Jun 4, 2022

EUR/USD: Kadar Inflasi dan Pasaran Buruh Menentukan Segalanya

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 6 - 10 Jun, 20221

  • Jumlah hasil mingguan boleh dianggap hampir tiada. Jika kedudukan pasangan EUR/USD ditutup setelah berakhirnya lima hari dagangan pada paras 1.0730 pada minggu sebelumnya, kali ini ia ditutup pada paras 1.0720. Dalam masa yang sama, kami tidak boleh mengatakan keadaan pada minggu lalu adalah membosankan: kadar turun naik maksimumnya adalah 160 mata, paras tertinggi adalah 1.0786 manakala paras terendah adalah 1.0626.

    Indeks dolar DXY susut ke paras terendah sepanjang 5 minggu iaitu 101.29 pada hari Isnin, 30 Mei. Puncanya adalah disebabkan oleh jangkaan bahawa pihak Rizab Persekutuan mungkin akan menggantung kenaikan kadar faedah setelah menaikkannya pada bulan Jun dan Julai. Sudah tentu, perkara ini akan berlaku jika kadar inflasi di AS menurun.

    Walau bagaimanapun, trend ini berubah pada hari Selasa. Menurut data yang diperoleh dari Eurozone, kadar inflasi di sana telah mencecah rekod tertinggi yang baru. Ramalan sepakat Bloomberg menjangkakan kenaikan harga pengguna sebanyak 7.8% untuk bulan Mei. Namun, menurut Jabatan Statistik Kesatuan Eropah, nilainya melonjak sebanyak 8.1% dari tahun ke tahun setelah naik sebanyak 7.4% pada bulan April, peratusan tertinggi dalam sejarah pengiraannya. Disebabkan itu, hasil bon 10 tahun AS mula bertambah semula, mencecah paras tertingginya sejak 19 Mei lalu, iaitu 2.88%. Bersama-sama dengan bon perbendaharaan, nilai dolar mula mengukuh, dan kedudukan pasangan EUR/USD jatuh, mencecah paras terendah mingguan pada 1 Jun.

    Trend berubah sekali lagi pada hari Khamis, 2 Jun setelah data dari pasaran buruh di AS dikeluarkan. Pekerjaan di negara itu dijangka bertambah sebanyak 300K. Namun, secara realiti, kadar pertumbuhannya hanyalah berjumlah 128K, jelas menunjukkan ia tidak cukup untuk mengekalkan kestabilan di pasaran buruh serta mendorong kepada pengangguran. Gambaran negatif itu dapat diperbaiki sedikit oleh jumlah pekerjaan baru yang ada bukan dalam sektor agrikultur (NFP). Indikator ini telah dikeluarkan pada hari terakhir minggu bekerja dan berjumlah 390K, bukannya 325K seperti yang diunjur dan 436K seperti nilai sebelum ini. Lebih daripada 200K pekerjaan baru dihasilkan setiap bulan untuk menstabilkan pasaran buruh di AS. Maka nilai 390K yang ditunjukknan NFP dilihat agak positif. Untuk pengangguran pula, jumlahnya tidak berubah sepanjang bulan lalu dan kekal pada paras 3.6% untuk bulan Mei, lebih rendah daripada yang diunjur iaitu 3.5%.

    Pasangan EUR/USD kini didagangkan hampir kepada paras terendah antara 2015-2016, manakala indeks DXY pula telah mencecah ketinggian pada Disember, 2016 iaitu kedudukan tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

    Sesetengah pakar strategi mata wang, contohnya seperti penganalisis di syarikat Swiss UBS Wealth Management, percaya bahawa pertumbuhan nilai dolar mungkin akan terhenti. Pasaran sudah pun mengambil kira faktor pengetatan polisi kewangan oleh pihak Bank Pusat AS serta kenaikan kadar faedah dalam sebut harganya, dan tiada sebarang faktor baru yang dijangka boleh menjadi pencetus kepada lonjakan nilainya. Maka, mereka berpendapat, pertumbuhan kadar pasangan EUR/USD sepanjang tiga minggu ini mungkin bukan saja pembetulan teknikal, tetapi perubahan trend jangka masa sederhana.

    65% penganalisis bersetuju bahawa pasangan ini akan cuba untuk menembusi rintangan pada paras 1.0800 pada minggu depan, 35% pula menjangkakan pasangan ini akan kembali ke paras terendah bulan Mei dan baki 10% lagi berpendirian neutral. Sila maklum bahawa jika beralih daripada ramalan mingguan kepada bulanan, jumlah penyokong bull berkurang menjadi 50%, manakala sasaran maksimum mereka berada di zon antara 1.0900-1.1000. Untuk pengayun pada D1, 80% adalah berwarna hijau (satu perempat daripada jumlah itu berada di zon lebihan belian), dan 20% lagi adalah warna kelabu neutral. Terdapat kesetaraan dalam kalangan indikator trend: 50% memilih pertumbuhan pasangan ini, 50% lagi memilih sebaliknya. Rintangan terdekat berada di zon antara 1.0750-1.0800. Jika berjaya, bull akan cuba untuk menembusi rintangan di antara paras 1.0900-1.0945, kemudian 1.1000 dan 1.1050, selepas itu ia akan akan bertemu dengan rintangan di zon antara 1.1120-1.1137. Untuk bear, tugas utamanya adalah untuk menembusi paras sokongan di antara 1.0625-1.0640, kemudian 1.0480-1.0500, dan selepas itu paras terendah pada 13 Mei iaitu 1.0350. Jika berjaya, ia akan bergerak ke paras terendah pada 1 Januari, 2017 iaitu 1.0340, di bawah paras itu hanyalah sasaran daripada 20 tahun yang lalu.

    Data kadar KDNK di Eurozone akan dikeluarkan pada hari Rabu, 8 Jun. Namun, peristiwa penting untuk minggu hadapan sudah semestinya mesyuarat ECB yang akan berlangsung pada hari Khamis, 9 Jun. Pasaran menantikan keputusan penggubal dasar Kesatuan Eropah berkenaan kadar faedah yang kini berada pada kadar 0%, serta komen mengenai polisi kewangan mereka. Disamping itu, jumlah tuntutan awal pengangguran di AS juga akan diketahui pada hari Khamis, dan keseluruhan data pasaran pengguna di AS akan diketahui pada hari Jumaat, 10 Jun. 

GBP/USD: Menjangkakan Unjuran Kadar Inflasi

  • Great Britain menyambut hari ulang tahun “platinum” Elizabeth II pada hari Khamis, 2 Jun: ulang tahun ke-70 baginda menduduki takhta United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara (ia berlaku pada tahun 1952). Hari cuti bank untuk negara ini telah diumumkan semasa majlis itu berlangsung, pada 2 dan 3 Jun.

    Peristiwa berkaitan ekonomi lain pada minggu lalu termasuklah penerbitan data Pembuatan PMI di UK yang menunjukkan kadar sedikit rendah pada bulan Mei berbanding April: 54.6 berbanding 55.8, tetapi ia benar-benar sepadan dengan unjurannya, maka reaksi pasaran agak perlahan terhadapnya. Secara umum, dinamik pasangan ini menyamai dinamik pergerakan EUR/USD, walaupun dalam hal ini tekanan untuk ke bawah adalah lebih kuat. Seperti seminggu lalu, pasangan GBP/USD kekal berada di koridor sisi di antara 1.2460-1.2665 dan mengakhiri sesi dagangan pada paras 1.2497.

    Data aktiviti perniagaan dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan di UK, serta Indeks Aktiviti Perniagaan Komposit (PMI) akan dikeluarkan pada hari Selasa, 7 Jun dan Rabu, 8 Jun. Disamping itu, Bank of England akan mengeluarkan ulasan terbaru mereka mengenai unjuran kadar inflasinya pada akhir minggu hadapan. Mengikut ramalan, kadar inflasi akan lebih tinggi berbanding kadar maksimum dalam sejarah (4.4% pada tahun 2008), dan kebarangkalian untuk kenaikan lebih tinggi kadar faedah utama ke atas pound British akan bertambah jika ia naik kepada 5.0% dan ke atas. Pilihanraya kecil juga akan diadakan pada akhir Jun nanti yang dilihat akan menjadi satu ujian terhadap sokongan kepada polisi Perdana Menteri Boris Johnson serta Parti Konservatif.

    Dalam menjangkakan perkara-perkara ini, ramalan ke atas pound dilihat agak tidak menentu. Buat masa ini, 40% daripada penganalisis bersetuju dengan pengukuhan, 40% - penyusutan dan baki 20% - meneruskan trend mendatar. Dalam kalangan indikator trend pada D1, hanya 10% menunjukkan pertumbuhan pasangan ini, 90% lagi menunjukkan penurunan. Dalam kalangan pengayun, nisbah perbezaannya agak berbeza: 25% menunjukkan penurunan, 35% bersikap neutral, 40% pula menunjukkan pertumbuhan. Sokongan berada pada paras 1.2460, 1.2400, 1.2370, 1.2300, 1.2200, kemudian 1.2154-1.2164 dan 1.2075. Paras sokongan kukuh buat pasangan ini adalah 1.2000 iaitu paras penting psikologinya. Jika berlakunya pertumbuhan, pasangan ini perlu melepasi rintangan pada 1.2600, kemudian 1.2600, selepas itu 1.2665, 1.2700-1.2750, 1.2800-1.2835 dan 1.2975-1.3000.

USD/JPY: Pasangan ini Menuju Ke Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Tahun

  • Pertambahan nilai dolar turut menolak pasangan USD/JPY ke atas untuk memperbaharui paras tertingginya dalam tempoh 20 tahun. Kadarnya mencecah ketinggian 130.97 pada minggu lalu, hampir dengan paras tertinggi 9 Mei lalu iaitu 131.34.

    Menyenaraikan punca-punca kepada pengukuhan nilai mata wang Amerika di atas, kami tidak menyebut satu lagi sebab: pertemuan antara Presiden AS Joe Biden dengan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada hari Selasa, 31 Mei. Topik utama perbincangan mereka adalah mengenai tekanan inflasi yang mengakibatkan ketidakpuasan hati dalam kalangan populasi di negara itu. Hasilnya, Joe Biden menyerahkan tanggungjawab penuh kepada ketua Bank Pusat AS itu dalam memerangi inflasi dan membenarkan penggunaan semua jenis alat yang ada oleh penggubal dasar tersebut, termasuklah kenaikan kadar faedah secara agresif serta pengurangan sebanyak $9 trilion dalam penyata imbang.

    Bagi Bank of Japan, mereka masih belum bersedia untuk menamatkan polisi kewangannya yang sangat longgar. Menurut penggubal dasarnya, program rangsangan kewangan seharusnya dapat membantu memulihkan ekonomi negara itu daripada kekalutan yang berpunca akibat pandemik COVID-19. Statistik ekonomi yang lemah juga memainkan peranan dalam memberi tekanan kepada yen. Jumlah pengeluaran industri di Jepun susut 1.3%, dan bukannya turun sebanyak 0.2% seperti yang dijangka. Satu lagi pandemik coronavirus yang berlaku di China juga menjadi salah satu sebab. 

    Buat masa ini, hanya 25% daripada penganalisis bersetuju serangan ke paras 131.34 yang baru akan berlaku. 65% lagi menjangkakan penurunan ke bawah, manakala baki 10% pula mengambil pendirian neutral. Indikator menunjukkan gambaran yang berbeza sepenuhnya. Kedua-dua indikator trend pada D1 dan pengayun kesemuanya berwarna hijau. Memang benar, 20% daripada pengayun sudah pun berada di zon lebihan belian.

    Sokongan terdekat berada di antara 129.70-130.20, diikuti dengan zon dan paras 128.60, 128.00, 127.50, 127.00, 126.00-126.35 dan 125.00. Sasaran bull adalah untuk memperbaharui paras tertinggi pada 9 Mei lalu iaitu 131.34. Sasaran terakhirnya boleh dilihat untuk berada pada paras 135.19 iaitu paras tertinggi yang dicapai pada 1 Januari, 2002.

    Data kadar KDNK untuk Q1 tahun ini di Jepun akan dikeluarkan pada minggu hadapan, pada hari Rabu, 8 Jun. Indikator ini dijangka akan menunjukkan 0.3% (nilai sebelum ini ialah 0.2%). Penurunan seperti itu akan menjadi satu lagi hujah buat Bank of Japan dalam mengekalkan rangsangan kewangan serta kadar faedah negatif.

MATA WANG KRIPTO: Daripada $8,000 Menjadi $1,555,000 Bagi Setiap 1 BTC

  • Kenaikan kecil nilai bitcoin yang berlaku baru-baru ini telah dilabel sebagai “jerat tipikal bull” oleh sebilangan penganalisis. Jika anda melihat pada carta, kita hanya boleh akui bahawa tekaan mereka adalah tepat: lonjakan mendadak ke paras $32,490 pada awal minggu dan selepas itu turun menjunam, kemudian kembali ke Pivot Point tiga minggu lalu, pada paras $30,000.

    Selain itu, jika kita bandingkan carta BTC/USD serta indeks S&P500, Dow Jones dan Nasdaq, jelaslah bahawa percubaan mata wang kripto utama itu untuk mengalami pertumbuhan telah gagal. Bitcoin sekali lagi mengikuti jejak langkah pasaran saham, walaupun dengan sedikit kelewatan.

    Semasa ulasan ini dibuat, pada petang Jumaat, 3 Jun, jumlah keseluruhan modal pasaran kripto berada pada paras $1.225 trilion ($1.194 trilion seminggu lalu). Indeks Fear & Greed Kripto terperosok jauh di zon Extreme Fear dan berada di sekitar 10 mata (12 mata seminggu lalu). Pasangan BTC/USD didagangkan pada kadar $29,770.

    Menurut satu laporan oleh penganalisis di firma Glassnode, hanya pemilik jangka panjang BTC saja yang tidak hilang kewarasan dalam pasaran bear dan terus membuat pembelian aset tersebut di sekitar nilai $30,000. Proses pengumpulan yang berlaku sekarang melibatkan pemilik walet terutama sekali mereka yang memiliki kurang daripada 100 BTC dan juga lebih daripada 10,000 BTC. Jumlah belian oleh pemilik kurang daripada 100 BTC telah meningkat sebanyak 80,724 BTC, belian oleh pemilik lebih daripada 10,000 BTC - naik sebanyak 46,269 BTC. Dalam masa yang sama, jumlah bilangan walet dengan baki bukan sifar menunjukkan ketiadaan pembeli baru. Situasi yang hampir sama dilihat telah berlaku selepas jualan pada Mei 2021. Tidak seperti jualan pada Mac 2020 dan November 2018 yang diikuti dengan peningkatan aktiviti online dan lonjakan bull yang baru, jualan yang berlaku baru-baru ini tidak merangsang kemasukan pengguna baru.

    Disamping itu, syarikat-syarikat penghasil utama sedikit demi sedikit mula kehilangan kedudukan mereka. Satu laporan analisis oleh Compass Mining menyatakan bahawa kemasukan coin daripada para penghasil telah mencecah paras tertingginya sejak bulan Januari. Hakikatnya kadar keuntungan daripada penghasilan bitcoin telah menurun akibat pengurangan penghasilan serta peningkatan kerumitan pengiraannya. Mereka perlu membayar pinjaman dan lain-lain perkara wajib serta menyokong aktiviti pengoperasian. Maka  syarikat-syarikat penghasil perlu menjual rizab BTC mereka sendiri.

    Kita mengambil pemilik jangka panjang seperti Marathon Digital sebagai contoh. Seperti beberapa syarikat yang lain, syarikat ini telah lama mengalami kerugian, dan ia perlu mendapatkan kira-kira setengah bilion dolar sebelum hujung tahun 2022. Justeru,  Marathon Digital mungkin terpaksa menjual sedikit daripada 10,000 coin BTC miliknya tidak lama lagi.

    Penganalisis Capo yang sebelum ini mengunjurkan nilai bitcoin akan turun di bawah paras $30,000, menjangkakan nilai altcoin dan bitcoin akan jatuh lebih rendah: “Pendapat saya tidak berubah, dan saya jangkakan nilai altcoin akan susut sebanyak 40-60%, dan bitcoin pula susut 25-30%. Kemudian ia akan mengambil antara 1 hingga 3 bulan untuk kembali pulih.” Penganalisis itu maklum bahawa indeks S&P500 kini berada di kawasan dengan paras rintangan yang kukuh (4,150-4,220), dan perkara ini mungkin akan menyebabkan berlakunya trend bearish terhadap kedua-dua pasaran saham dan juga mata wang kripto.

    Seorang lagi pakar strategi kripto yang juga pedagang, Kevin Swanson, tidak bersetuju dengan Capo, beliau menjangkakan nilai bitcoin akan naik kepada $37,000 dalam masa beberapa minggu lagi. Justeru, pergerakan ini akan berselang-seli dengan penurunan mendadak, seperti yang berlaku pada 1 Jun. Pendapat Swanson mengenai perubahan trend ke atas bitcoin adalah berdasarkan kepada tesis beliau yang menyatakan BTC melakukan penurunan sementara ke paras terendah di sekitar $26,700 pada 12 Mei. “Melihat kepada paras terendah tahun 2021 [$29,000],” tulis beliau, “seseorang mungkin akan berfikir nilai bitcoin tidak akan turun ke paras lebih rendah. Hal ini membuatkan saya terfikir bahawa paras terendah [$26,700] mungkin akan menjadi zon sokongan jangka masa panjangnya.”

    Alex Mashinsky, CEO syarikat kripto Celcius percaya bahawa penyusutan nilai di pasaran telah terlalu lama berlaku dan mata wang kripto sedang menunggu untuk trend bulish dengan kenaikan nilai bitcoin sebanyak lapan kali ganda. Dalam temubual bersama Kitco News, beliau menyatakan bahawa pasaran mata wang kripto akan pulih, malah inflasi yang berlaku tidak akan menjadi masalah jangka masa panjang buatnya. “Anda boleh tolak spring sekuat yang mungkin, tetapi lebih kuat anda tekan, lebih jauh ia melantun."

    Ketua syarikat Celsius itu maklum dengan hakikat bahawa lebih banyak bank-bank pelaburan besar terlibat dalam mata wang kripto. “Malah JPMorgan yang kebiasaannya enggan berbincang tentang mata wang kripto telah mengeluarkan laporan sebelum ini, menyatakan bahawa keadaan panik yang berlaku mungkin sesuatu yang ditokok tambah dan menjangkakan nilainya akan pulih kepada $38,000 daripada nilai sekarang.”

    Pada Forum Davos, Scott Maynard, Ketua Pegawai Pelaburan di Guggenheim berpendapat bahawa “nilai fundamental bitcoin” adalah di sekitar $400,000. Jangkaan tinggi seperti itu adalah berpunca daripada kesan “cetakan dolar AS yang tidak terkawal” oleh pihak Rizab Persekutuan AS. Dalam masa yang sama, beliau percaya bahawa pasaran mungkin akan mendapati paras terendah bitcoin berada di sekitar $8,000.

    Ki Young Ju, ketua platform data pasaran CryptoQuant percaya bahawa nilai BTC tidak akan turun di bawah paras $20,000. Kenyataan ini mendapat sokongan para penganalisis dengan komen “sokongan daripada pelabur berinstitusi berada pada paras tertinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini.” Ju merujuk kepada data daripada aktiviti bursa Coinbase Custody. Mengikut cartanya, jumlah bitcoin di bawah pihak pengurusannya telah meningkat secara berterusan untuk 5 suku tahun berturut-turut, daripada Oktober 2020 sehingga Disember 2021. Peningkatannya adalah sebanyak 296% pada penghujung tempoh itu, mencecah 2.2 juta BTC.

    Berdasarkan data yang diperolehi, Ju membuat kesimpulan bahawa untuk menurunkan nilai BTC ke paras $20,000, jualan modal terkumpul dalam tempoh penyatuan perlu dilakukan sehingga ke paras 500 ribu dolar. BTC . Menurut penganalisis kripto itu, pelabur berinstitusi masih belum bersedia untuk mengambil langkah ini. Penganalisis itu menambah bahawa nilai coin itu mungkin sudah mencecah paras terendahnya semasa melalui kitaran penurunan ini.

    Pemodal teroka Tim Draper mengesahkan jangkaan beliau bahawa nilai bitcoin akan mencecah enam angka dalam beberapa bulan akan datang. Beliau mengulangi kenyataan itu dalam temubual terbarunya bahawa coin tersebut akan mencecah nilai $250,000 “menjelang akhir tahun ini atau awal tahun hadapan”. Tim Draper percaya golongan wanita akan mendorong kepada penerimaan serta perkembangan bitcoin, bahawa hakikatnya pertambahan penggunaan mata wang kripto dalam pembelian mereka akan menjadi pemangkin.

    “Sebelum ini nisbahnya ialah 1 wanita dalam 14 pemilik bitcoin, kini ianya sekitar 1 dalam 6 orang pemilik. Saya merasakan akhirnya jumlah itu akan bertambah. Saya maksudkan golongan wanita akan mengawal kira-kira 80% daripada perbelanjaan runcit. Jika secara tiba-tiba kesemua daripada mereka memiliki walet kripto dan membuat pembelian menggunakan bitcoin, segalanya akan berubah. Anda akan dapat lihat harga coin itu akan melebihi nilai $250,000 yang saya anggarkan,” kata pelabur itu.

    Mengikut kaji selidik oleh bank terbesar AS JPMorgan, dinamik kemeruapan nilai emas dan bitcoin bertemu dan ia mula bergerak secara beriringan. Lebih-lebih lagi, penganalisis bank tersebut tidak mengecualikan jumlah keseluruhan modal pasaran kedua-dua aset pelaburan itu akan setara pada masa hadapan kerana di mata pelabur, bitcoin lebih sesuai dijadikan sebagai aset lindung nilai.

    Penganalisis dalam saluran kripto InvestAnswers mempertimbangkan tiga pilihan, dan menurutnya jumlah keseluruhan modal pasaran bitcoin boleh mencecah 40%, 60% atau 100% daripada jumlah keseluruhan modal pasaran emas. Dalam hal ini, nilai BTC masing-masing mampu berada di sekitar $515,000, $786,000 atau $1,300,000 menjelang tahun 2030. Jika kita mengambil ketiga-tiga kombinasi kadar penanda aras yang disebutkan di atas, sasaran nilai purata yang dijangka akan berada di sekitar $867,000.

    Paras sasaran lain yang disebut oleh para penganalisis InvestAnswers adalah dipilih daripada nilai purata pelbagai unjuran oleh Fidelity, ARK Invest dan lain-lain syarikat. Dengan menggabungkan sebahagian daripada model kripto terkenal, mereka menyimpulkan bahawa kadar BTC akan berada di sekitar $1,555,000 untuk setiap 1 coin.

 

Kumpulan Analisis NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami