April 22, 2023

EUR/USD: Unjuran Kadar: USD +0.25%, EUR +0.50%  

  • Disebabkan kurangnya berita ekonomi yang membawa erti, kebelakangan ini dinamik EUR/USD ditentukan oleh kenyataan daripada wakil-wakil penggubal dasar utama berkenaan kenaikan kadar faedah mereka menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS dan ECB yang dijadual akan diadakan masing-masing pada 2/3 Mei dan juga 4 Mei.

    Kadar indeks dolar A.S (DXY) melonjak naik berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil Rizab Persekutuan iaitu Christopher Waller yang mengatakan bahawa walaupun polisi kewangan paling agresif diperketatkan sejak 1980-an, Rizab Persekutuan “masih belum menunjukkan sebarang kemajuan” dalam mengembalikan kadar inflasi ke paras sasaran iaitu 2%, dan kadar faedah masih perlu dinaikkan. Disebabkan itu, indeks DXY menembusi paras rintangan 102.00 pada hari Isnin, 1 April dan mencecah paras 102.22.

    Raphael Bostic, Presiden Bank Rizab Persekutuan Atlanta dilihat menyokong kenyataan rakan sejawatnya itu, namun dalam masa yang sama berkata “kenaikan sekali lagi kadar faedah sudah cukup untuk kami berhenti sejenak bagi melihat sejauh mana kesan polisi kami terhadap ekonomi."

    Menurut Presiden Bank Persekutuan Philadelphia iaitu Patrick Harker, Bank Persekutuan AS mungkin akan berhenti menaikkan kadar faedah mereka tidak lama lagi, dan tiada sebarang tindakan mungkin akan diambil untuk hampir setahun setengah selepas itu. “Disebabkan oleh kesan penuh pelan tindakan polisi kewangan terhadap ekonomi boleh mengambil masa sehingga 18 bulan, kita akan terus membuat analisis terhadap data sedia ada dengan berhati-hati untuk menentukan apakah langkah yang boleh diambil seterusnya,” jelas Harker, mengulas sebahagian daripada Inisiatif Undang-Undang dan Polisi kewangan Wharton.

    Seorang lagi ahli FOMC (Federal Open Market Committee) yang juga Presiden Bank Rizab Persekutuan Cleveland iaitu Loretta Mester bersetuju bahawa Rizab Persekutuan sudah berada di penghujung kitaran kenaikan kadar faedahnya. Namun, disebabkan inflasi di AS masih berada pada kadar yang tinggi, Mester percaya bahawa “kadar faedah perlu dinaikkan sehingga melebihi paras 5% dan dikekalkan pada kadar itu untuk seketika.” Dalam masa yang sama, Mester tidak menyatakan dengan tepat kadar sebenar yang “melebihi” 5% itu (kadar semasa sudah pun 5%) dan apakah tempoh sebenar yang dimaksudkan dengan “seketika." 

    Hari Rabu, 19 April, Beige Book telah dikeluarkan: ulasan ekonomi oleh pihak Rizab Persekutuan berdasarkan dokumen laporan daripada 12 Bank Rizab Persekutuan yang menjadi asas kepada pembentukannya. Analisis terhadap kandungan dokumen tersebut boleh disimpulkan seperti berikut: 1) keadaan ekonomi dilihat agak tenang untuk beberapa minggu, manakala inflasi terus berada pada kadar yang tinggi; 2) kadar pertumbuhan gaji sedikit perlahan tetapi masih pada kadar yang tinggi; 3) kadar harga secara keseluruhannya meningkat dengan sederhana sepanjang tempoh laporan itu, namun begitu kelajuan kadar pertumbuhan harganya dilihat agak perlahan.

    Mengambil kira isi kandungan Beige Book serta kenyataan ahli-ahli FOMC, pasaran membuat kesimpulan bahawa penggubal dasar itu akan menaikkan kadarnya sebanyak 25 bp (mata asas) lagi semasa bermesyuarat pada 2/3 Mei nanti, dan berhenti daripada mengambil sebarang tindakan selepas itu. Mengikut ramalan WIRP, kebarangkalian untuk kenaikan kadar faedah seperti itu adalah kira-kira 90% sekarang, berbanding 80% pada permulaan minggu dan 50% pada awal bulan April. Perkara ini sudah pun diambil kira ke dalam harganya. Sebut harganya masih lagi mengambil kira kadar itu akan dipotong sekali pada penghujung tahun (sebelum ini dua kali pemotongan dijangka).

    Keadaan yang lebih jelas mungkin dapat dilihat pada awal musim panas nanti. Namun terdapat dua lagi laporan kadar pekerjaan, dua laporan CPI/PPI serta satu lagi laporan jualan runcit yang akan dikeluarkan antara tempoh 2/3 Mei dan mesyuarat pada 13/14 Jun nanti. Jelaslah bahawa kesemua data ini boleh memberi kesan serius terhadap masa depan polisi Rizab Persekutuan.

    Untuk situasi di seberang Laut Atlantik, kadar Indeks Harga Pengguna (CPI) yang telah dikeluarkan pada hari Rabu, 19 April menunjukkan bahawa kadar inflasi di Eurozone susut daripada 8.5% kepada 6.9% untuk tahun ke tahun. Namun disebabkan penurunan ini konsisten sepenuhnya dengan apa yang telah diunjurkan, ia tidak memberi banyak kesan terhadap sebut harga pasangan ini.

    Minit mesyuarat polisi kewangan pihak ECB untuk bulan Mac telah dikeluarkan pada keesokan harinya, Khamis, 20 April. Mengikut dokumen tersebut, kebanyakan majoriti ahli-ahli Lembaga Gabenor bersetuju dengan cadangan Ketua Pakar Ekonomi iaitu Philip Lane untuk menaikkan kadar faedah utama mereka sebanyak 50 bp, menjadikan kadar itu mencecah 4.00%.

    Situasi yang dinyatakan di atas telah mendorong kepada hakikat bahawa kadar Indeks Dolar DXY mengalami penggabungan di sekitar paras 101.70-102.00, manakala kedudukan EUR/USD kekal berada pada julat antara 1.0910-1.1000. Kadar indeks S&P Global memberi sumbangan kecil pada penghujung minggu bekerja, ia menyiarkan data awal kadar Indeks Pengurusan Pembelian (PMI) di AS untuk bulan April. Dengan unjuran sebanyak 52.8 dan kadar 52.3 untuk nilai sebelum ini, kadar Komposit PMI berada pada paras 53.7 yang dapat memberi sokongan kepada sikap optimis tertentu berkenaan keadaan ekonomi di A.S. Namun ia tidak kekal lama. Akibatnya, kedudukan terakhir EUR/USD berada hampir pada had atas saluran mingguan, di sekitar 1.0988.

    Semasa ulasan ini dibuat, pada malam Jumaat, 21 April, pendapat para penganalisis hampir terbahagi sama rata: 35% daripada mereka menjangkakan nilai dolar akan terus lemah, 35% - nilainya menjadi kukuh, dan baki 30% lagi berpendirian neutral. Untuk analisis teknikal, semua indikator trend pada D1 adalah berwarna hijau, untuk pengayun pula, warna hijau merangkumi 85%, 15% adalah berwarna merah. Sokongan paling hampir untuk pasangan ini berada di sekitar paras 1.0925-1.0955, kemudian 1.0865-1.0885, 1.0740-1.0760, 1.0675-1.0710, 1.0620 dan 1.0490-1.0530. Bull akan berdepan rintangan di sekitar 1.1000-1.1015, kemudian 1.1050-1.1070, selepas itu 1.1110, 1.1230, 1.1280 dan 1.1355-1.1390.

    Kami jangkakan terdapat pelbagai statistik ekonomi akan dikeluarkan pada minggu depan, terutamanya dari Amerika Syarikat. Kadar Indeks Keyakinan Pengguna AS akan dikeluarkan pada hari Selasa, 25 April. Esoknya, statistik jumlah pesanan bagi barangan modal dan tahan lama di Amerika Syarikat akan diketahui. Pada hari Khamis, 27 April, data pengangguran serta kadar KDNK akan diketahui, manakala hari Jumaat - kadar perbelanjaan peribadi di Amerika Syarikat akan diketahui. Pada penghujung minggu bekerja, terdapat banyak juga maklumat mengenai keadaan ekonomi di Jerman, penggerak utama ekonomi EU akan diketahui. Antaranya ialah indikator KDNK negara itu, data pengangguran, serta indikator penting seperti kadar inflasi dan Indeks Harga Pengguna (CPI). Walau bagaimanapun, satu perkara yang dijangka tidak akan diketahui pada minggu hadapan ialah ucapan daripada wakil Rizab Persekutuan kerana tempoh senyap akan bermula pada 21 April dan berterusan sehingga sidang akhbar oleh Pengerusi Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell selepas selesai mesyuarat bulan Mei, dan tiada kenyataan lain yang akan dikeluarkan pada waktu itu.

GBP/USD: Segalanya Tidak Begitu Teruk, Namun Tidak Begitu Baik Juga

  • Data mengenai inflasi di United Kingdom untuk bulan Mac yang telah dikeluarkan pada hari Rabu, 19 Mei, rupa-rupanya tidaklah begitu teruk, namun ia tidaklah begitu baik: untuk bulan Mac, kadar CPI susut daripada 10.4% kepada hanya 10.1% tahun ke tahun, dan pasaran pula menjangkakan penurunan ke paras 9.8%. Hakikat bahawa harga pengguna terus bertambah telah memberi sebab untuk Bank of England (BoE) terus menaikkan kadar faedah mereka. Perkara ini sebaliknya memberi sedikit sokongan kepada mata wang British.

    Kadar terlaras bermusim Indeks Pengurusan Pembelian CIPS/S&P Global dalam sektor pembuatan di UK yang diunjur pertumbuhannya kepada 48.5 sebenarnya susut daripada 47.9 kepada 46.6 sepanjang bulan lalu. Namun sebaliknya, kadar awal Indeks aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan memberi kejutan: dengan nilai untuk bulan Mac dan unjuran sebanyak 52.9, kadarnya naik kepada 54.9 untuk bulan April. Justeru, kadar indeks komposit PMI menjadi bertambah baik daripada 52.2 pada bulan Mac kepada 53.9 pada bulan April.

    Memberi kenyataan terhadap hasil positif seperti ini, pakar ekonomi di Chartered Institute of Procurement and Supply (CIPS) UK iaitu Dr. John Glen berkata ini adalah proses pemulihan paling cepat untuk tahun ini, ia menunjukkan “syarikat-syarikat mengambil peluang terhadap ruang pemulihan yang ada pada ekonomi UK, dan tahap aktiviti naik mendadak disebabkan oleh pesanan baru dan juga prestasi rangkaian bekalan yang bertambah baik."

    Jabatan Statistik Kebangsaan UK dalam laporan yang dikeluarkan pada hari Jumaat, 21 April menyebut bahawa kadar jualan runcit susut 0.9% pada bulan Mac setelah naik 1.1% pada bulan Februari. Data sebenar yang lebih lemah berbanding unjuran iaitu penurunan kepada 0.5% telah memberi tekanan kepada pound.

    GBP/USD memulakan tempoh lima hari dagangan pada paras 1.2414, dan berakhir di sekitar 1.2442, menunjukkan pergerakan mendatar disebabkan oleh statistik yang pelbagai. Buat masa ini, 45% penganalisis memihak kepada pound dan menjangkakan pertumbuhan lebih tinggi pasangan ini, 35% pula memihak kepada dolar dan 20% lagi bersetuju dengan trend mendatar. Dalam kalangan pengayun pada D1, keseimbangan skala adalah seperti berikut: 35% memihak warna hijau, 25% berwarna merah dan 40% lagi menunjukkan warna kelabu neutral. 100% indikator trend memihak kepada warna hijau. Sokongan untuk pasangan ini berada pada paras dan zon 1.2390-1.2400, 1.2330, 1.2275, 1.2200, 1.2145, 1.2075-1.2085, 1.2000-1.2025, 1.1960, 1.1900-1.1920, 1.1800-1.1840. Jika pasangan ini bergerak ke atas, ia akan berdepan rintangan pada paras 1.2450-1.2480, 1.2510-1.2540, 1.2575-1.2610, 1.2700, 1.2820 dan 1.2940.

    Tiada sebarang statistik penting mengenai keadaan ekonomi di UK yang dijangka akan dikeluarkan pada minggu depan.

USD/JPY: Tiada Kejutan Dijangka Daripada BoJ

  • Kedudukan USD/JPY naik ke paras paling tinggi dalam masa enam minggu, mencecah ketinggian 135.13 pada 19 April. Penyusutan nilai yen diburukkan lagi dengan data defisit dagangan Jepun untuk tahun fiskal 2022 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Defisitnya berjumlah $160 bilion, mencipta satu anti rekod sejak tahun 1979. Dalam masa yang sama, mood berkenaan laporan separuh tahunan Bank of Japan yang dikeluarkan pada 21 April dilihat agak positif kerana “sistem kewangan Jepun secara keseluruhannya masih lagi stabil,” dan penurunan kadar inflasi untuk mencapai sasaran 2% seperti yang dijangka berjalan seperti biasa mengikuti kesemua kenyataan.

    Mesyuarat penting Bank of Japan (BoJ) akan diadakan pada minggu depan, Jumaat, 28 April. Penting bukan disebabkan terdapat keputusan revolusioner yang mungkin akan dibuat, tetapi kerana ia akan dipengerusikan buat kali pertama oleh Gabenor Bank Negara yang baru iaitu Haruhiko Kuroda. Memetik beberapa sumber yang dipercayai, Reuters melaporkan bahawa penggubal dasar itu mungkin akan mengekalkan polisi kewangan tersangat longgar pada mesyuarat kali ini tanpa membuat sebarang perubahan pada kadar faedah yang disasarkan serta julat hasil perolehannya. Jika diingat kadarnya berada pada paras negatif -0.1%, dan kali terakhir kadar tersebut dipinda adalah pada 29 Januari, 2016, apabila diturunkan sebanyak 20 bp.

    Tiga faktor penting yang boleh memberi sokongan kepada yen: kehadiran pelabur-pelabur aset berisiko, nilai dolar yang lemah akibat polisi kewangan Rizab Persekutuan yang longgar serta penurunan hasil bon Perbendaharaan. Jika diingat terdapat korelasi secara langsung antara bon sepuluh tahun AS dan juga USD/JPY. Jika hasil bon Perbendaharaan berkurang, nilai yen akan menunjukkan pertumbuhan, dan pasangan ini akan membentuk trend ke bawah. 

    Pasangan USD/JPY mengakhiri minggu lalu pada paras 134.12. Berkenaan prospek jangka masa pendek, pendapat penganalisis adalah seperti berikut. Buat masa ini, 35% penganalisis bersetuju dengan pertumbuhan pasangan itu, 65% menunjukkan arah bertentangan, menjangkakan nilai yen menjadi lebih kukuh. Dalam kalangan pengayun, 90% menunjukkan pada arah D1 (10% daripadanya sudah berada di zon lebihan belian), baki 10% lagi kekal neutral. 75% daripada indikator trend menunjukkan pertumbuhan, 25% bersetuju dengan penurunan. Sokongan terdekat pasangan ini berada di zon 134.00, diikuti dengan paras dan zon 132.80-133.00, 132.00-132.40, 131.25, 130.50-130.60, 129.65, 128.00-128.15 dan 127.20. Rintangan berada pada paras dan zon 134.75-135.15, 135.90-136.00, 137.00, 137.50 dan 137.90-138.00.

    Mesyuarat BoJ serta sidang akhbar oleh barisan pimpinan penggubal dasar itu selepasnya telah dinyatakan di atas. Tiada sebarang statistik penting mengenai keadaan ekonomi di Jepun yang dijangka akan dikeluarkan pada minggu depan.

MATA WANG KRIPTO: Nilai Bitcoin Susut, Sikap Optimis Berkembang

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 24 – 28 April, 20231

  • Bull telah bergelut untuk mengekalkan kedudukan BTC/USD di atas paras sokongan $29,000 sejak 10 April lalu. Namun, nilainya tetap jatuh pada hari Khamis, 20 April, membawa sekali lain-lain mata wang kripto bersama-sama ke bawah serta mengakibatkan gelombang penutupan posisi long. Tiada sebab kukuh yang menyebabkan kepada susut nilai ini, mendapat gelaran cantik Coinglass. Sesetengah penganalisis percaya bahawa disebabkan tidak banyak khabar angin yang tersebar, isyarat teknikal memainkan peranannya. Mungkin ada antara pertumbuhan kadar Indeks Dolar DXY yang berlaku pada 14-17 April lalu memberi kesan penting. Namun begitu, menurut kebanyakan penganalisis, prospek bagi bitcoin dilihat agak optimis walaupun nilainya jatuh, dan perkara ini disahkan oleh metrik-metrik rangkaian serta faktor-faktor makroekonomi. Peningkatan selera para pelabur adalah disebabkan oleh permulaan baik yang ditunjukkan mata wang terunggul ini, dengan perolehan hasil sebanyak 70% pada Q1. Hasil terbaik ini menyebabkan penganalisis di Goldman Sachs menggelarnya sebagai aset kewangan paling efektif untuk tahun 2023.

    Menurut agensi analisis Glassnode, jumlah pemilik dengan pemilikan jangka panjang (alamat coin yang terbiar lebih daripada 155 hari) melonjak kepada 14.2 juta BTC walaupun bursa FTX runtuh dan penyeliaan kripto yang lebih ketat. Pertambahan jumlah ini tidak begitu jauh daripada jumlah paling banyak yang pernah direkodkan, mencadangkan bahawa pemilik coin berharap nilainya akan bertumbuh pada masa hadapan.

    Buat masa ini, tiada sebarang pemahaman yang jelas mengenai masa depan polisi kewangan Rizab Persekutuan AS. Namun tindak-tanduk penggubal dasar mega Amerika yang akan menjadi penentu kepada kadar tukaran dolar, dan seterusnya, menentukan pada arah manakah BTC/USD akan bergerak di skala. Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad yang terkenal sekali lagi menyatakan pada minggu lalu tentang sektor kewangan yang pasti akan bergolak dan menyeru para pelabur supaya lebih banyak melabur dalam bitcoin, emas dan perak. Ahli perniagaan itu berjanji akan menambah jumlah simpanan mata wang digital miliknya tidak lama lagi kerana beliau tidak percaya dengan pihak Rizab Persekutuan AS serta polisi-polisi ekonomi pimpinan Joe Biden. Mengikut jangkaan Kiyosaki, jika modal besar lebih aktif mengalir ke dalam emas fizikal dan juga digital, nilainya masing-masing akan naik kepada $5,000 dan $500,000 menjelang tahun 2025.

    Menurut Glassnode, perlu diketahui bahawa koefisien korelasi antara XAU dan BTC telah meningkat dan kini sudah melebihi 0.85. Hubungan bitcoin dengan aset selamat klasik seperti itu boleh memberi sokongan padu kepadanya kerana nilai emas sudah pun hampir dengan paras tertinggi dan sedang dalam proses untuk memperbaharuinya.

    Ramalan Ark Invest adalah lebih jauh ke hadapan berbanding jangkaan Robert Kiyosaki dan menyebut tempoh masa untuk nilai bitcoin mencecah $1 juta. “Dalam dekad seterusnya, nilai bitcoin mampu untuk mencecah $1 juta kerana ekonomi digital akan berkembang,” jelas Yassine Elmandjra, seorang penganalisis di syarikat itu. Beliau mengaku bahawa unjuran pertumbuhan nilai coin sebanyak 30x dilihat sebagai tidak masuk akal, tetapi ianya “agak munasabah” jika melihat pada sejarah lampau pembangunan mata wang kripto.

    Menurut penganalisis Ark Invest itu, kenyataan yang menyebut sudah terlalu lewat untuk melabur dalam BTC adalah salah. Penganalisis itu maklum dengan prestasi memberangsangkan bitcoin sejak akhir-akhir ini, dan adalah wajar untuk menjadikan emas digital tersebut sebagai satu komponen menarik dalam portfolio pelaburan sekarang. Menurut Elmandjra, bahagian bitcoin dalam pelaburan berinstitusi yang munasabah adalah antara 2.5% dan 6.5%, bergantung kepada pulangan keseluruhan portfolio serta selera risiko.

    Bobby Lee, pengasas aplikasi Ballet dan juga seorang CEO di bursa kripto BTCC China mengambil pendirian yang agak sama. Pada pendapat beliau, berlatarbelakangkan kepada krisis perbankan, mata wang digital telah menunjukkan kualiti-kualiti yang ada pada aset selamat. “Orang ramai telah mula sedar bahawa wang mereka bukan hanya disimpan di dalam bank. Bank-bank berinstitusi membiayai syarikat dan firma-firma lain dengan dana-dana ini. Mata wang kripto seperti bitcoin pula mempunyai ciri penyimpanan sendiri dan mengawal sumber yang ada sepenuhnya.” Dalam masa yang sama, Lee sedar dengan tanda-tanda bitcoin pulih daripada musim dingin kripto 2022. “Perkara ini berlaku sepanjang masa. Terdapat empat kitaran yang ada pada mata wang kripto […] dan kini secara praktikalnya kita sedang pulih. Peluangnya dilihat sangat cerah,” jelas veteran industri itu.

    Mengikut laporan penganalisis di Matrixport, nilai bitcoin mencecah paras paling rendahnya pada November 2022 seperti yang telah diunjur. Analisis itu menjelaskan bahawa mengikut data lampau nilai BTC akan mencecah paras paling rendahnya pada 515-458 hari sebelum proses pengurangan penghasilannya dijalankan. Proses ini dijadual akan dilaksanakan pada April 2024; maka paras terendah yang diunjur adalah antara November 2022 dan Januari 2023. Perkara ini telah pun berlaku. Ini memberikan sebab untuk kita menjangkakan model tersebut akan terus berkesan, dan nilai coin akan naik sekurang-kurangnya kepada $63,160 menjelang musim luruh 2024.

    Untuk prospek masa terdekat, agensi analisis K33 menjangkakan pertumbuhan BTC/USD sebanyak 50% lagi dalam masa 30 hari akan datang. Analisis itu adalah berdasarkan kepada persamaan pada kitaran tahun 2018 dan 2022 yang mengejutkan. Jadi, dalam kedua-dua kitaran, ia mengambil masa kira-kira 370 hari untuk mencecah paras paling rendah daripada paras tertingginya, dan masa yang diambil untuk pulih 60% adalah kira-kira 140 hari. Ekstrapolasi lebih lanjut mencadangkan bahawa bitcoin akan didagangkan di sekitar nilai $45,000 pada dua minggu terakhir bulan Mei.

    Unjuran yang diberikan CEO syarikat Galaxy Digital iaitu Mike Novogratz dilihat lebih sederhana dan mengambil masa lebih lama. Pada pendapat beliau, sebut harga mata wang kripto pertama itu akan naik kepada $40,000 hanya apabila pihak Rizab Persekutuan AS mula menurunkan kadar utama mereka. “Dagangan ke atas emas, euro, bitcoin dan Ethereum adalah dagangan yang sentiasa dan masih akan menjadi dagangan paling menguntungkan: aset-aset ini akan memberikan hasil yang baik jika pihak Rizab Persekutuan berhenti menaikkan [kadar asas] dan mula mengurangkannya,” kata Novogratz. Beliau turut menjangkakan pinjaman akan dikurangkan ditengah-tengah keruntuhan bank-bank di AS. Beliau berpendapat, hal ini akan mendorong kepada krisis kredit, dan pihak Rizab Persekutuan pula akan mengurangkan kadar faedahnya dengan lebih agresif berbanding jangkaan dengan menggunakan “kelembapan ekonomi” sebagai alasan.

    Sudah tentu, berlatarbelakangkan sikap optimis yang dominan, unjuran oleh penganalisis Nicholas Merten dilihat bertentangan sepenuhnya. Beliau menyeru kepada 511,000 orang pengikutnya dalam video DataDash yang baru supaya menjual bitcoin sekarang kerana nilai mata wang kripto pertama itu telah bertambah hampir 100% sejak November 2022. Merten percaya bahawa pencapaian terkini mata wang kripto pertama itu boleh menjadi satu perangkap kerana pasaran kripto berada dalam keadaan terlebih beli. Penganalisis itu tidak bersetuju dengan mereka yang percaya bitcoin akan mengikut jejak langkah senario yang berlaku pada tahun 2019, apabila nilainya melonjak naik sebanyak 300% dalam masa beberapa bulan. Menurutnya, senario pada Jun 2021 mungkin akan berulang, apabila BTC mencecah nilai paling tinggi yang pernah direkodkan dan kemudian jatuh selepas itu.

    Semasa ulasan ini dibuat, pada malam Jumaat, 21 April, BTC/USD didagangkan pada nilai $27,305. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto adalah sebanyak $1.153 trilion ($1.276 trilion seminggu lalu). Kadar Indeks Fear & Greed Kripto turun daripada 68 mata kepada 50 mata dalam masa tujuh hari, dan bergerak ke tengah-tengah zon Neutral dari zon Greed.

 

Bahagian Analisis NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami