Ogos 1, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Ekonomi di AS kini bukan saja meleset. Ia sedang meluncur jatuh dengan cepat. Penurunan KDNK AS bagi suku kedua adalah yang terbesar pernah direkodkan - negatif 32.9%. Punca penurunannya bukan rahsia lagi - ia disebabkan oleh langkah-langkah kuarantin akibat wabak coronavirus. Harapan pihak berkuasa adalah untuk menghalang COVID-19 daripada tersebar tanpa perlu membantutkan ekonominya. Sesetengah negeri telah berjaya mengetatkan kuarantin tanpa mengehadkan aktiviti ekonomi dan seterusnya mengurangkan bilangan jangkitan.
    Walau bagaimanapun, harapan dan realiti adalah perkara yang berbeza - nilai negatif 32.9% yang sama telah mengejutkan para pelabur, sehingga menyebabkan kejatuhan nilai dolar AS serta indeks saham berulang kali. Walaupun kedua-dua indikator ini menunjukkan perbezaan fasa pada musim bunga - semasa indeks USD (DXY) mengalami pertumbuhan, Nasdaq dan S&P500 pula akan menyusut, dan juga sebaliknya, namun kini kedua-duanya mengalami penurunan.
    Berbeza dengan Amerika Syarikat, keadaan di Eropah adalah lebih baik, ini dapat dibuktikan oleh indikator makroekonomi yang dikeluarkan pada minggu lalu. KDNK di Jerman hanya turun sebanyak 10.1% untuk tempoh mutlak, di Eurozone pula - sebanyak 12.1%, manakala data KDNK serta perbelanjaan pengguna di Perancis serta jualan runcit di Jerman dilihat lebih optimis, semua ini menyumbang kepada pengukuhan matawang Eropah.
    Pasangan EUR/USD telah mengalami pertumbuhan selama tiga bulan berturut-turut, pertumbuhan paling kukuh sejak 1998 serta lonjakan tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Dalam bulan Julai sahaja, nilai euro mengalami pengukuhan sebanyak 725 mata (5.6%) berbanding dolar, jumlah yang tidak pernah dicatakan sejak September 2010. Hasilnya, pasangan ini mencecah paras tertinggi mingguan 1.1908 pada hari Jumaat 31 Julai, diikuti penurunan akibat daripada penetapan pulangan bulanan, dan mengakhiri sesi pada paras 1.1775;
  • GBP/USD. Mengikut jejak langkah EUR/USD, pasangan ini terus mengalami pertumbuhan. Sepanjang minggu lalu, nilai pound telah mengatasi nilai dolar dengan jumlah sebanyak 380 mata, hampir mencecah paras 1.3200, namun terhenti pada paras 1.3170. Kemudian, seperti yang berlaku kepada euro, keuntungan bulan Julai telah ditetapkan dan ia berakhir pada paras 1.3085;
  • USD/JPY. Matawang Jepun telah mengukuhkan kedudukannya hampir keseluruhan minggu. Pergerakan paling ketara berlaku pada hari Khamis, 30 Julai akibat pengeluaran data KDNK di AS yang agak tidak menyenangkan. Pada waktu itu, pasangan tersebut hampir mencapai paras 104 yen bagi setiap dolar. Walau bagaimanapun, perubahan arah trend yang mendadak telah berlaku pada hari Jumaat, dan ia kembali ke paras permulaan pada lima hari yang lalu. Paras terakhirnya adalah 105.90. Oleh yang demikian, perubahan nilai untuk seminggu hanyalah kira-kira 20 mata saja;
  • Matawang Kripto. Penantian semua orang sejak pertengahan bulan Mei apabila penghasilan bitcoin dikurangkan akhirnya berlaku. Bitcoin berjaya melepasi paras $10,000 dengan pantas dan kemudian terhenti, hanya mencapai ketinggian $11,365, selepas itu bergerak mengikuti trend mendatar sehingga kehilangan turun naiknya secara perlahan-lahan, dan memilih ufuk $11,000 sebagai Pivot Point.
    Para penganalisis menjelaskan penurunan nilai dolar yang berterusan serta bermulanya kejatuhan pasaran saham sebagai punca pertumbuhan matawang kripto utama itu. Matawang dolar telah berhenti daripada memainkan peranan sebagai aset terlindung, disebabkan itu pada musim bunga ini, di tengah-tengah situasi panik akibat wabak COVID-19, para pelabur sekali lagi beralih minat kepada instrumen tradisional seperti logam berharga, dan dalam masa yang sama kepada “emas digital” - bitcoin.
    Pasangan BTC/USD telah menghentikan penyatuan nilainya dengan indeks saham dan kembali bersatu dengan XAU/USD. Perkara ini sekali lagi menunjukkan pelabur-pelabur berinstitusi besar hanya melihat BTC sebagai “sampingan” kepada aset teras kewangan. Sukar untuk meraguinya, kerana walaupun dengan jumlah keseluruhan pasaran kripto yang telah mencecah $330 bilion, jumlahnya itu adalah lebih kecil berbanding dengan pasaran tradisional.
    Sepanjang minggu lalu, modal pasarannya itu mencatatkan rekod pertumbuhan tertinggi sebanyak $44 bilion, atau lebih kurang 15%. Indeks Fear & Greed Kripto mencatatkan bacaan 75 (53 seminggu sebelumnya), menyamai dengan keadaan coin yang dibeli secara berlebihan dan menunjukkan kemungkinan akan berlakunya proses pembetulan.
    Dalam perjalanannya ke atas, matawang kripto utama tersebut telah membawa sekali altcoin terkenal, malah pertumbuhan yang ditunjukkan adalah lebih besar berbanding aset “induk”: bitcoin (BTC/USD) 17%, ripple (XRP/USD) 19%, ethereum (ETH/USD) 21%, litecoin (LTC/USD) 30%. Dalam jangka masa panjang, penganalisis menilai peluang Ethereum adalah lebih besar berbanding yang lain. Dengan kebarangkalian sebanyak 75%, nilai coin itu mampu melonjakkan sehingga $400 menjelang akhir tahun ini.
    Pertumbuhan pasaran kripto sudah semestinya menjadi berita utama pada minggu ini, namun terdapat juga faktor lain yang mungkin akan memainkan peranan mereka dalam menentukan masa depan. Lihat, sebuah Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat akhirnya mengiktiraf bitcoin sebagai wang. Pengumuman itu dibuat oleh Beryl Howell, Ketua Hakim Mahkamah Daerah di Daerah Columbia selepas menghakimi kes CEO Coin Ninja Larry Dean Harmon yang dituduh menggubal wang haram berjumlah $311 juta. Beliau maklum bahawa konsep wang itu “kebiasaannya bermaksud kaedah pengedaran, cara pembayaran ataupun simpanan. Bitcoin tergolong dalam kategori tersebut”. Terdapat undang-undang terdahulu yang diguna pakai di AS, dan keputusan seperti itu mampu memberi kesan yang amat mendalam kelak.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Pada minggu lalu, para pegawai Rizab Persekutuan telah sedia maklum mengenai kadar pemulihan ekonomi di AS bergantung sepenuhnya terhadap situasi epidemiologi yang berlaku. Perkara sama juga akan berlaku di Eropah. Namun begitu, hakikatnya ahli-ahli politik di Eropah perlu bermesyuarat setiap kali ingin mencapai kata sepakat dan membuat keputusan, walaupun ia mengambil masa tetapi mereka berjaya melakukannya. Langkah pengkuarantinan yang diambil oleh para pemimpin setiap negara di dalam EU ternyata lebih tersusun dan berkesan berbanding di Amerika Syarikat, dan ini memberi kesan terus kepada keadaan ekonominya. Ini membuktikan bahawa keadaan di Amerika adalah lebih teruk daripada di Eropah, dan ia dapat dilihat pada kadar pasangan EUR/USD.
    75% indikator trend pada H4 serta 100% pada D1 adalah berwarna hijau, manakala 85% pengayun pada kedua-dua tempoh masa juga menunjukkan warna yang sama. Selain itu, 45% penganalisis mengunjurkan pertumbuhan matawang euro yang berterusan, dan disokong oleh analisis grafik pada D1. Sasarannya adalah paras psikologi penting pada 1.2000, dan jika berjaya dilepasi, laluan ke paras jangka sederhana iaitu 1.2500 akan terbuka luas.
    Namun, jika melihat semula keadaan pada September 2017, dapatlah kita lihat selepas paras 1.2000 berjaya dicapai, pembetulan mendadak selama dua bulan ke paras 1.1550 akan menyusul, dan hanya selepas itu pasangan ini akan mencecah ketinggian 1.2500.
    Sudah tentu tiada wabak coronavirus yang melanda pada tiga tahun lalu dan kini semuanya mungkin akan berlaku mengikut senario berbeza. Walau bagaimanapun, menurut 55% penganalisis, matawang dolar tidak harus disingkirkan. Melihat pada keadaan sekarang, mereka percaya pasangan ini mampu turun ke zon antara 1.1650-1.1700, dan perkara ini telah disahkan oleh analisis grafik pada H4 malah 15% pengayun sudah menunjukkan bahawa ia memiliki lebihan belian.
    Untuk minggu hadapan, tumpuan harus diberikan kepada indikator Indeks Aktiviti Perniagaan ISM bagi sektor pembuatan serta perkhidmatan di AS (masing-masing akan dikeluarkan pada 3 dan 4 Ogos), juga data pasaran buruh (NFP) yang biasanya akan dikeluarkan pada Jumaat pertama setiap bulan.
    Harus diingat untuk jangka masa sederhana, majoriti (80%) penganalisis menjangkakan keadaan di AS bertambah baik dan dolar akan kembali ke paras di antara 1.1000-1.1300;
  • GBP/USD. Tidak seperti EUR/USD, isyarat yang menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan belian telah dibuat oleh kebanyakan pengayun: 15% pada H4 dan 35% pada D1. Analisis grafik pada H4 juga menunjukkan penurunan. Namun indikator trend masih lagi menunjukkan pertumbuhan - 90% pada H4 dan 100% pada D1.
    Dalam kalangan penganalisis, majoritinya memihak kepada bear - 60% pada W1 manakala 80% pada MN - ini menunjukkan ketidaktentuan yang dialami pasaran tentang kekukuhan matawang British. Memang benar, walaupun keadaannya agak tenang, masalah berkenaan Brexit masih lagi belum selesai.
    Kekaburan berkenaan keadaan serta prospek ekonomi di UK mungkin dapat dijelaskan pada hari Khamis, 6 Ogos apabila Bank of England bermesyuarat dan laporan polisi kewangan mereka dikeluarkan serta keputusan tentang kadar faedahnya diumumkan. Selain itu, para pelabur serta pedagang juga menunggu ucapan oleh ketua Bank of England Andrew Bailey selepas itu.
    Sementara itu, paras-paras berikut boleh digunakan untuk pasangan GBP/USD: paras sokongan -1.3000, 1.2900, 1.2770 dan 1.2670, paras rintangan- 1.3200 dan paras tertinggi bulan Disember 2019, 1.3515;
  • USD/JPY. 60% penganalisis yang mendapat sokongan analisis grafik pada H4 percaya bahawa pasangan ini akan sekali lagi cuba untuk melepasi paras 104.00 dalam beberapa hari nanti. Jika ia gagal, pasangan ini akan kembali berada di sekitar 106.00 dalam tempoh sebulan sebagai permulaan, dan kemudian naik ke paras yang lebih tinggi - ke zon di antara 106.60-108.00. Mengikut baki 40% lagi penganalisis, pasangan ini tidak akan cuba untuk turun, dan ia akan serta-merta naik ke paras 108.00.
    Selepas turun naik yang dialami pasangan ini pada minggu lalu, terdapat kekeliruan yang ditunjukkan sepenuhnya oleh indikator pada H4. Namun D1 masih lagi didominasi warna merah, ia turut disumbang oleh 80% pengayun serta bilangan indikator trend yang sama;
  • Matawang Kripto. Menurut penganalisis di Glassnode, setelah harganya melepasi kadar halangan psikologi iaitu $10,000, para penghasil mula menyimpan kebanyakan bitcoin yang mereka hasilkan. Hal ini akan menghasilkan defisit di pasaran dan menyumbang kepada pertumbuhan nilainya.
    Menurut jutawan Max Kaiser, pengasas Heisenberg Capital, matawang kripto utama harus melepasi nilai tertinggi sebelum ini iaitu $20,000 dan berada pada kadar $28,000. Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan ramalan itu. “Pelaburan bitcoin adalah sesuatu yang mengasyikkan. Walau bagaimanapun, jangkaan Kaiser bahawa ia perlu mencapai nilai tertinggi yang baru di sekitar $28,000 mungkin tidak akan berlaku - jelas jutawan Data Center Six-Nines Sergey Toshin. - Seperti kebiasaannya, perkara yang pertama kali digembar-gemburkan akan menjadi kenyataan, namun ianya menjadi sedia kala setelah berulang kali berlaku. Mungkin apabila nilai bitcoin mencecah paras $17,000-$18,000, kebanyakan pelabur akan mula mendapatkan pulangan, menunggu proses pembetulan untuk berlaku.”
    Jangkaan yang agak sederhana turut dikongsikan para penganalisis di Bloomberg. Mereka percaya bahawa jika bilangan alamat aktif milik pengguna tidak berubah, sasaran nilai untuk bitcoin adalah paras tertinggi 2019 iaitu $12,734.
    Bagi ramalan biasa yang dibuat oleh penganalisis, 60% daripada mereka menjangkakan pembetulan akan berlaku tidak lama lagi dan mengakibatkan penurunan pasangan ini ke paras rintangan $10,000. Baki 40% lagi bersetuju dengan ramalan yang dikeluarkan Bloomberg. Selain itu, para penganalisis yang berwaspada tidak henti-henti mengingatkan tentang kemeruapan trend kripto. Natijahnya, niaga hadapan yang dilancarkan pada tahun 2017 adalah permulaan suasana suram untuk kripto, dan setelah nilainya mengalami pertumbuhan memberangsangkan pada sebulan setengah pertama tahun 2020, nilai bitcoin jatuh ke paras $3,830 sehingga membahayakan kewujudan keseluruhan pasaran matawang digital.
    Namun terdapat juga berita baik untuk mereka yang takutkan perkara seperti itu. Platform Abra, salah satu veteran dalam industri bitcoin telah menambah ciri-ciri untuk mendapat pulangan daripada deposit yang dibuat ke atas matawang kripto dan juga stablecoin. Menurut laman web syarikat berkenaan, TrueUSD (TUSD), Tether (USDT) serta USD Coin (USDC) adalah antara yang paling menguntungkan - 9% setiap tahun. Pulangan tahunan ke atas deposit bitcoin dan ethereum pula masing-masing adalah 4.1% dan 4.0%. Kadar yang ditawarkan Abra ternyata lebih tinggi berbandng kadar faedah bank ke atas deposit dolar ataupun euro, ia suatu berita yang baik. Wakil dari Abra dalam temubual bersama The Block menjawab persoalan yang timbul mengenai kebolehpercayaan deposit-deposit ini - kadarnya akan disemak setiap minggu. Amat menyedihkan jika kadar tersebut jatuh ke paras sifar atau menuju ke zon negatif sama sekali.

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03 - 07 Ogos, 20201

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami