September 2, 2022

Sebut harga pasangan mata wang, mata wang kripto, saham, emas, dan lain-lain aset adalah dipengaruhi oleh bermacam-macam peristiwa berbeza yang berlaku di seluruh dunia. Antaranya adalah pilihan raya parlimen dan pilihan raya presiden, keputusan yang diambil Bank-Bank Persekutuan, penerbitan data makroekonomi, dan bermacam-macam lagi faktor lain. Keterangan dan juga tarikh mengenai perkara-perkara yang disebutkan tadi ada dicatatkan pada Kalendar Ekonomi di laman web broker NordFX pada bahagian ALATAN. Bukanlah sesuatu yang disengajakan kalendar tersebut diletakkan di bahagian itu kerana ia boleh menjadi alat berguna buat pedagang bagi menambah jumlah pulangan serta mengelakkan “kejutan” tidak menyenangkan yang boleh menghentikan order stop dan malah kehilangan wang deposit.

Apa yang Dipaparkan di Kalendar

Mari lihat dengan teliti pada setiap bahagian di Kalendar Ekonomi. Di bahagian paling atas, anda boleh buat pilihan untuk tarikh-tarikh tertentu bagi melihat statistik atau biarkan pilihan sedia ada iaitu “All”. Dalam hal ini, anda akan dapati kalendar yang tersedia dipapar adalah untuk sepanjang minggu tersebut.

Menekan butang elipsis menegak di bahagian kanan akan membuka menu tetapan. Di sini, anda boleh:

- menetapkan masa kejadian mengikut zon masa anda; 

- menyusun peristiwa mengikut tahap kepentingan (black asterick menandakan peristiwa paling penting yang boleh mengakibatkan kemeruapan tinggi di pasaran; manakala white asterick pula menandakan peristiwa yang kurang penting);        
­- serta memberi keutamaan kepada negara yang penting dalam dagangan anda. Sebagai contoh, jika anda berdagang pasangan EUR/USD dan GBP/USD, anda mungkin hanya berminat dengan berita mengenai EUR, USD, dan GBP saja supaya tidak terganggu dengan maklumat lain yang tidak berguna. (Namun begitu, sila ingat bahawa sebut harga pasangan-pasangan ini juga boleh terjejas kesan daripada peristiwa-peristiwa lain, seperti yang berlaku pada ekonomi China).

Bahagian-bahagian seperti berikut boleh didapati dalam ruangan Kalendar Ekonomi:

- Tarikh. Hari dan masa yang tepat untuk berlakunya sesuatu perkara atau pengeluaran statistik. Seperti yang dinyatakan tadi, anda boleh (dan seharusnya) menetapkannya mengikut zon masa anda pada bahagian tetapan.

- Mata Wang. Semua peristiwa yang berlaku di negara yang mengeluarkan mata wang pilihan anda akan dipaparkan di sini. Sehubungan itu, ia akan memberi kesan terhadap sebut harga pasangan-pasangan yang melibatkan mata wang ini, dan mungkin juga, sebut harga pasangan bersilang.

- Mesej. Ruangan untuk peristiwa itu sendiri. Jika anda klik padanya, satu menu dengan maklumat tambahan akan dibuka, dan di situlah anda boleh mengetahui lebih lanjut tentangnya, bagaimana biasanya ia memberi kesan terhadap sebut harga mata wang, berapa kerap ia dikeluarkan, dan banyak lagi.

- Impak. Semua peristiwa yang ada di dalam Kalendar Ekonomi disusun mengikut tahap kepentingannya. Lebih penting sesuatu peristiwa itu, lebih kuat reaksi yang diberi pasaran.

- Sebenar. Ini adalah nilai sebenar indikator setelah berlakunya sesuatu peristiwa. Arah trend atau peningkatan kadar kemeruapan bergantung kepada nilai ini.

- Unjuran. Nilai indikator yang diunjur. Kebiasaannya, kami memberi perhatian kepada nilai unjuran untuk memahami apakah trend yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

- Sebelum. Ini adalah nilai indikator yang sama untuk tempoh laporan sebelumnya. Dengan membandingkan nilai unjuran semasa dan sebelumnya, anda dapat menghasilkan terus strategi dagangan sendiri.

Kalendar Ekonomi: Apakah Kegunaannya dan Bagaimana Menggunakannya1

Cara Berdagang Menggunakan Kalendar Ekonomi

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pertama sekali anda perlu menonjolkan peristiwa paling penting yang akan berlaku sepanjang minggu atau pada hari-hari tertentu. Bagi mereka yang terlibat dalam dagangan piping atau scalping, mungkin peristiwa yang ditandakan dengan bintang berwarna hitam sepenuhnya, atau yang diwarnakan hitam separuh, malah mungkin peristiwa yang tidak diwarnakan langsung adalah penting buat mereka. Bagi pedagang yang menggunakan strategi lebih santai, memfokuskan hanya pada peristiwa yang penting mungkin lebih masuk akal.  

Contoh untuk peristiwa penting termasuklah mesyuarat Bank-Bank Persekutuan. Ini adalah peristiwa yang sangat penting kerana mata wang memberikan reaksi yang agak kuat terhadap perubahan polisi kewangan atau desas-desus mengenai pelan untuk mengubahnya pada masa akan datang. Sehubungan itu, apabila anda melihat peristiwa seperti ini pada kalendar, anda boleh menganalisis keadaannya terlebih dahulu, membiasakan diri dengan ramalan yang diterbitkan di laman web NordFX secara berkala, dan mempersiapkan diri dengan menghasilkan strategi yang diperlukan.

Sebagai contoh, mari lihat kepada keputusan yang diambil oleh pihak Rizab Persekutuan AS antara tahun 2020-2022. Sepanjang tempoh berlakunya pandemik COVID-19, penggubal dasar ini mengenakan polisi kewangan yang longgar (QE) bagi menyokong ekonomi di negara itu, menurunkan kadar pinjaman persekutuan serta melambakkan pasaran dengan sejumlah besar wang murah. Hasilnya, pasaran saham mula berkembang, manakala pasaran dolar pula adalah sebaliknya, nilainya mula susut.

Bekalan wang yang berlebihan telah menyebabkan kadar inflasi meningkat ke tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini, dan pihak Rizab Persekutuan terpaksa menamatkan polisi pelonggaran kuantitatif (QE) dovish mereka bagi mengekangnya dan beralih pula kepada polisi pengetatan kuantitatif (QT) yang bersifat hawkish serta menaikkan kadar faedah. Disebabkan itu, Indeks Dolar DXY menunjukkan kadar pertumbuhan yang memberangsangkan berbanding enam mata wang asing utama yang lain. Nilai mata wang AS menjadi lebih tinggi berbanding euro (EUR), yen Jepun (JPY), pound British (GBP), dolar Kanada (CAD), krona Sweden (SEK), franc Swiss (CHF) dan lain-lain mata wang yang terus kekal mengenakan polisi lebih longgar oleh bank persekutuan di negara mereka.


Semasa merancang pelan tindakan berdasarkan kepada statistik makroekonomi dan juga analisis fundamental, adalah mustahak untuk mengambil kira jangkaan awal pasaran yang dimasukkan ke dalam ramalan. Dalam pada itu, menjadi kebiasaan untuk pasaran memasukkan sebarang ramalan (malah juga khabar angin) ke dalam sebut harganya terlebih dahulu, namun peristiwa itu sendiri tidak memberikan reaksi seperti yang mereka jangka. Contohnya, andaikan bahawa pasaran menjangkakan pihak Rizab Persekutuan AS mungkin akan menaikkan kadar faedah mereka sebanyak 0.75% pada mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) yang berikutnya. Nilai mata wang AS mula mengalami pertumbuhan disebabkan jangkaan ini. Namun setelah bermesyuarat, rupa-rupanya penggubal dasar itu sebenarnya hanya menaikkan kadarnya sebanyak 0.50% dan bukannya 0.75%. Kadar faedah dilihat naik, tapi nilai dolar pula susut dengan tiba-tiba. Kenapa? Ini berlaku kerana unjuran yang telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam sebut harga tidak dapat dipenuhi. Maka anda perlu mengambil kira pergerakan harga sebenar jika perkara ini berlaku atau data yang dikeluarkan adalah berbeza daripada nilai statistik purata.

Bilakah masa yang sesuai untuk membuat dagangan? Jika anda menggunakan Kalendar Ekonomi, masa terbaik untuk membuka posisi adalah kira-kira sejam setengah sebelum berita disiarkan. Pasaran masih lagi tenang pada waktu ini, dan dagangan juga boleh dibuat mengikut harga pasaran semasa. Membuat dagangan setelah berita tersebar sangat-sangatlah berisiko kerana pertama sekali, kadar kemeruapannya mungkin sudah meningkat. Yang kedua, kadar spread di pasaran biasanya bertambah sepanjang tempoh itu. Justeru, membuat dagangan selepas peristiwa penting berlaku adalah sangat tidak digalakkan atau biasanya dilarang oleh pihak broker. (Nasihat ini tidak terpakai untuk dagangan dan juga strategi scalping).

"Black Asterisks" pada Kalendar

Peristiwa manakah yang perlu anda berikan tumpuan? Seperti yang sudah dinyatakan, di mana-mana bahagian pada kalendar yang telah ditandakan sepenuhnya dengan simbol asterik hitam, pertama sekali, ia membawa maksud mesyuarat Bank-Bank Persekutuan. Walaupun jika kadar faedah tidak berubah, Bank-Bank Persekutuan sentiasa memiliki set alatan untuk menyelia polisi kewangan mereka. Ia juga amat penting untuk mendengar dengan teliti komen-komen daripada wakil-wakil dan juga ketua-ketua penggubal dasar tersebut. Mungkin mereka ada memberi bayangan tentang hala tuju serta tindakan yang mungkin diambil oleh Bank Persekutuan pada masa hadapan.

Menjadi kebiasaan, statistik makroekonomi ditunjukkan dalam bentuk bulanan, suku tahun, atau tahunan. Anda boleh melihat data kadar KDNK sesuatu negara pada kalendar. Namun, data KDNK adalah satu indikator susulan. Dalam hal ini indeks seperti Purchasing Managers Index (PMI) adalah indikator duluan. Indikator-indikator ini mencerminkan keadaan sektor industri dan perkhidmatan berdasarkan kaji selidik terhadap pengurus pembelian, serta menjadi barometer sesuatu ekonomi, menunjukkan kadar pertumbuhan atau pembantutannya.

Kelompok indikator penting yang seterusnya adalah data inflasi. Mengambil Indeks Harga Pengguna CPI sebagai contoh, indikator ini merekodkan perubahan paras harga bagi kumpulan barangan ataupun perkhidmatan sepanjang tempoh yang ingin dilaporkan. Maka, indeks CPI menjadi indikator awal untuk inflasi pengguna, dan memberi bayangan tentang perubahan kos hidup di sesuatu negara serta kuasa membeli mata wang negara tersebut. Keadaan pasaran pengguna juga ditunjukkan oleh data jualan runcit.

Satu lagi segmen penting dalam ekonomi adalah pasaran buruh. Data ini kebiasaannya melibatkan kadar pengangguran, jumlah pekerjaan baru (contohnya, NFP iaitu Nonfarm Payrolls di AS), dan perubahan pada tangga gaji. Statistik-statistik ini mampu memberi kesan kuat kepada sebut harga kerana mencapai jumlah tenaga buruh pada tahap optimum serta mengurangkan kadar inflasi adalah tugas utama penggubal dasar sesuatu negara itu.

Hari Hitam di Kalendar

Apabila menggunakan Kalendar Ekonomi, anda perlu fahami bahawa adalah mustahil untuk meramal kejadian force majeure lebih awal, contohnya, tercetusnya permusuhan, bencana alam, serangan pengganas, skandal politik atau tindakan tanpa disangka oleh penggubal dasar.

Sebagai contoh, mari ingat semula:

- peperangan di Iraq pada tahun 2003 dan serangan Rusia ke atas Ukraine pada tahun 2022 yang mengakibatkan krisis bahan api,

- kejadian tsunami yang menjadi punca kepada bencana kepada loji jana kuasa nuklear Jepun iaitu "Fukushima Daiichi" pada tahun 2011,

- serangan udara ke atas bangunan World Trade Center di New York oleh pengganas pada tahun 2001,

- skandal seks yang mendorong kepada perletakan jawatan Perdana Menteri British pada tahun 2022,

- kejadian "Black Thursday" pada 15 Januari, 2015 apabila kebanyakan pelabur-pelabur utama dalam pasaran kewangan menjadi muflis dalam sekelip mata akibat penilaian semula mata wang franc Perancis sebanyak 40% yang berpunca daripada keputusan oleh Bank Negara Switzerland.

Seperti perkara-perkara lain, kejadian force majeure ini boleh menjadikan anda kaya (jika posisi dibuka pada mata wang dan arah yang betul semasa kejadian berlaku), atau benar-benar merugikan anda jika keadaan tidak menyebelahi anda. Maka, kami mengandaikan adalah perlu untuk mengingatkan anda mengenai pengurusan wang dan juga order stop-loss. Order take-profit juga seharusnya tidak dilupakan: anda mungkin tiada masa untuk menutup posisi yang sedang memberi pulangan, dan apabila harganya berubah, ia mungkin akan bergerak ke arah bertentangan.

Siapa Lagi yang Perlukan Kalendar Ekonomi Forex

Walaupun alatan ini sering dipanggil sebagai kalendar Forex, ia bukan saja berguna untuk mereka yang berdagang mata wang, malah juga untuk mereka yang menjalankan transaksi ke atas mata wang kripto, indeks saham, saham-saham syarikat, emas, perak, dan minyak mentah. Mengapa? Bandingkan carta aset-aset tadi, dan anda akan tahu jawapannya sendiri. Semua pasaran sedikit sebanyak berkait antara satu sama lain, sama ada secara langsung ataupun songsang. Sebagai contoh, kadar inflasi di AS telah memaksa pihak Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah mereka, perkara ini telah mendorong kepada pertumbuhan nilai dolar, tetapi mengurangkan kadar sebut harga aset berisiko seperti saham dan mata wang kripto.

Alatan seperti kalendar ini juga amat diperlukan oleh mereka yang membuat analisis teknikal dan juga grafik secara eksklusif. Hakikatnya kadar kemeruapan di pasaran boleh naik mendadak apabila statistik makro penting dikeluarkan, ianya menjejaskan corak grafik trend serta mengakibatkan indikator menjadi huru-hara. Dalam hal ini, kalendar yang disediakan dapat membantu para pedagang daripada masuk ke dalam pasaran semasa berlakunya keadaan kacau-bilau ini, justeru, mengurangkan risiko kerugian modal.


« ARTIKEL BERGUNA
Ikuti Kami