Mac 23, 2024

EUR/USD: Switzerland Mengukuh Nilai Dolar

● Perkara penting untuk minggu lalu sudah semestinya adalah mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) Rizab Persekutuan AS yang diadakan pada 20 Mac. Menepati jangkaan, Bank Persekutuan Amerika sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah utama mereka pada paras 5.50%, kadar tertinggi dalam tempoh 23 tahun untuk mesyuarat kali kelima berturut-turut. Disebabkan keputusan itu sudah pun dijangka lebih awal, peserta pasaran lebih menumpukan tumpuan mereka kepada komen-komen serta jangkaan oleh barisan kepimpinan Rizab Persekutuan. Kenyataan paling penting telah dibuat oleh ketua penggubal dasar berkenaan iaitu Jerome Powell yang menyebut terdapat pengurangan kos pembiayaan berjumlah 75 mata asas (bp) dalam tiga fasa yang sedang dalam pertimbangan untuk dilaksanakan pada tahun ini. Kadar faedah jangka panjang diunjur naik daripada 2.50% kepada 2.60%.

Memberikan komen selepas berakhirnya mesyuarat itu, penekanan dibuat terhadap pertumbuhan ekonomi yang kukuh di Amerika Syarikat. Unjuran kadar KDNK bagi tahun ini dinaikkan daripada 1.4% kepada 2.1%, manakala untuk tahun 2025 pula daripada 1.8% kepada 2.0%. Pasaran buruh juga dilihat berada dalam keadaan baik, dengan kadar pengangguran berada pada paras yang rendah. Mengikut unjuran yang baru, jumlahnya boleh mencecah 4.0%, berbanding 4.1% yang diunjur sebelum ini. Jumlah pekerjaan baru yang ada bukan dalam sektor agrikultur (NonFarm Payrolls) untuk bulan Februari adalah sebanyak 275K, lebih tinggi berbanding nilai sebelum ini iaitu 229K dan nilai 198K yang diunjurkan.

● Berkenaan dengan inflasi, walaupun keadaan sudah pulih sedikit, ia masih lagi “tinggi”, seperti yang disebutkan dalam kenyataan sidang akhbar. Kadar Indeks Harga Pengguna (CPI) untuk Februari menunjukkan pertumbuhan sebanyak 3.2% untuk tahun ke tahun. Inflasi dijangka akan berada pada kadar 2.4% menjelang hujung 2024, manakala indeks Penggunaan Perbelanjaan Peribadi (PCE) pula dijangka berada pada kadar 2.6%. Sebelum ini, kadar yang dijangka untuk kedua-dua indeks menjelang bulan Disember adalah 2.4%.

Kenyataan yang dibuat memberi penekanan bahawa objektif jangka panjangnya adalah untuk menurunkan kadar inflasi kepada 2.0% dan dalam masa yang sama mencapai jumlah tenaga kerja maksimum. Justeru, pihak Rizab Persekutuan akan terus berjaga-jaga dalam hal yang berkaitan dengan risiko inflasi. Parameter polisi kewangan mungkin akan diubah jika wujudnya faktor-faktor yang mengganggu objektif tersebut. Faktor-faktor ini termasuklah dan tidak terhad kepada situasi pasaran buruh, pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi di AS, keadaan ekonomi global, serta sebarang kejadian yang berlaku di peringkat antarabangsa.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, prinsip bagi senario pada tahun 2024 termasuklah juga penurunan kadar tiga kali sebanyak 25 mata asas pada setiap kali. Namun begitu, ahli-ahli FOMC tidak menolak tentang kebarangkalian mungkin terdapat dua, malah mungkin hanya sekali saja kadarnya diturunkan. Satu kaji selidik oleh Reuters menunjukkan seramai 72 daripada 108 orang pakar ekonomi atau dua pertiga telah menjangkakan penurunan kadar pertama akan dibuat pada bulan Jun, dengan penurunan kedua dijangka akan dilaksanakan pada musim luruh tahun ini.

● Pasaran saham memberikan respon positif kepada hasil mesyuarat Rizab Persekutuan itu. Kadar indeks S&P 500, Dow Jones, dan Nasdaq kesemuanya naik lebih tinggi, berbeza dengan reaksi yang diberikan Indeks Dolar (DXY) kerana berita mengenai pelonggaran polisi kewangan yang akan dilaksanakan tidak begitu menggembirakan para pelabur. Akibatnya, kadar EUR/USD naik mendadak. Walau bagaimanapun, pada 21  Mac, mata wang Amerika berjaya menebus semula kerugian yang dialami setelah Bank Negara Swiss (SNB) tanpa diduga telah menurunkan kadar faedah utama mereka sebanyak 25 mata asas kepada 1.5% pada mesyuarat suku tahunannya, bertentangan dengan pasaran yang menjangkakan kadar itu akan dikekalkan pada paras 1.75%.

"Pelonggaran polisi kewangan ini dapat dilaksanakan kesan daripada proses pembendungan inflasi yang berkesan sejak dua tahun setengah yang lalu,” pihak SNB berkata. “Kini inflasi berada di bawah 2% untuk beberapa bulan dan kadar itu berada dalam julat yang selari dengan definisi kestabilan harga. Mengikut unjuran terkini, inflasi dijangka akan terus kekal berada dalam julat ini untuk tahun-tahun mendatang."

Maka, SNB menjadi bank pusat utama pertama yang melonggarkan polisi mereka selepas kitaran kenaikan kadar yang berpanjangan akibat pandemik COVID-19. Disebabkan itu, para pedagang “melupakan” isyarat pemotongan kadar pihak Rizab Persekutuan dan mula membeli dolar kerana ia terus menjadi satu-satunya mata wang berisiko rendah yang memberi hasil pulangan yang tinggi.

● Sokongan terhadap dolar menjelang hujung minggu turut diperoleh daripada data aktiviti perniagaan di AS yang dikeluarkan pada 21 Mac. Kadar PMI Komposit S&P Global naik daripada 52.2 kepada 52.5, manakala kadar indeks PMI bagi sektor perkhidmatan pula turun kepada 51.7 daripada 52.3, kekal berada lebih tinggi daripada kadar 50.0 yang membezakan antara pertumbuhan dan penguncupan ekonomi. Sementara itu, kadar indeks aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan Philadelphia adalah melebihi jangkaan, mencecah 3.2, manakala tuntutan awal bagi manfaat pengangguran di AS untuk minggu lalu pula turun daripada 215K kepada 210K.

EUR/USD mengakhiri minggu dagangan pada paras 1.0808. Mengenai unjuran minggu hadapan, semasa ulasan ini dibuat pada malam Jumaat, 22 Mac, 50% penganalisis bersetuju dengan nilai dolar yang lebih kukuh serta penurunan lebih rendah gandingan ini. 20% memihak kepada euro, manakala 30% lagi berpendirian neutral. Dalam kalangan pengayun pada D1, hanya 15% berwarna hijau, 85% berwarna merah, dengan satu perempat daripada jumlah tersebut telah menunjukkan gandingan ini memiliki lebihan jualan. Bagi indikator trend, 10% berwarna hijau, manakala majoriti yang lain berwarna merah. Sokongan paling hampir bagi gandingan ini berada di zon 1.0795-1.0800, diikuti dengan 1.0725, 1.0680-1.0695, 1.0620, 1.0495-1.0515, dan 1.0450. Zon rintangan berada di sekitar 1.0835-1.0865, 1.0900-1.0920, 1.0965-1.0980, 1.1015, 1.1050, dan 1.1100-1.1140.

● Minggu dagangan pada minggu hadapan akan menjadi sedikit pendek berikutan sambutan Good Friday di negara-negara Kristian Katolik di mana bank serta bursa saham mereka akan ditutup. Minggu depan juga adalah minggu terakhir bagi bulan dan juga suku pertama tahun ini. Peserta pasaran akan membuat rumusan untuk tiga bulan pertama ini, dan beberapa statistik penting akan dikeluarkan. Namun begitu, tarikh penting pada kalendar minggu hadapan adalah hari Khamis, 28 Mac, apabila data jualan runcit di Jerman akan dikeluarkan, serta data tahunan kadar KDNK di AS yang dinilai semula dan juga jumlah tuntutan bagi manfaat pengangguran. Walaupun hari Jumaat, 29 Mac, adalah hari cuti, statistik pasaran pengguna di Amerika Syarikat akan dikeluarkan, dan Pengerusi Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell dijadual akan memberikan kenyataan.

 

GBP/USD: Helang BoE Bertukar Kepada Pipit

● Data inflasi pengguna di UK yang dikeluarkan pada hari Rabu, 20 Mac, sehari sebelum Bank of England (BoE) bermesyuarat menunjukkan sedikit kelembapan dan berada lebih rendah berbanding jangkaan. Kadar CPI untuk tahun ke tahun turun susut daripada 4.0% kepada 3.4%, berbanding 3.5% yang diunjur. Kadar CPI teras untuk bulan Februari susut kepada 4.5% secara tahunan setelah tiga bulan berada pada kadar 5.1% dengan stabil. Sebaliknya, kadar CPI menunjukkan pertumbuhan sebanyak 0.6% untuk bulan ke bulan setelah mengalami penurunan dengan nilai yang sama pada bulan Januari, namun kenaikan ini masih lagi rendah berbanding 0.7% yang diunjur pasaran. Bulan Februari menunjukkan kadar indeks harga pembelian pengeluar susut sebanyak 0.4%, dengan kadar untuk tahun ke tahunnya turun sebanyak 2.7%, kembali berada pada paras pada bulan Mei 2022 akibat penurunan harga bahan api, logam, dan sesetengah produk agrikultur.

Hanya beberapa jam sebelum penggubal dasar itu bermesyuarat, data awal bagi aktiviti perniagaan turut dikeluarkan, dan menunjukkan hasil positif namun bercampur-campur. Kadar PMI dalam sektor Pembuatan naik kepada 49.9, sangat menghampiri paras 50.0 (diunjur pada paras 47.8 dan nilai sebelum ini iaitu 47.5). Sebaliknya, indeks untuk sektor perkhidmatan susut daripada 53.8 kepada 53.4 walaupun pasaran menjangkakan kadar itu akan kekal sama. Akibatnya, kadar PMI Komposit turun daripada 53.0 kepada 52.9, kekal berada di zon pertumbuhan ekonominya.

● Mengenai mesyuarat Bank of England pada hari Khamis, 21 Mac, seperti dijangka, penggubal dasar itu mengekalkan kadar faedah utama mereka untuk pound pada paras 5.25% untuk mesyuarat kali kelima berturut-turut. Gabenornya iaitu Andrew Bailey menyatakan bahawa ekonomi sekarang ini belum mencapai tahap yang membenarkan kadar faedah diturunkan tetapi menambah lagi bahawa semunya bergerak pada “arah yang tepat”.   

● Kejutan diterima apabila dua orang ahli Jawatankuasa Polisi BoE yang sebelum ini mengundi untuk kenaikan kadar mengubah pendirian mereka, menyebabkan penjualan pound yang baru. Menurut pakar ekonomi di MUFG Bank Jepun, hasil undian adalah “selari dengan pertambahan kadar kemungkinan kadar faedah akan dipotong lebih awal daripada jangkaan. […] Masih menjadi tanda tanya sama ada Bank of England akan membuat keputusan muktamad pada bulan Jun atau Ogos. Kami mengekalkan pendapat kami bahawa akan terdapat pemotongan kadar sebanyak 100 mata asas pada tahun ini.” “Nilai pound boleh terjejas lebih teruk untuk jangka masa pendek jika jangkaan pasaran berkenaan pemotongan kadar pada bulan Jun menjadi lebih kukuh, bersama-sama dengan potensi nilai penurunan kadar untuk tahun ini,” tambah penganalisis MUFG lagi.

● "Benar, Bank of England telah mengambil satu langkah yang lain bagi menurunkan kadar faedah,” tegas rakan mereka di Jerman iaitu Commerzbank. “Namun, masih belum jelas lagi sama ada jika perkara ini berlaku lebih awal daripada jangkaan kerana tiada siapa dalam kalangan pembuat polisi bersetuju untuk menaikkan kadarnya.” Commerzbank percaya bahawa “melihat kepada keseluruhan sentimen dovish yang dibuat setelah pemotongan kadar faedah oleh pihak SNB secara tiba-tiba, pound mengalami kerugian besar dan menjadi mata wang kedua paling teruk. Selain itu, bergantung kepada sentimen pasaran, mata wang ini boleh menjadi antara mata wang yang paling lemah."

● Bermula pada paras 1.2734 minggu lalu, kadar GBP/USD ditutup pada paras 1.2599. Pendapat para penganalisis untuk pergerakan jangka pendek adalah sama rata: separuh (50%) bersetuju dengan penurunan gandingan ini, 25% menunjukkan pertumbuhan, dan 25% lagi mengekalkan pendirian neutral mereka. Bacaan indikator pada D1 adalah sama seperti EUR/USD. Dalam kalangan pengayun, hanya 15% yang menunjukkan pertumbuhan, baki 85% lagi menunjukkan penurunan, dengan satu perempat daripadanya memberi isyarat bahawa gandingan ini memiliki lebihan jualan. Untuk indikator trend, 10% mengesyorkan untuk beli, 90% lagi jual. Jika gandingan ini bergerak ke bawah, ia akan menerima sokongan pada paras dan zon 1.2575, 1.2500-1.2535, 1.2450, 1.2375, 1.2330, 1.2085-1.2210, 1.2110, 1.2035-1.2070. Jika bergerak ke atas, ia akan berdepan rintangan pada paras dan zon 1.2635, 1.2730-1.2755, 1.2800-1.2820, 1.2880-1.2900, 1.2940, 1.3000, and 1.3140.

● Tiada sebarang perkara berkaitan ekonomi United Kingdom yang dijadual akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Pedagang juga perlu mengingati bahawa 29 Mac adalah hari cuti umum di negara itu kerana menyambut Good Friday.

 

USD/JPY: Bagaimana BoJ Benamkan Yen

● Secara teori, jika kadar faedah naik, nilai mata wang akan menjadi kukuh. Namun itu hanyalah teori. Secara realiti, ia boleh menjadi sangat berbeza, seperti yang ditunjukkan oleh mesyuarat Bank of Japan (BoJ) pada hari Selasa, 19 Mac.

Sehingga hari itu, BoJ adalah satu-satunya bank negara di dunia yang mengekalkan kadar faedah negatif -0.1% sejak Februari 2016. Kini, buat pertama kali dalam masa 17 tahun, penggubal dasar itu menaikkan kadar tersebut dalam lingkungan 0.0-0.1% setiap tahun. Mereka juga tidak lagi melaksanakan kawalan terhadap hasil perolehan bon sepuluh tahun kerajaan (YCC). Seperti yang dilaporkan media, langkah ini “mewakili penyingkiran paling agresif dan tidak konvensional terhadap pelonggaran polisi kewangan yang pernah dibuat dalam sejarah moden.” Namun, berikutan daripada keputusan penting ini, nilai yen … susut dan bukannya menjadi lebih baik, manakala kadar USD/JPY mencecah paras tertinggi iaitu 151.85. Penganalisis percaya perkara ini berlaku disebabkan oleh setiap langkah yang dilaksanakan bank negara itu menepati ramalan pasaran dan telah diambil kira.

● Data inflasi di Jepun untuk bulan Februari yang dikeluarkan sebelum berakhirnya minggu bekerja memberi sedikit sokongan kepada mata wang Jepun. Biro Statistik negara tersebut melaporkan bahawa kadar Indeks Harga Pengguna (CPI) kebangsaan naik sebanyak 2.8% untuk tahun ke tahun, kenaikan lebih tinggi berbanding 2.2% pada bulan sebelumnya. Hasilnya, para pelabur membuat kesimpulan bahawa tekanan harga berterusan yang lebih tinggi berbanding kadar sasaran 2.0% membolehkan Bank of Japan mengekalkan kadar faedah mereka pada kadar positif.

Walau bagaimanapun, mengekalkan kadar bukan bermaksud menaikkannya. Seperti yang dinyatakan pakar ekonomi dari ING, kumpulan perbankan terbesar di Belanda, kedudukan yen lebih bergantung kepada pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan dan bukannya kenaikan kadar oleh BoJ. Mereka berkata: “Agak sukar untuk yen mengekalkan nilai kukuh yang mampan dengan kemeruapan akibat kenaikan kadar sehinggalah kadar faedah di AS diturunkan."

● Yen menerima satu lagi sokongan walaupun sangat-sangat lemah daripada spekulasi yang semakin berleluasa mengenai campur tangan oleh kerajaan Jepun dalam sektor mata wang, secara ringkasnya, mengenai campur tangan mata wang. Menteri Kewangan Jepun, Shunichi Suzuki pernah menyatakan bahawa pergerakan mata wang seharusnya stabil dan beliau sendiri memantau turun naik kadar tukaran. Namun, semua itu hanyalah kata-kata, tiada tindakan yang diambil, maka ia tidak banyak membantuk mata wang negara berkenaan. Akibatnya, gandingan itu menutup minggu lalu dengan berada pada paras 151.43.

● Berkenaan nasib gandingan USD/JPY untuk minggu hadapan, 50% daripada penganalisis memihak kepada bearish, 40% pula masih tidak dapat membuat keputusan, dan 10% lagi bersetuju dengan pengukuhan mata wang AS. Analisis teknikal dilihat tidak sedar mengenai khabar angin campur tangan mata wang. Disebabkan itu, 100% indikator trend serta pengayun pada D1 menunjukkan pertumbuhan, dengan 20% daripada pengayun sudah berada di zon lebihan belian. Sokongan paling hampir berada pada paras 150.85, 149.70, 148.40, 147.30-147.60, 146.50, 145.90, 144.90-145.30, 143.40-143.75, 142.20, dan 140.25-140.60. Rintangan berada pada paras dan zon 151.85-152.00, 153.15, dan 156.25.

● Hari Jumaat, 29 Mac, kadar Indeks Harga Pengguna (CPI) untuk wilayah Tokyo akan diketahui. Selain itu, tiada sebarang perkara penting lain berkenaan ekonomi Jepun yang dijadual akan diketahui pada minggu hadapan.

 

MATA WANG KRIPTO: Bitcoin – Tenang Sebelum Penghasilan Dikurangkan

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 25 - 29 Mac, 20241

● Setelah nilai bitcoin mencecah $73,743 iaitu paras tertinggi yang baru pada 14 Mac lalu, satu gelombang jualan dan mendapatkan pulangan oleh kelompok spekulator jangka pendek pun berlaku. Kadar BTC/USD turun mendadak, mengalami kerugian kira-kira 17.5%. Paras minimum minggu lalu direkodkan pada nilai $60,778, dan kemudian, nilai mata wang kripto utama tersebut mula mendapat momentum untuk naik semula sebelum pengurangan penghasilannya dilaksanakan.

Perlu diketahui bahawa pengurangan penghasilan adalah satu proses yang dilaksanakan kira-kira empat tahun sekali, setelah 210,000 blok coin dihasilkan, dan menyebabkan ganjaran daripada penghasilan blok baru dalam blockchain bitcoin dikurangkan kepada separuh. Hal ini menimbulkan persoalan: mengapa perkara ini dilaksanakan? Proses ini direka sebagai satu mekanisma bagi membendung inflasi. Disebabkan ganjaran penghasilan semakin berkurang, coin baru yang dapat dihasilkan selepas itu adalah lebih sedikit. Perkara ini bertujuan bagi mengekalkan kekurangan bitcoin di pasaran serta memberi kesan positif terhadap harga tokern itu daripada perspektif bekalan dan permintaan.

Jumlah keseluruhan bitcoin yang dapat dihasilkan adalah terhad sebanyak 21 juta coin. Sehingga Disember 2023, para penghasil sudah pun menghasilkan 19.5 juta coin, hampir 93% daripada jumlah keseluruhan. Proses pengurangan penghasilan akan terus dilaksanakan sehingga coin yang terakhir, dijangka akan dihasilkan antara tahun 2040 dan 2048. Pada tahun 2040 (pengurangan penghasilan ke-8), ganjaran para penghasil adalah sebanyak 0.1953125 BTC, manakala pada tahun 2048 (pengurangan penghasilan ke-9) - 0.048828125 BTC. Selepas itu, para penghasil hanya akan mendapat ganjaran menerusi fi transaksi saja. Pengurangan penghasilan keempat yang akan datang ini berkemungkinan besar akan berlaku pada 20 April tahun ini, dengan ganjaran bagi blok yang dihasilkan akan berkurang daripada 6.25 BTC kepada 3.125 BTC.

● Disebabkan kisah yang menyelubungi ETF spot bitcoin serta kesan FOMO (Fear of Missing Out) dalam menantikan pelaksanaan pengurangan penghasilan, kekurangan bekalan mata wang kripto utama itu sudah dapat dilihat. Menurut Bitcointreasuries, sejumlah besar BTC adalah dimiliki oleh syarikat pelaburan milik kerajaan mahupun swasta, pihak-pihak kerajaan, bursa saham dan juga dana pelaburan. Keseluruhannya, mereka memiliki kira-kira 12% daripada jumlah bitcoin yang ada. Kira-kira 10% daripada jumlah itu disimpan di dalam bursa mata wang kripto berpusat, manakala 8.09% lagi berada di dalam akaun yang sudah bertahun-tahun tidak aktif. Selain daripada jumlah-jumlah ini adalah bahagian yang dimiliki oleh pengasas bitcoin iaitu Satoshi Nakamoto (4.76%), dan boleh disimpulkan bahawa kira-kira 35% daripada coin yang telah dihasilkan sudahpun tidak boleh dimiliki oleh pelabur persendirian yang lain.

Grayscale Bitcoin Trust, iShares Bitcoin Trust, dan Fidelity Wise Origin Bitcoin Fund berada di kelompok hadapan untuk jumlah pemilikan bitcoin dengan masing-masing memiliki 380,241 BTC, 230,617 BTC, dan 132,571 BTC. MicroStrategy menjadi pemilik terbesar bitcoin dalam kalangan syarikat awam dengan jumlah sebanyak 205,000 BTC dalam penyata imbang mereka. Marathon Digital berada di tempat kedua dengan 15,741 BTC, manakala Tesla dan Coinbase Global berkongsi tempat ketiga dan keempat dengan masing-masing memiliki 9,720 BTC dan 9,480 BTC. Mengikut maklumat yang ada, dalam kalangan syarikat persendirian dan bukan awam, Block.one menjadi pemilik terbesar dengan jumlah 164,000 BTC. Tempat kedua adalah bursa MTGOX dengan jumlah 141,686 BTC. Pengeluar stablecoin iaitu Tether memiliki 66,465 BTC. Tempat keempat adalah milik bursa BitMEX dengan jumlah 57,672 BTC.

Untuk ranking pemilikan bitcoin dalam kalangan negara, AS berada di tempat pertama dengan jumlah 215,000 BTC, diikuti dengan China sebanyak 190,000 BTC, UK dengan 61,000 BTC, dan Jerman dengan 50,000 BTC.

● Penganalisis di Bank Standard Chartered telah menilai semula sasaran harga bitcoin mereka untuk akhir tahun 2024 daripada $100,000 kepada $150,000, manakala Ethereum pula berpotensi mencecah $8,000 untuk tempoh yang sama. Menjelang akhir tahun 2025, nilai mata wang kripto pertama dan kedua itu masing-masing boleh naik kepada $200,000 dan $14,000. Alasan yang diberi penganalisis bagi mewajarkan unjuran mereka adalah dinamik pergerakan nilai emas setelah ETF bitcoin mendapat kelulusan serta pengoptimuman logam berharga itu dengan rakan berbentuk digitalnya dengan nisbah 80% kepada 20%.

Menurut penganalisis Standard Chartered, nilai bitcoin boleh naik lebih tinggi - sehingga $250,000 - jika aliran masuk ke dalam ETF mencecah jumlah $75 bilion. Tindakan yang diambil dana pelaburan negara juga boleh mendorong kepada pertumbuhan nilai. “Kita dapat melihat peningkatan kebarangkalian pengurus-pengurus dana rizab utama mungkin akan mengumumkan pembelian bitcoin pada tahun 2024,” jelas penganalisis bank berkenaan.

● Dan Tapiero, CEO firma pelaburan 10T Holdings mensasarkan nilai yang sama - $200,000. “Saya rasa ia masuk akal,” jelas beliau. Mengikut pengiraan ahli kewangan itu, potensi untuk nilai semasanya naik berlipat ganda adalah sepadan dengan kadar peratusan antara nilai tertinggi tahun 2017 dan juga 2021. Tambahan pula, nilai emas digital itu naik 20 kali ganda daripada paras paling rendah semasa berlakunya pasaran bear sehingga paras tertinggi yang dicapai pada tahun 2021. Ini menunjukkan sasaran ke paras $300,000 adalah satu senario yang positif.

"Agak sukar untuk menunjukkan masa dan penanda dengan tepat dalam hal ini. Saya rasa kita akan berada di situ [zon] dalam masa 18-24 bulan akan datang, malah mungkin lebih awal,” Tapiero berasa yakin. “Jumlah bekalan yang sedikit semasa permintaan untuk ETF meningkat dan juga pengurangan penghasilan menunjukkan potensi ketara kepada pertumbuhannya. Saya merasakan mata wang kripto pertama ini akan membawa bersama coin-coin yang lain dengannya.” CEO syarikat 10T Holdings itu juga maklum dengan “peluang terbaik” untuk ETF berasaskan Etheruem mendapat kelulusan. Walau bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada ETF ini akan didaftarkan pada bulan Mei atau pada satu tempoh lain nanti.

● Apabila ditanyakan sama ada nilai BTC boleh mencecah paras $100,000 sebelum pengurangannya dikurangkan, ChatGPT milik OpenAI mengandaikan sasaran itu boleh dicapai. Mengikut pengiraan sistem AI tersebut, pembetulan yang berlaku baru-baru ini tidak memberi kesan terhadap prospek pertumbuhannya dan hanya mengesahkan tentang unjuran jangka pendek yang tidak tepat. ChatGPT menganggarkan kebarangkalian untuk mencapai nilai $100,000 berada pada kadar 40%, manakala kemungkinan untuk mencecah $85,000 pula dinilai pada kadar 60%.

● Semasa ulasan ini dibuat pada malam Jumaat, 22 Mac, gandingan BTC/USD didagangkan di sekitar $63,000. Jumlah keseluruhan modal pasaran mata wang kripto susut kepada $2.39 trilion (daripada $2.58 trilion minggu lalu). Kadar Indeks Fear & Greed Kripto turun daripada 83 mata kepada 75 mata, beralih daripada zon Extreme Greed kepada zon Greed.

● Walaupun penurunan nilai bitcoin baru-baru ini terhenti, sesetengah penganalisis tidak menolak tentang kemungkinan kadar BTC/USD boleh susut sekali lagi. Sebagai contoh, Kris Marszalek, CEO Crypto.com percaya bahawa kemeruapan yang melanda BTC sekarang ini masih lagi rendah jika dibandingkan dengan kitaran sebelum ini. Hal itu mengandaikan bahawa dengan kenaikan kadar kemeruapan, bukan saja paras tertinggi boleh dicapai malah juga paras terendahnya.

Penganalisis di JPMorgan percaya bahawa nilai bitcoin boleh turun lagi sebanyak 33% setelah penghasilannya dikurangkan. Sementara itu, Mike Novogratz, CEO Galaxy Digital berasa yakin dengan nilai $50,000 sebagai paras terendahnya, nilai coin tersebut tidak akan turun lebih rendah daripada itu melainkan jika berlakunya keadaan dramatik. Menurut beliau, pertumbuhan nilai bitcoin didorong terutamanya oleh selera para pelabur yang tidak pernah puas dengan token ini, berbanding faktor-faktor makroekonomi seperti polisi Rizab Persekutuan AS. Perkara ini dibuktikan dengan hakikat bahawa nilai bitcoin tidak begitu banyak berubah setelah Rizab Persekutuan bermesyuarat pada 20 Mac lalu.

 

Bahagian Analisis NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami