham, bitcoin bukanlah jenis aset yang paling menarik buat masa ini walaupun terdapat ramai pakar-pakar kripto yang membuat pelbagai gesaan. Matawang kripto utama itu terus menggunakan jumlah tenaga yang besar, dan berdasarkan nilai semasa serta anggaran yang dibuat oleh Coindesk, keuntungan yang diperoleh turun sebanyak 26% pada bulan Jun. Perkara ini menyebabkan sokongan ke atas coin utama tersebut mula berkurangan, malah oleh para penghasilnya sendiri.
    Jumlah modal pasaran matawang kripto sedikit bertambah sejak beberapa minggu yang lalu, mencecah $269 bilion, dan nilainya kini kembali ke jumlah pada 22 dan 24 Jun lalu. Indeks Fear & Greed Kripto bagi Bitcoin juga tidak berubah sepanjang minggu: bacaannya masih menunjukkan 41.
    Kelembapan yang dialami matawang kripto utama itu telah memberi kelebihan kepada altcoin, terutama sekali sejak ianya mudah untuk dibeli berbanding satu ke dua tahun yang lepas. Jika peratusan Bitcoin dalam pasaran kripto pada 15 Mei adalah berjumlah 69.81%, kini jumlahnya turun kepada 62.79%. Ini bermaksud, dalam tempoh kurang dari dua bulan, penurunan yang dialami adalah sebanyak 7.02% secara mutlak dan 10% secara relatifnya.
    Tidak seperti BTC, kebanyakan altcoin menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan pada bulan Julai, dan hal ini telah menarik perhatian para pelabur. Sebagai contoh, pertumbuhan tertinggi Ethereum (ETH/USD) pada 7 Julai adalah kira-kira 10%, manakala Ripple (XRP/USD) - 20%, Cardano - 34%. Pemegang rekod adalah Dogecoin yang mengalami pertumbuhan sebanyak 79% selepas videonya viral di TikTok serta VeChain dengan 101%. 

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Jika sebelum ini titik rujukan bagi para pelabur adalah indeks saham di AS, kini segalanya telah berubah. Bermula awal Julai lalu, kelebihan bukan lagi berpihak kepada S&P500 di Amerika, tetapi Shanghai Composite di China. Dan jika sebelum ini ekonomi di AS berkembang lebih pantas berbanding ekonomi di Eropah akibat perang dagangan dengan China, semuanya berubah 180 darjah. Kini pihak Rizab tidak lagi mampu untuk menaikkan kadar faedah dalam usaha untuk menjadikan matawang dolar nampak lebih menarik berbanding matawang lain. Awan gelap dilihat mula meliputi ekonomi AS apabila sektor pembiayaan yang menjadi tonggak kepada pertumbuhan ekonomi mereka mungkin mengalami akan kegagalan.
    Indeks dolar sudahpun berada di sekitar paras terendah bulan Jun lalu, mengalami kerugian sebanyak 1.4% sejak awal Julai, dan trend ini dilihat akan berterusan untuk jangka masa panjang. Menurut beberapa penganalisis, nilai matawang Amerika itu mungkin akan menyusut sehingga 20% dalam masa beberapa tahun akan datang, hilang hampir semua nilai yang diperoleh sejak 2014.
    Ramalan oleh 11 bank terbesar di AS rata-rata menunjukkan pasangan EUR/USD akan berada pada paras 1.1500 menjelang akhir 2020. Hanya bank pelaburan Merrill Lynch saja yang memihak kepada nilai dolar yang lebih kukuh serta penurunan pasangan ini ke paras 1.0500. Alasan yang diberikan untuk ramalan tersebut adalah perluasan program pelonggaran kuantitatif oleh ECB yang dijangka akan menjangkau jumlah sehingga €400-600 bilion.
    Bagi ramalan minggu hadapan, menurut Bloomberg Probability Calculator, jika dilihat pada bacaan pilihan yang ada di pasaran, pasangan EUR/USD memiliki peluang yang lebih cerah untuk berada di atas paras 1.1500 berbanding turun di bawah paras 1.1200. 80% pengayun serta 95% indikator trend pada D1 juga berwarna hijau. Baki 15% pengayun pula memberi isyarat bahawa pasangan ini memiliki lebihan belian.  
  • GBP/USD. Antara perkara yang dijangka akan berlaku pada minggu ini: kenyataan oleh ketua Bank of England, Andrew Bailey pada hari Isnin, 13 Julai, hari Selasa - data KDNK, hari Rabu - data pasaran pengguna, manakala hari Khamis - data pasaran buruh di UK. Perhatian khusus harus dibuat pada hari Selasa 14 Julai: menurut unjuran awal, KDNK pada bulan Mei mungkin mengalami pertumbuhan sebanyak 5% jika dibandingkan penyusutan 20.4% yang dialami pada bulan sebelumnya. Jika benar unjuran tersebut, ia mampu mengukuhkan lagi nilai matawang British.
    Pertumbuhan tersebut telah dijangka oleh 65% penganalisis, ia turut mendapat sokongan 80% pengayun serta 95% indikator trend pada D1. Sasaran utamanya adalah paras tertinggi pada 10 Jun, iaitu 1.2810, manakala rintangannya pula berada pada paras 1.2670 dan juga 1.2740.
    Pendapat berbeza diberikan oleh 35% penganalisis manakala baki pengayun menunjukkan warna merah pada H4 dan berada di zon lebihan belian pada D1.
    Harus diingat jika beralih ke ramalan bulanan dari ramalan mingguan, bilangan penyokong bear di kalangan para penganalisis meningkat kepada 60%. Sasarannya adalah supaya pasangan ini kembali ke zon di antara 1.2250-1.2400;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 - 17 Julai, 20201

  • USD/JPY. Selain daripada turun naik yang berlaku antara 2-5 Jun, pasangan ini telah bergerak di koridor lateral antara 106.00-108.10 selama 13 minggu, dan jika mengikut ramalan para penganalisis, ia tidak akan meninggalkan julat tersebut. Dalam masa yang sama, 70% penganalisis memilih nilai yen yang lebih kukuh serta penurunan pasangan ini ke sempadan bawah koridor tersebut. Jangkaan ini mendapat sokongan daripada analisis grafik pada H4, manakala baki 30% lagi mahu melihat pertumbuhannya ke sempadan atas. Di kalangan pengayun pada H4 dan juga D1, 80% daripada mereka berwarna merah, dan 95% dikalangan indikator trend juga bersetuju.
    Bagi perkembangan ekonomi utama, Bank of Japan akan memutuskan kadar faedah yang baru pada hari Rabu, 15 Julai, diikuti dengan sidang media oleh pihak pengurusannya. Walau bagaimanapun, tiada kejutan yang perlu ditunggu kerana kadarnya akan kekal pada nilai negatif iaitu 0.1%;
  • Matawang Kripto. Seperti biasa, pakar dalam pasaran ini berlumba-lumba untuk meramalkan kenaikan nilai Bitcoin. Sekumpulan penyelidik dari Bloomberg Agency telah menerbitkan satu laporan, dan laporan tersebut menyatakan bahawa pasangan BTC/USD dijangka akan meningkat kepada $12,000 tidak lama lagi. Jika diingat semula, Mike McGlone adalah antara penyokong tegar matawang kripto terbesar itu di kalangan penganalisis Bloomberg. Pada bulan Jun lalu beliau menyatakan lonjakan BTC tetap akan berlaku, dan sasaran yang ditetapkan menjelang penghujung tahun ini adalah untuk mengatasi tanda aras psikologinya iaitu $20,000.
    - Anthoni Trenchev, Rakan Pengurus di Nexo Credit Platform memberikan ramalan yang lebih optimis. Pada pandangan beliau, nilai bitcoin mungkin akan melebihi $50,000 dalam tempoh beberapa bulan lagi. Dalam temubualnya semasa persidangan Block Down, Anthoni Trenchev mengakui platform Nexo kini berkembang sebanyak sepuluh peratus setiap bulan, sentiasa ada pelanggan baru yang mendaftar, sama ada pelabur runcit mahupun berinstitusi. Pertambahan penyertaan pelabur berinstitusi inilah yang mampu memacu pertumbuhan nilainya. “Saya akui, ini adalah satu ucapan yang berani, namun faktor fundamental serta perubahan sikap berkenaan matawang kripto yang akan menjadikannya realiti,” ujar beliau.
    Hakikat tentang perubahan sikap memang tidak dapat disangkal lagi. Mengikut tinjauan yang dijalankan The Tokenist di 17 buah negara, 45% daripada responden lebih gemarkan matawang kripto berbanding saham, hartanah serta emas, manakala 92% dari kalangan golongan milenium juga mempunyai pendapat yang sama.
    Sekarang kita akan umumkan keputusan satu lagi tinjauan yang dibuat di Twitter oleh penganalisis kripto popular dengan gelaran PlanB yang ingin tahu berapakah harga BTC menjelang akhir tahun 2021. Daripada 27,000 orang yang mengambil bahagian, majoritinya (53%) lebih cenderung memilih $55,000. Hampir 30% daripada responden mahu nilainya mencecah $100,000. Manakala baki 17% lagi tidak mengecualikan nilai BTC akan menghampiri $ 300,000.
    Bagi ramalan untuk minggu hadapam, majoriti penganalisis masih mempertimbangkan $9,000 sebagai Pivot Point bagi pasangan BTC/USD, dan menamakan $8,800 sebagai had terendah turun naiknya, manakala had atasnya pula - $9,700. Hanya 10 peratus saja yang percaya bahawa pasangan ini akan jatuh ke zon $8,400.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami