Februari 9, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Satu daripada senario terbaru yang hanya disokong oleh 30% penganalisis adalah penurunan pasangan ini ke sempadan bawah saluran sisi jangka sederhana antara 1.1300-1.1500. Ini yang telah berlaku: setelah kerugian hampir 130 poin, pasangan ini merekodkan paras terendah mingguan pada 1.1320.
    Punca nilai dolar yang semakin kukuh hingga mengakibatkan kejatuhan pasangan ini adalah berkembangnya sentimen anti risiko hasil daripada peningkatan pesimisme dalam menyelesaikan konflik dagangan antara AS-China dan juga unjuran pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan di Eurozone. Justeru, bercakap mengenai “risiko ketara”, Suruhanjaya Negara Eropah telah menurunkan ramalannya terhadap unjuran KDNK daripada 1.9% kepada 1.3% untuk tahun 2019 manakala 1.6% daripada 1.7% untuk tahun 2020. Pelarasan seperti itu memberi tekanan yang besar ke atas matawang euro, dan pasaran seperti memahami bahawa sia-sia saja menunggu untuk kadar faedah dinaikkan pada tahun ini.;
  • GBP/USD. Seperti yang dilakukan Suruhanjaya Negara-Negara Eropah, Bank of England turut mengumumkan ramalan mereka sebelum ini terlalu optimis, dan ketaktelusan mengenai Brexit menjadi beban terhadap ekonomi negara tersebut. Penganalisis bank itu mengunjurkan kadar pertumbuhan paling rendah dalam tempoh 10 tahun, dan ini menyebabkan ramalan KDNK UK diturunkan daripada 1.7% kepada 1.2%. Nilai pound jatuh mendadak selepas berita ini dikeluarkan, dan seperti yang diramal 65% penganalisis kami, pasangan ini mencapai paras 1.2850. Ia kemudiannya naik sedikit akibat daripada kemajuan yang mungkin berlaku dalam rundingan pemisahan British daripada EU serta syarat khas ke atas Ireland, dan turun semula selepas itu, mengakhiri lima hari dagangan pada 1.2940;
  • USD/JPY. Majoriti penganalisis (70%) yang disokong analisis grafik pada D1 telah menjangkakan turun naik kadar yang kerap berlaku serta penurunan pasangan ini ke zon 108.00-108.55, dan kembali hampir ke paras 110.00 kemudiannya. Namun, bertentang dengan ramalan, pasangan ini bergerak secara perlahan, dan amplitud maksimum ayunannya tidak melebihi 60 poin. Untuk tiga minggu berturut-turut, pasangan ini kembali ke zon 109.55-110.00. Sekali lagi, pasangan yang memulakan sesi pada paras 109.55, mengakhiri minggu pada paras 109.75;
  • Matawang Kripto. Kami bahagikan analisis kepada dua kumpulan pada minggu lalu. Pertama, mereka yang percaya keadaan tenang sekarang akan berakhir dengan kegermbiraan. Manakala kumpulan kedua pula menjangkakan keadaan yang akan lebih tenang daripada sekarang. Sepanjang minggu, sebut harga Bitcoin jatuh hingga mencecah nilai $3,400 pada hari Rabu, 6 Februari. Kemudian diikuti dengan pergerakan yang “lesu”, dan ia “tersentak” pada hari Jumaat: BTC/USD melonjak, ia bertambah sebanyak 12% sehingga mencecah nilai $3,800 dalam masa hanya beberapa jam.
    Adakah ini tanda bagi pengakhiran yang menggembirakan? Jika dilihat pada graf H1, sudah tentu. Namun, ia tidaklah begitu menarik jika dilihat dari hari ke hari: pasangan ini kembali ke garisan penyatuan (Pivot Point), di mana ia telah berada dan bergerak sejak 11 minggu lalu, bermula pada akhir November 2018.
    Peningkatan tersebut berpunca daripada satu petikan temubual salah seorang pesuruhjaya SEC Robert Jackson yang dimuat naik di Twitter dan mengatakan bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS mungkin masih akan membenarkan pelancaran dana Bitcoin-EFT.
    Lain-lain matawang Kripto utama turut melonjak naik mengikut jejak Bitcoin (BTC/USD). Pertumbuhan paling baik dicatatkan oleh Litecoin (LTC/USD), bertambah sebanyak 40% dan mencecah nilai $46.00. Ethereum naik ke paras $124.70, dan Ripple (XRP/USD) pula mencecah paras nilai $0.3250.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Sangat jelas bahawa kebanyakan indikator berwarna merah setelah berminggu-minggu pasangan ini bergerak ke arah bawah. Namun, 25% pengayun pada H4 dan D1 sudahpun memberi isyarat pasangan ini telah dijual secara berlebihan, ini bermakna paling tidak mungkin akan berlaku proses pembetulan secara besar-besaran, atau yang lebih baik adalah perubahan trend ke arah atas.
    Satu analisis grafik bagi pergerakan lima hari yang seterusnya menunjukkan pergerakan lateral dalam julat 1.1285-1.1400, dan selepas itu pasangan ini akan kembali ke sempadan atas saluran jangka sederhana pada penghujung bulan di zon 1.1500.
    Komuniti penganalisis masih tidak dapat memberi kata putus: 50% menjangkakan penurunan, 50% lagi ingin melihat pertumbuhan, dan semua ini disebabkan oleh ketaktelusan dalam isu Brexit dan juga rundingan antara AS-China. Selain itu, beberapa peristiwa penting pada minggu hadapan mampu mengubah situasi semasa. Perhatian perlu diambil terhadap penerbitan data KDNK Jerman dan juga EU pada hari Khamis, 14 Februari, serta data inflasi dan juga jualan runcit di AS pada 13 dan 14 Februari nanti.
    Tidak lupa juga pasaran akan memerhati sebarang isyarat yang mungkin dibuat ketua Rizab Persekutuan J. Powell berkenaan kemungkinan berlakunya kenaikan kadar faedah pada hari Khamis, 12 Februari. Sementara itu, paras jangkaan kegawatan di Amerika Syarikat melonjak kepada 20%, dan isu mengenai kadar faedah ini mungkin akan ditunda sehingga keadaan menjadi semakin pulih. Pihak berkuasa di EU dan UK juga kerap membincangkan tentang risiko berkenaan pertumbuhan ekonomi, situasi di mana polisi kewangan perlu dilonggarkan.
    Menurut kebanyakan penganalisis, ini membuatkan kita berfikir tentang membeli saham di pasaran saham, kerana untuk mengekalkan wang murah dalam kelembapan pertumbuhan ekonomi sekarang ini, harganya mampu untuk melonjak tinggi. Masuk akal juga untuk kita memberi perhatian terhadap portfolio pelaburan dalam saham-saham syarikat global yang boleh dipercayai dan menjanjikan keuntungan kepada pelanggannya oleh syarikat broker NordFX;
  • GBP/USD. Pada hari Isnin, 11 Februari, data KDNK akan diumumkan, dan pada hari Rabu, 13 Februari pula, giliran bagi data inflasi di UK. Kemungkinan besar, data-data tersebut akan menunjukkan kelembapan pertumbuhan ekonomi negara, seperti yang telah disebutkan di atas. Justeru, seperti yang diramal, pertumbuhan KDNK akan menurun daripada 0.6% kepada 0.2% jika dibandingkan suku tahunan sebelumnya. Tetapi, seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini, berita dan khabar angin mengenai Brexit mampu memberi impak besar terhadap sebut harganya. Khabar angin lain pula ada mengatakan terdapat beberapa syarikat antarabangsa yang membeli matawang British, dan dengan berhati-hati Bloomberg membayangkan, situasi ini dapat memberi pound sedikit sokongan.
    Buat masa ini, 60% penganalisis memilih pengukuhan pound dan lonjakan pasangan ini hampir ke paras 1.3040, dan kemudian naik 80-100 poin lagi. Baki 40% penganalisis mengatakan perkara sebaliknya yang akan berlaku, dan menjangkakan pasangan ini turun sekurang-kurangnya ke paras 1.2830. Tetapi analisis grafik pada H4 mengambil langkah berkompromi, menunjukkan pasangan ini turun ke paras 1.2830 pada mulanya, dan hanya selepas itu ia mengalami pertumbuhan, mencecah ketinggian 1.3040;
  • USD/JPY. Warna semasa adalah kelabu, ia bermaksud neutral bagi kedua-dua penganalisis dan juga indikator. Dolar AS yang semakin kukuh berbanding matawang utama lain dunia berada pada satu sisi skala. Pada sisi yang lain pula, terdapat peningkatan risiko kelembapan ekonomi global serta hubungan antara Amerika Syarikat dan China yang semakin menegang, menyebabkan terdapat pertambahan permintaan bagi matawang yang kurang berisiko seperti yen Jepun. Pasangan ini berjaya mengekalkan julat sempit antara 109.55-110.15 sepanjang minggu lalu, dan ini bermaksud terdapat ketakpastian yang berlaku di pasaran, justeru sebarang ramalan tidak dapat dilakukan buat masa ini;
  • Matawang Kripto. Temubual penuh bersama Pesuruhjaya SEC Robert Jackson akan dikeluarkan minggu ini dan isi kandungannya mungkin dapat meningkatkan lagi sebut harga matawang ini ataupun memberi kesan sebaliknya. Lagipun, biar apa jua pendapat anda, Pesuruhjaya Sekuriti dan Bursa harus membuat keputusan dalam masa 240 hari mengenai aplikasi untuk pelancaran Bitcoin-ETF, dan banyak yang boleh berubah dalam tempoh tersebut.
    Sementara itu, penganalisis menjangkakan pergerakan antara julat $3,250-3,800 sebagai senario utama bagi BTC/USD. Namun, mereka tidak mengecualikan kegagalan jangka pendek pada had atas dan juga kemunculan semula pasangan ini pada paras $4,000.

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 11 - 15 Februari, 20191

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami