April 17, 2023

NordFX Menang Dua Pencalonan di Anugerah Finance Derivative1 

Majalah Finance Derivative telah mengumumkan para pemenang bagi Anugerah untuk tahun 2023. Antara pemenangnya adalah syarikat broker NordFX yang merangkul kejayaan dalam dua kategori sekaligus: “Syarikat Broker Forex Paling Telus UAE 2023” dan “Program Affiliate Forex Terbaik Asia Tenggara 2023".

Finance Derivative adalah sebuah media cetak dan majalah online yang menerbitkan berita-berita serta rangkuman mengenai industri kewangan. Ia mula diterbitkan pada tahun 2017 dan memberi maklumat tentang teknologi kewangan, pelaburan, perbankan serta lain-lain topik yang berkaitan dengan sektor kewangan kepada para pembacanya. Para pembaca Finance Derivative termasuklah golongan profesional industri kewangan, antaranya ahli-ahli bank, pedagang, penganalisis, perunding, pelabur, dan juga pengurus-pengurus kewangan.

Selain daripada penerbitan majalah, Finance Derivative turut menganjurkan Anugerah tahunan mereka bagi meraikan pencapaian cemerlang dalam industri kewangan. Terdapat beberapa kategori dalam anugerah tersebut, seperti “Bank Terbaik”, “Dana Pelaburan Terbaik”, “Syarikat Startup Kewangan Terbaik”, “Broker Terbaik” dan lain-lain lagi. Anugerah-anugerah ini telah diberikan oleh sekumpulan wartawan dan penganalisis dalam industri kewangan yang menjalankan analisis serta penilaian menyeluruh terhadap calon-calon dan memutuskan para pemenangnya. Pemenang sebelum ini termasuklah organisasi terkemuka dunia seperti Barclays Bank dan JPMorgan Chase, dana pelaburan BlackRock, Visa dan juga sistem bayaran Revolut.

Untuk tahun 2023, syarikat broker NordFX adalah antara pemenangnya. «Finance Derivative ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan serta pengiktirafan khusus di atas prestasi cemerlang dan dedikasi yang menakjubkan. Untuk menghargai prestasi cemerlang yang ditunjukkan, kami dengan rasa bangga ingin mengumumkan syarikat NordFX sebagai Pemenang pada tahun 2023 dalam kategori “Syarikat Broker Forex Paling Telus UAE 2023” dan “Program Affiliate Forex Terbaik Asia Tenggara 2023".

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami