April 15, 2022

Mata adalah satu konsep penting dalam membuat pengiraan untung atau rugi yang mungkin dialami dalam pasaran kewangan. Semasa menjalankan transaksi, anda perlu memahami dengan jelas apakah kos bagi satu mata dan bagaimana nilai deposit anda akan berubah apabila harganya turun ataupun naik, sebagai contoh, sebanyak 50 atau 100 mata. Kesannya bukan saja terhadap sesuatu pasangan mata wang atau strategi dagangan yang dipilih, malah juga dalam menentukan jumlah transaksi, paras risiko yang dibenarkan, dan penetapan order Stop Loss dan Take Profit. Nilai mata sangat-sangat perlu diketahui bagi mengira nilai spread, memahami berapa banyak untung atau rugi akibat swap, bilakah Margin Call dan Stop Out boleh berlaku.

Secara umum, adalah mustahil untuk menguruskan modal tanpanya.

Maksud Mata dalam Forex

Dolar AS adalah mata wang paling biasa dan menjadi standard untuk deposit para pelabur. Menjadi kebiasaan, kita perlu tahu berapa kos untuk satu mata dalam USD. Hanya dengan cara inilah kita dapat memahami kesan turun naik sebut harga terhadap modal yang ada dalam akaun dagangan sendiri. Walaupun agak mudah untuk mengira semuanya bagi pasangan Forex seperti EUR/USD, ia lebih sukar untuk menentukan berapa banyak nilai spread atau swap dalam dolar AS bagi NZD/CHF, sebagai contoh. Tambahan lagi, terdapat beberapa nuansa yang perlu diketahui.

1. Pertama sekali dalam Forex, sebut harga telah lama ditentukan dengan tepat sehingga empat tempat perpuluhan (1.0000). Mata pula diwakili oleh perubahan harga paling kecil yang boleh berlaku, iaitu 0.0001. Dengan perkembangan teknologi komputer beberapa tahun kebelakangan ini, sebut harga telah dibuat dengan ketepatan sehingga lima digit (1.00000). Jelas menunjukkan pilihan ini adalah lebih tepat, dan ia dapat menjimatkan wang pedagang. Namun perubahan harga minimum kini bermaksud pergerakan sebanyak 0.00001. Ia menimbulkan beberapa kekeliruan. Bagi mengelak daripada terkeliru, beberapa sumber telah mula memanggil mata untuk sebut harga empat digit sebagai “lama”, manakala sebut harga lima digit - "baru” atau “mata mikro”. Selain itu, tempat perpuluhan kelima digelar sebagai tick.

2. Nuansa berikutnya. Anda bukan saja boleh lihat terma “mata” dalam teks yang berkaitan Forex, malah boleh didapati juga dalam pip. Tiada perbezaan yang ketara antara kedua-duanya. Pip adalah singkatan perkataan Inggeris untuk “Price Interest Point” (mata perubahan harga) dan terma ini merujuk kepada mata “lama”.

Justeru, 1 mata (atau pip) dalam Forex bermaksud pergerakan minimum kadar tukaran harga yang boleh berubah sama ada ke atas atau ke bawah pada empat digit sebut harga pasangan seperti EUR/USD, iaitu 0.0001.

 
3. Menambah kepada kekeliruan adalah hakikat bahawa sebut harga bagi pasangan berlainan mungkin berbeza. Sebagai contoh, membuka dagangan EUR/USD atau USD/CNH, kita akan dapat lihat satu digit sebelum titik perpuluhan dan lima digit (tempat perpuluhan) selepas itu (masing-masing 1.11345 dan 6.37495), manakala sebut harga USD/CHF pula adalah 0.92351. Kita namakan ia sebagai format X.YYYYy. Gambaran untuk pasangan seperti USD/JPY atau CHF/JPY sebagai contoh pula adalah berbeza sepenuhnya: terdapat tiga digit sebelum dan selepas titik perpuluhan (masing-masing 122.739 dan 131.617). Kita namakannya sebagai format XXX.YYy.

Seperti yang disebutkan di atas, satu mata adalah 0.00010 bagi pasangan dengan format X.YYYYy. Oleh itu, jika sebut harga pasangan EUR/USD berubah daripada 1.10000 kepada 1.10010, ia dianggap telah bergerak sebanyak 1 mata. Jika, sebagai contoh sebut harganya berubah daripada 1.10750 kepada 1.11000, ini bermaksud kadarnya naik sebanyak 25 mata. Penjelasan yang sama juga untuk pergerakan bertentangan: jika sebut harganya berubah daripada 1.10000 kepada 1.09000, ini bermakna harganya telah susut sebanyak 100 mata.

Untuk format XXX.Yyy pula, dalam hal ini 1 mata memberi nilai bersamaan 0.01. Oleh itu, katakan sebut harganya berubah daripada 120.250 kepada 120.750, ini bermakna pertumbuhannya adalah sebanyak 25 mata.

Bagaimana Cara Mengira Nilai Mata dalam Forex? Penerangan Terperinci1

Apakah Maksud Lot serta Mata Wang Dasar dan Mata Wang Sebut Harga

Selain daripada mata, kita juga perlukan nilai berbentuk lot dalam pengiraan. Lot adalah unit volum dagangan yang kebiasaannya berjumlah 100,000 unit daripada mata wang dasar.

Mata wang dasar adalah mata wang pada kedudukan pertama dalam pasangan. Pedagang membuat jualan atau belian di bursa mengikut mata wang sebut harga. Sebagai contoh, sebut harga 1.1020 bagi pasangan EUR/USD bermaksud nilai semasa 1 EUR (mata wang dasar) adalah bersamaan dengan 1.1020 USD (mata wang sebut harga). Justeru, kos bagi 1 lot (EUR 100,000) dalam contoh ini adalah bersamaan dengan USD 110,200.

Sekilas pandang, posisi untuk 1 lot dilihat sangatlah besar, tetapi jangan lupa tentang leveraj. Sebagai contoh, nilai leveraj di syarikat broker NordFX boleh mencecah 1:1000 mengikut permintaan pedagang. Jadi, untuk membuka posisi 1 lot bagi pasangan EUR/USD, dengan leveraj 1:1000, anda perlu membuat deposit 1000 kali lebih rendah berbanding kos lot tersebut, iaitu USD 1.102. Anda memerlukan USD 11.02 untuk membuka dagangan minimum yang dibenarkan iaitu 0.01 lot. (Ini secara teori. Realitinya, dalam kebanyakan kes, kos tambahan seperti spread dan komisen perlu diambil kira, dan juga hakikat bahawa dagangan anda mungkin akan bergerak pada arah bertentangan dengan posisi yang dibuka).  

Pengiraan Nilai Mata untuk Jenis Pasangan Berbeza

Jadi, bagaimana untuk mengira nilai 1 mata? (Jika diingat kita membincangkan tentang mata “lama” - 0.0001. Harga 1 unit “mata mikro baru” adalah 10 kali lebih rendah). Formula pengiraan adalah seperti berikut:

(Volum Posisi × Mata) / Kadar Sebut Harga Mata Wang kepada USD = Nilai Mata

Kaedah 1. Bagi pasangan dengan dolar pada kedudukan kedua, iaitu sebut harga mata wang itu sendiri (EUR/USD, GBP/USD, AUD/USD, dll.), kadar sebut harganya adalah 1. Justeru, dalam pengiraan, anda hanya perlu menggandakan volum posisi dalam lot dengan saiz mata. Contohnya, anda membuka posisi dengan saiz 0.1 lot, oleh itu, 0.1×100,000=10,000. Kita akan mendapati:

(10,000 × 0.0001) / 1 = 1 USD

Kaedah 2. Bagi pasangan dengan dolar pada kedudukan pertama, satu lagi parameter akan ditambah: kadar semasa sebut harga mata wang dengan 1 USD. Contohnya, kita membuka dagangan untuk USD/CAD dengan volum 1 lot (USD100,000) pada kadar semasa 1.2645. Hasilnya, kita akan mendapati:

(100,000 × 0.0001) / 1.2645 = 7.91 USD

Kaedah 3. Bagi pasangan silang yang langsung tidak ada dolar AS, prosedur pengiraan nilai mata yang berbeza digunakan:

(Volum Posisi × Mata) x Tukaran Mata Wang Dasar kepada USD / Kadar Pasangan Semasa = Nilai Mata

Mari mengira menggunakan contoh pasangan GBP/NZD dengan volum dagangan sebanyak 0.1 lot pada kadar semasa iaitu 1.9020 dan kadar mata wang dasar GBP/USD pada nilai 1.3015:

(10,000 × 0.0001) × 1.3015 / 1.9020 = 0.68 USD.

Bagaimana Kalkulator Pedagang dan MetaTrader-4 Boleh Membantu

Kesimpulannya, kami ingin mengingatkan anda terhadap kemudahan seperti kalkulator Pedagang yang boleh didapati di bahagian Alatan pada laman web rasmi NordFX. Anda boleh menggunakannya untuk mengira kos bagi satu mata, mencari saiz spread dan swap, serta margin yang diperlukan bagi setiap jenis akaun dengan serta-merta. Dalam masa hanya beberapa saat, anda bukan saja dapat mengetahui kesemua parameter penting untuk berdagang ini, malah anda juga dapat mengira saiz untung (atau rugi) yang dijangka akan diperolehi untuk beberapa posisi sekaligus. Disamping itu, risiko untuk membuat kesalahan juga menjadi sifar kerana kesemua parameter akaun sudahpun dimasukkan ke dalam kalkulator. Anda boleh mendapatkan butiran lanjut berkenaan perkara ini pada halaman yang sama di laman web itu.

Untuk status transaksi yang sudah dibuka, anda boleh melihat untung atau rugi semasa pada terminal dagangan MetaTrader-4.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami