November 24, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Jika diimbas semula, ramalan sebelum ini memfokuskan kepada ketidaktentuan yang berleluasa di pasaran. Pada waktu itu, perbezaan antara penyokong bull dan bear hanyalah sebanyak 10%. 55% penganalisis memilih pertumbuhan nilai matawang Eropah, berbanding 45% yang memilih kemerosotannya. Seolah-olah mengimbangi perbezaan tersebut, pasangan itu bertumbuh sedikit pada hari Isnin, 11 November, kemudian mencapai paras 1.0900 dan seterusnya bergerak mengikut trend ke sisi. Ia kekal berada di situ sehinggalah hari Jumaat apabila ia mengalami penurunan drastik akibat daripada statistik Eropah (PMI) yang lemah serta ucapan Ketua ECB yang baru Christine Lagarde. Namun, ia gagal untuk melepasi paras sokongan pada 1.1000 dan mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada 1.1020.
    Lagarde menambah lebih banyak keraguan serta kekeliruan ke dalam pasaran dengan berkata, Eropah memerlukan sistem pendekatan ekonomi yang baru serta para penggubal undang-undang di Eropah akan menyemak semula strategi tersebut tidak lama lagi. Namun, masih belum jelas apakah sebenarnya sistem baru yang disebutkan itu, lebih-lebih lagi dengan percanggahan yang berlaku dalam Majlis Pentadbir ECB serta tiada konsensus dalam menyambung pelonggaran kuantitatif (QE);
  • GBP/USD. UK sedang bersedia untuk pilihanraya awal, keadaan di mana Brexit dan juga situasi ekonomi di negara itu akan bergantung. Seperti Euro, tiada yang jelas buat masa ini. Justeru, bull dan bear kini mencari jawapan pada berita ekonomi bagaimana cara untuk melonjakkan pasangan ini ke arah yang mereka mahukan.
    Jika kita mengambil kira apa yang berlaku pada minggu lalu, kemenangan kekal milik bear. Dengan kelebihan akibat daripada kejatuhan indeks awal aktiviti perniagaan PMI dalam sektor perkhidmatan ke paras kritikal di bawah 50.0 iaitu pada 48.6, mereka menolak pasangan ini ke bawah ke paras 1.2822. Ia berada pada 1.2835 pada penghujung minggu;
  • USD/JPY. Seperti yang diketahui, nilai yen jatuh hampir keseluruhan musim bunga, dan pasangan ini telahpun bergerak ke atas, bergantung kepada tempoh masa MA200 selama empat jam. Sekurang-kurangnya terdapat empat kali percubaan yang gagal untuk melepasi paras sokongan tersebut. Ramalan kami pada minggu lalu, percubaan kali kelima ini akan bergantung sepenuhnya terhadap perjanjian dagangan antara AS dan China dan prospek untuk ia ditandatangani. Namun, walaupun terdapat banyak kenyataan optimis dikeluarkan, ia tidak membuahkan sebarang hasil. Perunding Amerika sudah bersedia untuk bertemu namun mereka mahukan jaminan daripada pihak China bahawa Beijing sanggup untuk melindungi harta dan teknologi intelektual, serta pembelian produk agrikultur dari Amerika Syarikat. Adakah China akan melakukannya, dan apakah langkah yang akan mereka ambil, semua masih menjadi persoalan. Jadi percubaan kali kelima untuk melepasi paras pada MA200 yang dibuat pada pertengahan minggu berakhir dengan kegagalan. Setelah jatuh ke paras 108.27, pasangan itu mengubah arah pergerakannya dan mengakhiri sesi mingguan sedikit tinggi berbanding paras purata pergerakan yang dinyatakan iaitu pada 108.63;
  • Matawang Kripto. Ramalan utama yang sering kali disebut-sebut sejak kebelakangan ini boleh dihadkan kepada dua patah perkataan: “hati-hati” dan “pesimis”. Kami berharap para pedagang dan juga pelabur telah mendengar nasihat untuk berhati-hati, kerana pesimis telah memberikan justifikasinya sekali lagi: Bitcoin berada pada paras terendahnya pada hari Jumaat, 22 November setelah kerugian hampir 20% daripada nilainya, turun daripada $8,500 kepada $6,820. Menurut kebanyakan penganalisis, para penghasil yang mula menjual aset kripto mereka secara aktif menjadi punca kepada penurunan itu. Sebahagian daripada mereka memerlukan wang fiat bagi terus kekal dan meneruskan kerja-kerja mereka, manakala sebahagian yang lain pula telah mengambil keputusan meninggalkan pasaran setelah berasa kecewa.
    Dorongan lain kepada penjualan tersebut adalah akibat daripada ura-ura dari Shanghai China yang mengatakan tentang kehadiran pihak polis ke pejabat bursa kripto Binance.
    Altcoin ternama seperti Ripple (XRP/USD), Ethereum (ETH/USD) dan Litecoin (LTC/USD) menurut sahaja pergerakan “abang besar” mereka iaitu Bitcoin. Akhirnya, jumlah modal keseluruhan pasaran kripto menurun sebanyak 15.8%, daripada $239 bilion kepada $201 bilion.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Terdapat peningkatan dalam bilangan yang memohon manfaat bagi penganggur di Amerika Syarikat. Pertumbuhan KDNK untuk suku keempat masih belum mencapai 0.5%. Hal ini membuatkan para pelabur merasakan ia adalah permulaan bagi kemelesan ekonomi di Amerika. Kita menantikan kumpulan indikator makroekonomi yang terbaru dari Amerika Syarikat pada minggu hadapan, dan ia akan mengesahkan sama ada Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedahnya ataupun tidak pada Januari-Februari nanti. Tambahan pula, penurunannya bukanlah sebanyak 0.25% yang menjadi kebiasaan, tetapi mungkin dua kali ganda iaitu 0.5%.
    Sudah tentu, semua ini bergantung sepenuhnya terhadap keputusan akhir suku keempat serta tahun 2019 secara keseluruhannya. Namun jangan lupa tahun 2020 adalah tahun bagi pilihanraya Presiden di AS, keadaan ekonomi di Amerika bergantung sama ada Trump akan kekal menerajui White House buat penggal kedua ataupun tidak. Buat masa ini, akibat tekanan yang beliau berikan, pihak Rizab telah melaksanakan langkah awal polisi pelonggaran dan menyuntik dolar ke dalam ekonominya. Situasi sama berlaku pada awal 2000. Pada waktu itu, pihak Rizab cuba untuk meningkatkan pengeluaran dengan menurunkan kadar, namun dalam masa yang sama ia telah menghasilkan gelembung pinjaman perumahan dan mengakibatkan krisis yang berlaku pada tahun 2007-2008.
    Buat masa ini, kebanyakan indikator adalah berwarna merah. Namun jika mengikut situasi tidak menentu seperti yang dinyatakan di atas, penganalisis tidak menjangkakan pasangan ini akan mampu untuk melepasi paras sokongan 1.1000. Analisis grafik pada H4 serta D1 juga menunjukkan selepas satu atau dua kali ia gagal untuk berbuat demikian, pergerakannya akan beralih ke atas: pertama sekali menuju ke paras rintangan pada 1.1090, dan lebih tinggi kemudiannya, sehingga menghampiri 1.1175.
    Sudah tentu, hasil daripada rundingan dagangan antara AS-China yang seterusnya, yang mana Beijing ingin adakan sebelum 28 November, serta Hari Kesyukuran di AS mampu memberi kesan mendalam terhadap sebut harganya. 65% penganalisis menjangkakan beberapa konsensus mengenai isu ini akan dicapai menjelang akhir tahun, dan akan menyebabkan pertumbuhan nilai dolar serta penurunan pasangan EUR/USD ke zon di antara 1.0800-1.0900;
  • GBP/USD. Dalam menantikan pilihanraya parlimen di UK pada 12 Disember serta penangguhan ke atas Brexit, pasangan ini bergerak ke saluran sisi antara 1.2780-1.2980 selama lima minggu berturut-turut. Indikator trend serta pengayun pada D1 adalah kelabu. Ramalan para penganalisis boleh dianggap sebagai seimbang (50% kepada 50%). Laporan Inflasi yang akan dikeluarkan pada hari Rabu 27 November dilihat tidak akan mampu untuk mengeluarkan pasangan ini keluar dari saluran tersebut. Situasi untuk minggu hadapan lebih banyak bergantung kepada keadaan di AS berbanding di UK. Perkembangan positif dalam rundingan dagangan antara AS-China mungkin memberi impuls yang kuat kepada bear, menurunkan kedudukannya ke paras sokongan 1.2650;  
  • USD/JPY. Pihak Rizab telah menyuntik likuiditi dolar ke dalam pasaran. Namun Bank of Japan telah melakukan perkara yang sama bertahun lamanya dalam usaha untuk meningkatkan inflasi serta menambah pengeluaran. Dalam masa yang sama, kadar faedah ke atas yen yang ditetapkan oleh penggubal undang-undang Jepun adalah jauh lebih rendah berbanding dolar. Justeru para pelabur akan tertarik kepada matawang Jepun sebagai tempat perlindungan hanya apabila berlakunya krisis kewangan. Walau bagaimanapun, menurut carta, tiada krisis kewangan yang berlaku sejak penghujung musim panas lalu, disebabkan itulah nilai yen jatuh dan garis lengkungan sebut harganya terus menuju ke atas.
    Kini berlakunya penyatuan di zon 108.60 bagi setiap dolar. Namun pasangan ini mungkin akan bergerak lebih jauh ke atas - sehingga paras 109.50 jika perjanjian dagangan antara AS dan China semakin hampir untuk ditandatangani. Kebanyakan penganalisis (65%) menjangkakan pergerakan tersebut dalam masa terdekat ini.
    Harus diingat bagi tempoh sederhana, lebih ramai penganalisis (70%) menantikan pasangan ini untuk jatuh dan kembali ke zon di antara 105.70-106.70. Unjuran tersebut kebanyakkanya berkaitan dengan kemerosotan indikator ekonomi di AS serta langkah pelonggaran kuantitatif yang diambil oleh pihak Rizab;

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  25 – 29 November, 20191

  • Matawang Kripto. Semasa ramalan ini dibuat, kedudukan pasangan BTC/USD adalah hampir sama dengan kedudukannya pada sebulan lalu, sebelum ia melonjak pada 25 Oktober. Ingat lagi nilai matawang kripto mencecah paras $10,500 selepas itu, tambahan sebanyak 40% terhadap nilai tertingginya akibat daripada berita mengenai Presiden China Xi Jinping yang menyokong pembangunan blockchain.
    Jika dilihat pada carta, sangat jelas Bitcoin sedang bergerak di saluran ke arah bawah sejak 26 Jun lalu. Jika pergerakan ini berterusan, kita jangkakan pertama sekali ia akan bergerak ke arah sisi di sepanjang paras $7,300, dan kemudian sekali lagi jatuh, kali ini ke paras $5,000.
    Harapan pelabur yang mungkin dapat memberi sedikit sinar terhadap nilai tukaran bitcoin adalah pemberhentian separuh penghasilannya pada tahun 2020. Menurut beberapa sumber, selepas langkah tersebut diambil pada tahun 2020, kadar matawang kripto ini mampu melonjak sebanyak 4000%. Mereka menyatakan lonjakan nilai aset digital yang memberi keuntungan kepada para penghasil setelah pemberhentian berlaku sebanyak dua kali sebelum ini sebagai hujah mereka. Selepas pemberhentian kali pertama, nilainya melonjak 3420%. Kali kedua - naik sebanyak 4080%.
    Buat masa ini, indeks Crypto Fear & Greed bitcoin telah jatuh di bawah paras merah dan berada pada nilai 23, merujuk kepada perasaan “amat takut”. Menurut pencipta indeks tersebut, indikator ini membawa maksud pasaran berada dalam keadaan yang amat panik, dan berkemungkinan ia akan mula bertumbuh tidak lama lagi. Lagipun, kebanyakan spekulator yang memiliki coin pada suatu tahap akan mula mahu nilainya naik, walaupun pada awalnya mereka meraih untung apabila nilainya jatuh. Hakikatnya, itu adalah sesuatu yang logik dalam pasaran.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami