Akaun demo adalah percuma dan tidak tamat tempoh. Walau bagaimanapun, jika ia tidak aktif selam 14 hari ia akan dipadam. Akaun demo boleh dibuka dengan salah satu cara berikut:
Bahagian “Tetapan Sendiri” pada Ofis Pedagang mengandungi data peribadi anda dan juga parameter akaun utama (baki, jenis akaun, pilihan leveraj kredit). Anda boleh memilih destinasi pemindahan baki tertentu – di Ofis Pedagang atau MT4. Jika tidak, dana akan dikreditkan ke baki MT4 secara automatik.
Untuk keselamatan tambahan, anda boleh masukkan senarai IP dari mana Ofis Pedagang boleh diakses. Guna delimeter untuk memasukkan IP – koma, ruang atau baris yang baru.
Tambahan dana ke akaun dagangan boleh dibuat melalui pindahan bank, VISA dan MasterCard, sistem bayaran online (cth. NETELLER, PayWeb, Payza dan lain-lain) atau servis tukaran online. Untuk membuat deposit, log masuk ke Ofis Pedagang, pergi ke “Kendalian Kewangan” – “Deposit Dana”, pilih sistem bayaran yang sesuai dan hantar permohonan.
Jika anda menggunakan kad bank untuk membuat deposit, kad bank dan akaun dagangan anda perlu disahkan dahulu. Pengesahan akaun boleh dilakukan di bahagian “Kendalian Kewangan” manakala untuk kad pula – pada bahagian “Pengesahan VISA dan MasterCard” di Ofis Pedagang.
The NordFX AML Policy can be viewed at: http://ms.nordfx.com/aml-policy.html
Semua permohonan pengeluaran diproses setiap hari dari 9:00 hingga 18:00 CET. Ia tidak dilakukan pada hujung dan cuti umum. Jika permohonan dihantar selepas 18:00, ia akan diproses keesokan hari berniaga.
Untuk sistem pembayaran online, dana akan dikreditkan ke akaun anda sejurus selepas permohonan diproses. Pindahan ke kad bank VISA dan MasterCard pula mengambil masa 5-6 hari berniaga, dan pindahan ke bank pula 3-5 hari berniaga.