Oktober 20, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Seperti yang dijangka, minggu lalu telah dipenuhi dengan pelbagai peristiwa. Ini termasuklah statistik makroekonomi AS, data inflasi Eropah, UK dan juga China, indeks sentimen ekonomi terkini di Jerman dan juga Kesatuan Eropah, mesyuarat Jawatankuasa Rizab Persekutuan AS mengenai Pasaran Terbuka, data KPNK negara China dan juga kemuncak Brexit Kesatuan Eropah.
    Semua ini mampu mempengaruhi pembentukan trend. Justeru, penganalisis kami telah mempertimbangkan dua senario utama. Senario pertama, trend “bullish” bagi pertumbuhan pasangan ini, pada mulanya di pertengahan saluran jangka sederhana 1.1525-1.1830, dan kemudian terus ke sempadan bahagian atas. Senario kedua pula, trend “bearish”, pengukuhan dolar dan kejatuhan nilainya ke paras sokongan 1.1430.
    Semuanya telah berlaku, segala yang bakal berlaku, telah berlaku. Jadi apakah hasilnya? Langsung tiada apa. Pertama sekali, pasangan ini telah melaksanakan separuh daripada ramalan “bullish”, meningkat ke paras 1.1621, diikuti dengan “bearish”, mengalami penurunan ke zon 1.1430, dan kemudian kembali semula ke paras 1.1513, paras asal sejak dua minggu lalu, juga pada bulan Ogos dan Jun, malah pada bulan Mei juga;
  • GBP/USD. Ramalan yang dibuat kebanyakan penganalisis dan telah disahkan oleh 80% indikator trend dan juga 70% pengayun pada D1 ternyata 100% tepat. Menurut penganalisis, pasangan ini seharusnya mencecah paras ketinggian 1.3225, dan ianya telah berlaku pada hari Selasa, 16 Oktober.
    Bagi tempoh jangka sederhana, ramalan yang dibuat memihak kepada trend bear, dengan nilai yang seharusnya turun ke paras terendah bulan Oktober di zon 1.2920. Semua ini benar-benar berlaku pada hari-hari terakhir minggu tersebut, yang mana trend menunjukkan penurunan, tetapi selepas itu, ia masih mampu mencecah ke paras sokongan 1.3010, kemudian diikuti dengan lonjakan semula dan mengakhiri sesi dagangan pada zon 1.3065;
  • USD/JPY. Tiada ramalan jelas dapat diberikan bagi pasangan ini minggu lalu: 45% penganalisis memilih penurunan, 20% percaya ia akan bertumbuh, dan 35% memilih pergerakan ke sisi. Ramalan 35% ini ternyata tepat: julat maksimum turun naik bagi pasangan ini tidak melebihi 110 poin. Hasilnya lebih mengagumkan: bermula pada paras 112.20, pasangan ini mengakhiri minggu dagangan pada 112.55. Ini bermaksud, dolar hanya kukuh sebanyak 3.5 poin berbanding yen sepanjang 5 hari dagangan;
  • Matawang Kripto. Kami sering tekankan tentang faktor utama yang menentukan kadar matawang kripto bukanlah ekonomi ataupun angka-angka hasil daripada analisis teknikal, tetapi berita-berita dan juga khabar angin. Minggu lalu telah menjelaskan kesimpulan ini.
    Pada pagi Isnin, 15 Oktober, kebanyakan pemilik bitcoin begitu teruja kerana akhirnya ia sudah bermula: kadar rujukan matawang ini di sesetengah bursa melonjak dari paras $6,380 ke $7,700, kenaikan sebanyak 20% dalam masa beberapa jam!
    Berita ini telah disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh matawang kripto Tether (USDT). Pedagang biasa mula berpusu-pusu menjual stablecoin mereka, kemudian membeli bitcoin, dan semua ini telah menyebabkan kadar BTC/USD mengalami lonjakan yang tinggi.
    Tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan. Ternyata semua ini hanyalah provokasi semata-mata, kerana lonjakan tersebut turun secara mendadak dan akhirnya kadar tersebut kembali kepada nilai yang sama sepanjang sebulan setengah lalu. Akibatnya, pengarang berita palsu ini memperoleh keuntungan, dan mereka yang mempercayainya pula mengalami kerugian. Mereka yang memulakan Stop Loss dan juga Margin Call hasil daripada lonjakan ini juga turut terkesan.
    Kami tidak tahu apa yang mungkin akan terjadi pada hari Isnin 15 Oktober. Tetapi ramalan yang dibuat untuk bitcoin adalah, peningkatan dari paras terendahnya dan kembali ke paras di sekitar $6,325-$6,835, ternyata tepat: BTC/USD mencecah nilai $6,535 pada hari Sabtu.
    Nasib sama yang dihadapi bitcoin turut menimpa matawang kripto utama yang lain: sebagai contoh, ripple (XRP/USD) dan juga ethereum (ETH/USD), mengakhiri minggu dagangan dengan sedikit peningkatan, tetapi matawang lain seperti litecoin (LTH/USD) tidak menunjukkan sebarang hasil.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Walaupun terdapat segelintir penganalisis berbincang mengenai kemungkinan berlakunya lima mahupun sepuluh peristiwa penting pada minggu hadapan, pada pendapat kami, sia-sia sahaja untuk kita fokus pada kalendar ekonomi, dan ia tidak akan memberi sebarang kejutan khas kepada para pedagang. Justeru, lebih penting untuk menumpukan lebih perhatian terhadap ramalan jangka panjang serta analisis teknikal.
    Bagi memberi ramalan terhadap pasangan EUR/USD, kebanyakan penganalisis (70%) menilai prospek dolar secara positif. Mereka berpendapat, sasaran pasangan itu masih lagi berada di paras sokongan pada 1.1430 dan 1.1300. Sekurang-kurangnya 70% daripada indikator trend dan pengayun pada H4 serta lebih dari 80% pada D1 bersetuju dengan senario ini.
    Baki penganalisis, yang turut disokong oleh analisis grafik pada H4 percaya bahawa pasangan tersebut hanya bergerak satu paras ke bawah, dan kini had terendah bagi kawasan jangka sederhana pada 1.1525-1.1830 telah menjadi Pivot Point yang baru bagi saluran sisi 1.1430-1.1625, dan ia akan berada di sekitar itu tidak lama kemudian;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 22-26 Oktober, 20181

  • GBP/USD. Rundingan mengenai Brexit menemui jalan buntu sekali lagi minggu lalu. Sudah jelas perbincangan antara London dan Brussels itu tidak mungkin akan selesai sebelum pertengahan bulan November. Berdasarkan fakta ini, lebih daripada 90% penganalisis, disokong majoriti indikator, menjangkakan nilai pound British akan turun lebih rendah. Sokongan paling hampir adalah pada paras 1.3010, sasarannya adalah pada 1.2900. Rintangan paling hampir adalah di sekitar 1.3100-13130, dan rintangan seterusnya lebih tinggi, iaitu pada 1.3215;
  • USD/JPY. Jika penganalisis menjangkakan pengukuhan dolar untuk pasangan GBP/USD, lain pula ceritanya untuk USD/JPY: pada pandangan mereka, yen Jepun akan lebih kukuh. 65% bagi kedua-dua penganalisis dan juga analisis grafik, serta pengayun di D1 bersetuju dengannya. Sasaran mereka adalah pada 112.00, 111.65 dan 110.70.
    Pendapat 35% penganalisis dan juga 70% pengayun pada H4 boleh dianggap pendapat alternatif. Paras rintangannya berada pada 112.75 dan 113.50;
  • Matawang Kripto. Sudah jelas bahawa kami, serupa dengan kebanyakan penganalisis lain, tidak dapat membuat ramalan mengenai bila berita palsu seterusnya akan diterbitkan. Namun, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Wall Street sedang bersedia untuk serangan gelombang kedua terhadap pasaran kripto. Salah satu pemegang terbesar syarikat Fidelity Investments, iaitu Goldman Sachs, serta bank-bank pelaburan yang lain mungkin mampu memberi impak “kuasa luarbiasa” terhadapnya. Namun, semua ini adalah harapan bagi mereka yang masih menyokong blockchain.
    Buat masa ini, pasaran berada dalam keadaan penyatuan, maka kami hanya akan membuat ramalan seperti minggu lalu dengan sedikit perubahan: pasangan BTC/USD akan bergerak antara paras $6,325-$6,900. Dalam masa sama, cubaan pelabur utama untuk menurunkan kadar untung pengeluaran di sekitar $6,100 mungkin akan berlaku, nilai permulaan bagi belian coin secara aktif.
    Provokasi serupa yang berlaku pada 15 Oktober tidak mungkin akan berlaku dalam masa terdekat.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami