Julai 2, 2023

Keputusan Bulan Jun: Emas dan Pound Terus Menduduki 3 Tempat Teratas NordFX1 

Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi transaksi dagangan pelanggan mereka untuk bulan Jun 2023. Selain itu, servis dagangan sosial, PAMM dan CopyTrading turut dinilai, bersama-sama keuntungan yang diperoleh rakan-rakan kongsi IB syarikat ini.

  • Seorang pedagang dari Asia Selatan, pemilik akaun No.1658XXX muncul sebagai peneraju dagangan menguntungkan dengan pulangan sebanyak USD 66,634. Prestasi memberangsangkan ini berjaya dilaksanakan menerusi transaksi melibatkan emas (XAU/USD), pound British (GBP/USD), dan juga euro (EUR/USD)
  • Seorang wakil dari Asia Barat menduduki tempat kedua, pemilik akaun No.1692XXX dengan keuntungan sebanyak USD 36,544. Individu ini menggunakan instrumen dagangan yang sama: emas, pound British, dan euro. Daripada semua pasangan, dolar AS turut dijadikan sebagai mata wang sebutan.
  • Menduduki tempat ketiga podium adalah seorang lagi pedagang dari Asia Barat, pemilik akaun No.1553XXX. Pedagang ini memperoleh pulangan sebanyak USD 30,904 untuk bulan Jun, sebahagian besarnya diperoleh daripada dagangan yang melibatkan instrumen sama, emas dan pound British.

Situasi berkenaan khidmat pelaburan pasif NordFX adalah seperti berikut:

  • Untuk CopyTrading, kami terus memerhatikan nasib isyarat veteran KennyFXPRO - Prismo 2K. Isyarat ini telah pulih lebih daripada tujuh bulan semenjak kejutan yang dialaminya pada 14 November, 2022 (apabila kadar susutnya turun lebih daripada 67%). Namun, isyarat ini menerima dugaan baru antara 20-23 Jun lalu, dan bagi menghalang daripada akaun ini ditutup, pembangun isyarat ini mengambil keputusan untuk menutup posisi yang merugikan. Akibatnya, hasil keuntungan kembali kepada kadar November 2022 dan buat masa ini berjumlah 221% sepanjang 788 hari ia beroperasi.
    Satu lagi isyarat, Trade2win mendapat pulangan hebat sebanyak 5,343% pada musim luruh dengan kadar susut yang sama cemerlang iaitu kurang daripada 15%. Namun, seperti yang sering kami tekankan dalam ulasan terdahulu mengenai isyarat ini, dagangan dalam pasaran kewangan adalah berisiko dan keputusan lampau tidak menjamin hasil yang sama pada masa hadapan. Inilah yang berlaku kepada Trade2win: tiada sebarang transaksi dilakukan isyarat ini untuk bulan Jun, maka semua indikator kekal sama seperti bulan Mei.
    Untuk start-up, isyarat SM04 menarik perhatian kami pada kali ini. Sejak 53 hari beroperasi, ia telah menjana hampir 80% keuntungan dengan kadar susut yang agak sederhana kira-kira 22%.
  • Untuk khidmat PAMM, dua akaun yang sering kami sebutkan dalam ulasan-ulasan sebelum ini terus cemerlang. Mereka adalah KennyFXPRO-The Multi 3000 EA dan TranquilityFX-The Genesis v3. Pada 14 November, 2022, mereka berdepan perkara sama seperti rakannya di CopyTrading, mengalami kerugian teruk: kadar susutnya adalah hampir 43%. Namun, pengurus PAMM mengambil keputusan untuk tidak menyerah kalah, dan sehingga 30 Jun, 2023, kadar keuntungan akaun yang pertama adalah lebih daripada 103%, manakala akaun kedua pula adalah 68%. Kadar pertumbuhan untuk bulan lalu tidak begitu ketara, namun kedua-dua akaun berjaya mengelak daripada kejutan yang dialami KennyFXPRO - Prismo 2K pada bulan Jun.
    Selain itu, kami terus memerhatikan akaun Trade and earn. Akaun ini dibuka lebih setahun lalu namun berada dalam keadaan hibernasi, hanya mula aktif pada bulan November. Hasilnya, pulangan yang diterima sejak 8 bulan lalu telah mencecah 145% dengan kadar susut yang sangat kecil, kurang daripada 10%.

Dalam kalangan Perkongsian IB NordFX, tempat 3 TERATAS adalah seperti berikut:

  • Untuk dua bulan berturut-turut, tempat teratas menjadi milik seorang rakan kongsi dari Asia Barat, pemilik akaun No.1645XXX. Jika beliau menerima komisen sebanyak USD 10,370 untuk bulan Mei, komisen untuk bulan Jun adalah sebanyak USD 10,005.
  • Tempat kedua menjadi milik seorang rakan kongsi dari Asia Selatan, pemilik akaun No.1597XXX yang menerima komisen sebanyak USD 6,142.
  • Menduduki tempat ketiga adalah seorang rakan kongsi dari Asia Timur, pemilik akaun No.1169XXX yang menerima USD 5,436 untuk bulan Jun.

 

Notis: Material ini bukanlah cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan dan hanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kerugian wang deposit.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami