Jun 1, 2023

CopyTrading NordFX: Keuntungan 5,343% daripada Dagangan Emas1 

Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Mei 2023. Servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading, serta keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini turut dinilai.

  • Peneraju bulan ini adalah seorang pedagang dari Asia Barat, pemilik nombor akaun 1692XXX yang memperoleh keuntungan sebanyak USD 130,874. Keputusan cemerlang ini dicapai menerusi dagangan emas (XAU/USD) dan juga pound British (GBP/USD).
  • Tempat kedua podium dimenangi oleh seorang wakil dari Asia Selatan, pemilik nombor akaun 1679XXX yang menerima pulangan sebanyak USD 33,895, juga dicapai menerusi dagangan emas (XAU/USD).
  • Tempat ketiga jatuh kepada seorang lagi pedagang dari Asia Selatan, pemilik nombor akaun 1549XXX yang memperoleh USD 24,857 pada bulan Mei menerusi dagangan ke atas euro (EUR/USD) dan juga pound British (GBP/USD).

Untuk khidmat pelaburan pasif NordFX, keputusannya adalah seperti berikut:

  • Dalam CopyTrading, kami terus mengesan nasib isyarat “veteran” KennyFXPRO - Prismo 2K. Keadaannya terus pulih daripada kejatuhan yang dialami pada 14 November, 2022 apabila kadar penurunan maksimumnya mencecah 67%. Sehingga hari ini, ia telah mencatat keuntungan sebanyak 348% sepanjang 757 hari. Satu lagi isyarat dengan nama “jenama” yang sama turut mencuri perhatian: KennyFXPRO - Variables_RBB 35. Sepanjang 175 hari kewujudannya, ia telah menunjukkan kadar pulangan yang agak sederhana iaitu 40%. Namun, apa yang menarik tentang isyarat ini adalah kadar pulangan itu dicapai dengan kadar penurunan yang agak sederhana iaitu 24%.
    Satu isyarat start-up yang agak terkenal adalah Future Forex, isyarat yang berjaya mencapai kadar untung sebanyak 91% daripada dagangan GBP/USD sepanjang 68 hari dengan kadar penurunan maksimum kira-kira 30%.
    Akhir sekali, isyarat paling digemari sejak dua bulan lalu: Trade2win. Dalam tempoh hanya 62 hari, isyarat ini telah mencapai kadar pulangan di luar jangkaan iaitu sebanyak 5,343% daripada dagangan emas (XAU/USD), dengan kadar penurunan yang sama menakjubkan iaitu kurang daripada 15%. Gaya dagangan Trade2win tidak terlalu agresif: beberapa dagangan dibuat, dan kadar leveraj secara puratanya kalau boleh  ditetapkan lebih rendah daripada kadar maksimumnya, antara 50 dan 150. Walaupun dengan pencapaian hebat sebegitu, penting untuk mengingati bahawa prestasi sebelum ini tidak menjamin kejayaan pada masa hadapan, dan berdagang di pasaran kewangan adalah berisiko. Justeru, bagi mengelak daripada rugi, mereka yang melanggan seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga secara maksimum serta mematuhi prinsip-prinsip pengurusan wang.
  • Khidmat PAMM masih lagi menonjolkan dua akaun yang sering kami sebutkan dalam beberapa ulasan sebelum ini. Akaun tersebut adalah KennyFXPRO-The Multi 3000 EA dan TranquilityFX-The Genesis v3. Pada 14 November, 2022, seperti yang menimpa rakannya dalam CopyTrading, akaun ini mengalami kerugian teruk - kadar penurunannya pada waktu itu adalah hampir 43%. Walau bagaimanapun, pengurus PAMM mengambil keputusan untuk tidak menyerah kalah, dan sehingga 31 Mei, 2023, pulangan yang diterima akaun KennyFXPRO-The Multi 3000 EA adalah melebihi 100%, manakala untuk TranquilityFX-The Genesis v3 pula adalah 66%. Kami juga terus memantau akaun Trade and Earn. Ia mula beroperasi lebih daripada setahun lalu, namun dibiarkan dorman, hanya mula aktif pada bulan November. Hasilnya, sepanjang 7 bulan lalu, pulangan yang diterima adalah lebih daripada 100% dengan kadar penurunan yang sangat kecil iaitu kurang daripada 10%.

Dalam kalangan Perkongsian IB NordFX, tempat 4 TERATAS adalah seperti berikut:

  • Komisen terbanyak untuk bulan ini, dengan jumlah sebanyak USD 10,370 telah dikreditkan kepada seorang rakan kongsi dari Asia Barat, pemilik akaun No. 1645XXX.
  • Tempat kedua milik seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No. 1668XXX yang menerima untung sebanyak USD 9,093.
  • Tempat ketiga menjadi milik seorang rakan kongsi dari Asia Timur, pemilik akaun No. 1218XXX yang menerima pulangan sebanyak USD 7,456 pada bulan Mei.

 

Notis: Material ini bukanlah cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami