September 17, 2022

EUR/USD: Menantikan Mesyuarat FOMC Rizab Persekutuan AS

  • Minggu lalu pihak Bank Dunia berkata bahawa risiko untuk berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun 2023 semakin meningkat walaupun pengetatan polisi kewangan terus dilaksanakan oleh bank-bank Persekutuan utama dunia serta krisis tenaga di Eropah. Menurut pakar strategi Citigroup, dolar terus kekal sebagai satu-satunya aset selamat bagi para pelabur untuk melindung nilai modal sedia ada terhadap risiko penyusutan portfolio pelaburan mereka.

    Pasaran saham global terus mengalami kerugian sebanyak $23 trilion sejak awal tahun 2022, dan harga bon juga turut menyusut. Bagi mata wang AS pula, nilainya terus bertambah, tidak seperti nilai saham dan juga aset risiko yang lain. Mengikut unjuran penganalisis, kadar Indeks Dolar DXY mungkin akan menghampiri 112.00 mata dalam tempoh tiga bulan akan datang, memperbaharui paras tertinggi sepanjang 20 tahun. Para pelabur percaya bahawa ekonomi AS akan dapat mengatasi kemelesetan global yang pasti akan berlaku dengan lebih baik berbanding ekonomi-ekonomi di negara dan rantau yang lain serta mengukuhkan lagi nilai dolar.

    Pasaran kini memfokuskan kepada mesyuarat FOMC Rizab Persekutuan AS yang akan diadakan pada hari Rabu, 21 September. Parameter utama yang akan menentukan polisi kewangan Bank Persekutuan tersebut pada masa ini adalah kadar inflasi dan juga situasi di pasaran buruh. Statistik penting telah dikeluarkan pada minggu lalu, termasuklah jualan runcit serta tuntutan pengangguran di AS. Data-data ini mengukuhkan lagi jangkaan para pelabur bahawa pihak Rizab Persekutuan akan meneruskan polisi pengetatan kuantitatif (QT) mereka. Menurut CME Group, kadar kebarangkalian untuk satu lagi kenaikan sebanyak 75 mata asas (bp) dianggarkan pada 74%, manakala kenaikan sebanyak 100 mata asas pula adalah 26%. Disamping itu, penganalisis di Wells Fargo percaya bahawa kenaikan kadar faedah ini telah dibantu dengan kadar pengurangan penyata imbang yang lebih cepat.

    Unjuran untuk paras neutral kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan juga akan dinilai semula dalam mesyuarat tersebut. Kadar unjuran median bagi kadar dana persekutuan untuk tahun 2022 dijangka akan disemak semula kepada 3.875%, naik daripada 3.375% untuk unjuran bulan Jun.

    Semua langkah-langkah di atas mungkin akan mendorong kepada pengukuhan nilai dolar serta penyusutan kadar pasaran saham. Senario bertentangan hanya mungkin akan berlaku jika pelan tindakan yang diumumkan itu tidak dilaksanakan dengan tiba-tiba. Walau bagaimanapun, perkara ini hanya akan berlaku jika kadar KDNK menyusut dengan mendadak, peningkatan kadar pengangguran dan juga kejayaan yang meyakinkan dalam mengatasi inflasi. Tiada satu pun antara tiga perkara itu dapat dilihat di Amerika Syarikat buat masa ini.

    Kadar Indeks Harga Pengguna (CPI) yang dikeluarkan pada 13 September lalu susut daripada 8.5% kepada 8.3% dalam masa sebulan. Namun, unjuran sebelum ini menjangkakan penyusutan yang lebih rendah, ke paras 8.1%. Faktor negatif lain ialah peningkatan kadar inflasi utama untuk tahun ke tahun iaitu 6.3%, kadar tertinggi sejak bulan Mac dan tiga kali lebih tinggi berbanding sasaran bank Persekutuan tersebut iaitu 2%. Namun pasaran buruh adalah sebaliknya, kadarnya lebih baik, dan ia menyokong kepada jangkaan kadar faedah akan dinaikkan. Pertumbuhan kadar tenaga kerja agak teguh sejak dua bulan lalu, dengan purata pekerjaan baru sebanyak 421K.

    Bagi Eurozone pula, kadar inflasinya naik kepada 9.1% untuk bulan Ogos. Melihat kepada perkara ini, sesetengah penganalisis percaya bahawa pihak ECB juga mungkin akan terus menaikkan kadar faedah mereka sebanyak 0.75%. Namun, mesyuarat penggubal dasar itu yang berikutnya tidak akan diadakan dalam masa terdekat ini, pada 27 Oktober nanti. Ini bermaksud kadar pengetatan kuantitatif (QT) mereka akan jauh ketinggalan berbanding rakan sejawatnya di seberang laut. Dalam masa yang sama, menurut pakar strategi di Rabobank, situasi ketidakstabilan di rantau itu mungkin bermaksud “kenaikan kadar tidak akan mengukuhkan nilai euro dengan ketara.” Melihat kepada nilai dolar AS yang semakin kukuh, penganalisis itu percaya bahawa kedudukan pasangan EUR/USD mungkin akan turun ke paras 0.9500 pada minggu hadapan.

    Pasangan EUR/USD mengakhiri minggu lalu pada paras 1.0013. Semasa ulasan ini dibuat, pada petang Jumaat, 16 September, jangkaan para penganalisis adalah seperti berikut. 75% penganalisis menyatakan bahawa pasangan ini akan terus bergerak ke bawah dalam masa terdekat, 25% lagi memilih penerusan pergerakan mendatar di sepanjang garis Pivot Point iaitu 1.0000. Tiada satu pun unjuran yang memihak kepada bull.

    Dalam kalangan indikator pada D1, 65% berwarna merah, 35% berwarna hijau. Dalam kalangan pengayun, 25% juga berwarna hijau, 25% yang sama menunjukkan warna merah, manakala 50% lagi berwarna kelabu neutral.

    Pasangan ini telah bergerak di sepanjang garis kesetaraan sejak empat minggu lalu. Julat dagangan utamanya adakah antara 0.9900-1.0050. Dengan mengambil kira gangguan di kedua-dua arah, julatnya dilihat menjadi lebih besar: 0.9863-1.0197. Sokongan kukuh selepas zon 0.9860 berada di sekitar 0.9685, sasaran bear pula, seperti yang dinyatakan di atas, adalah 0.9500. Paras rintangan serta sasaran bull adalah seperti berikut: 1.0050, 1.0080, 1.0130, kemudian 1.0200 dan 1.0254, sasaran berikutnya adalah di sekitar 1.0370-1.0470.

    Selain daripada mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) serta unjuran dan juga komen-komen yang akan diberikan, kami juga menjangkakan data baru kadar pengangguran di AS pada minggu hadapan. Ia akan dikeluarkan pada hari Khamis, 23 September. Manakala kadar indikator aktiviti perniagaan (PMI) di Jerman dan juga Eurozone secara keseluruhannya akan diketahui pada akhir minggu bekerja, pada hari Jumaat, 23 September.

GBP/USD: Menunggu Mesyuarat Bank of England

  • Mata wang British telah mencapai satu lagi anti rekod. Setelah naik ke paras 1.1737 pada awal minggu, arah pergerakan pasangan GBP/USD berubah dan turun dengan mendadak. Penurunan itu reda sedikit pada hari Rabu, namun terus susut kemudiannya. Paras terendah mingguannya dicapai pada hari Jumaat, 16 September dengan berada pada paras 1.1350. Pasangan ini berada pada kedudukan terendah itu pada 37 tahun yang lalu, pada tahun 1985. Kedudukan terakhir untuk minggu lalu berada 75 mata lebih tinggi, pada paras 1.1425.

    Selain daripada pengukuhan nilai dolar yang disebabkan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan, tekanan lain yang dihadapi oleh mata wang British itu berpunca daripada penurunan kadar jualan runcit di United Kingdom. Jumlahnya turun 1.6% untuk bulan ke bulan pada bulan Ogos, tiga kali ganda lebih tinggi daripada yang diunjur iaitu 0.5%.

    Menurut penganalisis, pembetulan teknikal yang kukuh boleh menghentikan penurunan itu. Itupun hanya untuk masa yang singkat. Pakar strategi di Bank MUFG percaya bahawa trend penurunan GBP/USD mungkin akan terus berlaku ke paras paling rendah dalam sejarahnya iaitu 1.0520. “Dengan jumlah belanjawan di UK serta defisit akaun semasa yang mencecah 15% daripada kadar KDNK jika digabungkan bersama-sama, tekanan yang dihadapi GBP untuk turun ke bawah akan terus wujud,” jelas mereka.

    Bank of England juga akan mengumumkan keputusan mereka mengenai kadar faedah sehari selepas pihak FOMC bermesyuarat, pada hari Khamis, 22 September. Jangkaan utamanya mencadangkan kadar faedah mungkin akan dinaikkan sebanyak 50 mata asas, daripada 1.75% kepada 2.25%. Namun, terdapat kemungkinan penggubal dasar itu akan menaikkan kadarnya kepada 2.50% dengan serta-merta yang akan memberi sokongan kepada mata wang British buat  sementara.

    Walau bagaimanapun, hal ini memberikan maksud tersirat. Jika kenaikan kadar yang dijangka benar-benar berlaku, ia akan mewujudkan beban yang lebih besar terhadap ekonomi negara itu yang kini sudahpun berada dalam keadaan membimbangkan. Kami ada nyatakan sebelum ini, menurut pihak Dewan Perniagaan British (BCC), UK sudah pun berhadapan dengan kegawatan, manakala kadar inflasinya akan mencecah 14% pada tahun ini. Menurut Goldman Sachs, kadar itu boleh mencecah 22% menjelang hujung tahun 2023 yang akan mendorong kepada kelembapan berlarutan ekonominya serta penyusutan ekonomi melebihi 3.5%. Penyelia sumber tenaga di British iaitu Ofgem telah mengumumkan bahawa purata bil tahunan penggunaan tenaga elektrik isi rumah akan naik sebanyak 80% bermula Oktober ini. Manakala menurut Financial Times, jumlah isi rumah yang hidup di bawah paras kemiskinan akan naik lebih dua kali ganda pada Januari dan mencecah 12 juta orang.

    Sementara menunggu mesyuarat Rizab Persekutuan dan juga Bank of England, ramalan median untuk minggu hadapan dilihat agak neutral. Satu pertiga penganalisis berpihak kepada dolar, satu pertiga lagi - memihak pound, manakala baki satu pertiga pula berpendirian neutral. Bacaan indikator pada D1 sekali lagi hampir berwarna merah kesemuanya. 100% warna merah ditunjukkan oleh indikator trend. Untuk pengayun, 85% menunjukkan penurunan dan 15% lagi menunjukkan pergerakan mendatar. Tiada pengayun yang menunjukkan pertumbuhan.

    Untuk bull pula, ia akan berhadapan dengan rintangan di zon dan paras 1.1475, 1.1535, 1.1600, 1.1650, 1.1710-1.1740, 1.1800, 1.1865-1.1900, 1.2000. Sokongan terdekat berada di zon antara 1.1400-1.1415, diikuti dengan paras terendah pada 16 September lalu iaitu 1.1350. Berdasarkan kepada pertambahan kadar kemeruapan, kita hanya boleh meneka pada paras manakah pasangan ini akan turun lebih rendah. Kami hanya boleh katakan paras terendah dalam sejarah yang dicapai pada tahun 1985 iaitu 1.0520.

    Selain daripada mesyuarat Bank of England, antara perkara yang boleh didapati pada kalendar untuk minggu hadapan termasuklah data aktiviti perniagaan (PMI) di UK yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat, 23 September. Sedia maklum bahawa negara ini akan menyambut hari cuti bank pada hari Isnin, 19 September. 

USD/JPY: Menunggu Mesyuarat Bank of Japan

  • Selain daripada mesyuarat Rizab Persekutuan dan Bank of England, Bank of Japan (BOJ) juga akan bermesyuarat pada minggu hadapan. Menurut ramalan, pihak penggubal dasar di Jepun akan terus melaksanakan polisi kewangan yang sangat longgar serta mengekalkan kadar faedah negatifnya (-0.1%) tidak berubah.

    Pastinya keajaiban boleh berlaku, tetapi kadar kebarangkaliannya hampir kepada 0. Dalam masa yang sama, menurut pakar ekonomi dari Societe Generale, tindakan unilateral BOJ itu hanya akan mampu menghentikan penyusutan nilai yen. Namun ia tidak akan cukup untuk mengubah arah trend ke bawah USD/JPY. Societe Generale memanggil kegawatan yang berlaku di AS, keadaan yang akan mendorong kepada pengurangan hasil bon Perbendaharaan AS sebagai satu lagi prasyarat.

    Pasangan USD/JPY mengakhiri sesi minggu lalu dengan berada pada paras 142.90, gagal untuk mencecah paras tertingginya iaitu 145.00. Namun, menurut penganalisis di Bank of America, sentimen bullish terhadap pasangan ini masih lagi sama, dan ia masih mensasarkan untuk mencecah paras 150.00. Dalam masa yang sama, para penganalisis di bank tersebut maklum dengan tiga paras berikut: pembetulan Fibo sebanyak 38.2% (corak head and shoulder) pada paras 145.18, paras tertinggi 1999 iaitu 147.00, serta sasaran A=C pada paras 149.53.

    Rintangan paling dekat untuk pasangan ini adalah 143.75, sama seperti untuk minggu lalu. Tugas utama bull adalah untuk berada di atas paras 145.00. Pada musim bunga lalu, semasa menganalisis kenaikan kadar pasangan ini, kami memberikan ramalan yang menyatakan ia mampu mencecah paras tertingginya iaitu 150.00 pada bulan September. Ia mungkin akan menjadi kenyataan berdasarkan kepada kenaikan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan. Sokongan untuk pasangan ini berada pada paras dan di zon antara 142.00-142.20, 140.60, 140.00, 138.35-139.05, 137.50, 135.60-136.00, 134.40, 132.80, 131.70.

    Pendapat penganalisis Bank of Amerika itu disokong oleh 65% penganalisis, 25% pula berpendirian sebaliknya, baki 10% lagi kekal neutral. 100% pengayun pada D1 adalah berwarna hijau, walaupun 10% daripadanya sudah memberikan isyarat pasangan ini memiliki lebihan belian. Dalam kalangan indikator trend, 75% adalah warna hijau dan 25% pula adalah berwarna merah.

    Selain daripada mesyuarat BOJ, tiada sebarang data makro penting untuk ekonomi Jepun yang dijangka akan dikeluarkan pada minggu ini. Pedagang juga perlu ambil perhatian bahawa hari Isnin, 19 September, dan Jumaat, 23 September adalah hari cuti di Jepun.

MATA WANG KRIPTO: ETH Selepas Penggabungan: Susut dan Bukan Bertumbuh

Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 19 - 23 September, 20221

  • Menjadi kebiasaan untuk kami mulakan ulasan dengan mata wang kripto utama iaitu bitcoin. Namun untuk kali ini, mari beralih daripada kebiasaan dan memberi tumpuan kepada altcoin utama, Ethereum. Ini disebabkan oleh pelaksanaan yang mungkin menjadi antara yang terpenting dalam industri kripto untuk tahun 2022. Pada 15 September, rangkaian ETH melaksanakan kemas kini The Merge di peringkat global yang melibatkan peralihan altcoin itu daripada protokol Proof-of-Work kepada Proof-of-Stake (PoS). Ini bermakna sekuriti blokchain itu sekarang bukan disahkan oleh penghasil, tetapi oleh kumpulan pengesah: pengguna yang meletakkan deposit dan membina blok coin milik mereka (staking).

    Kini, daripada menjalankan rangkaian komputer yang berskala besar, kumpulan pengesah akan menggunakan cache Ethereum mereka untuk mengesahkan transaksi dan juga menghasilkan token baru. Hal ini seharusnya akan menambah baik kepantasan serta kecekapan rangkaian supaya ia dapat memproses lebih banyak transaksi dan juga menyelesaikan masalah pertambahan jumlah pengguna. Pembangunnya mendakwa bahawa kemas kini ini akan menjadikan rangkaian tersebut sebagai hos untuk ekosistem tukaran mata wang kripto, syarikat pinjaman, pasaran token non-playable (NFT) serta lain-lain aplikasi yang lebih selamat dan juga boleh skala. Disamping itu, mata wang kripto sering kali mendapat kritikan kerana penggunaan sumber tenaga yang tinggi. Kini Ethereum akan menggunakan 99.9% lebih rendah daripadanya.

    Para peminat altcoin ini percaya bahawa proses penggabungan itu akan merevolusikan industri serta membolehkan Ethereum mendahului bitcoin dari segi jumlah modal pasaran dan juga nilainya. Walau bagaimanapun, pendapat ramai orang yang berwibawa kedengaran lebih tenang. Contohnya, Bank of America (BofA) percaya bahawa hard fork ini mungkin tidak akan menyelesaikan masalah kebolehskalaan atau fi yang tinggi tetapi mungkin akan mendorong kepada penerimaan daripada pelabur-pelabur berinstitusi. Penurunan ketara dalam penggunaan sumber tenaga selepas The Merge akan membolehkan sebahagian daripada pelabur untuk membeli altcoin ini buat pertama kalinya. “Kebolehan untuk membeli ETH dan menjana pulangan yang berkualiti lebih tinggi daripadanya (kredit dan risiko likuiditi lebih rendah) oleh pengesah atau menerusi staking mungkin juga boleh mendorong kepada penerimaan pelabur-pelabur berinstitusi,” akui BofA.

    Ketua Pegawai Strategi CoinShares iaitu Meltem Demirors dilihat lebih pesimis. Beliau percaya bahawa para pelabur tidak mempedulikan keseluruhan situasi pasaran yang digembar-gembur berkisar tentang The Merge. Tidak dapat dipastikan lagi sama ada pelaksanaan ini akan menarik modal pelaburan yang ketara atau pun tidak. “Realitinya adalah lebih membosankan,” jelas pakar strategi CoinShares itu. “Di peringkat global, para pelabur lebih khuatir tentang kadar faedah dan juga indikator makro. Saya percaya bahawa modal besar yang baru mungkin tidak akan mengalir masuk ke dalam ETH.”

    Akhirnya hanya masa yang akan menentukan bagaimana reaksi pasaran terhadap The Merge. Buat masa ini, nilainya susut dan bukannya bertumbuh. Pencetus kepada perkara ini adalah kejatuhan indeks saham (S&P599, Dow Jones dan Nasdaq) akibat daripada data inflasi di AS untuk bulan Ogos. Peserta pasaran memutuskan bahawa dalam situasi seperti itu pihak Rizab Persekutuan akan mengetatkan polisi kewangan mereka dengan lebih aktif serta menaikkan kadar faedahnya. Kadar faedah itu dijangka akan dinaikkan lagi sebanyak 0.75% atau malah 1.0% pada minggu hadapan. Disebabkan itu nilai dolar mula naik mendadak, menakala nilai aset berisiko, termasuklah bitcoin dan juga Ethereum menyusut, BTC turun kepada $19,341 pada petang Jumaat, susut 15% daripada nilainya sepanjang minggu, ETH turun kepada $1,403, “mengecil” sebanyak 20%.

    Menurut kebanyakan penganalisis, disebabkan oleh pendirian hawkish Rizab Persekutuan dan juga ECB, dinamik pasaran kripto akan terus negatif sekurang-kurangnya sehingga penghujung tahun ini. Melihat kepada penurunan selera risiko pasaran, bukan saja agak sukar untuk bitcoin kekal di atas paras psikologi pentingnya iaitu $20,000, malah juga di atas paras terendah 18 Jun lalu iaitu $17,600. Gagal kekal di atas paras ini mengancam kepada penurunan lebih rendah.

    Seorang pedagang yang juga penganalisis dengan nama gelaran filbfilb menjangkakan penurunan bitcoin dari kedudukan sekarang ke paras antara $10,000-11,000 dalam temubualnya bersama Cointelegraph. Menurut penganalisis itu, nilai bitcoin semakin berkait rapat dengan pasaran saham AS yang berhadapan dengan tekanan akibat polisi Rizab Persekutuan. Mata wang kripto pertama itu tergolong sebagai aset berisiko, bukannya insuran terhadap inflasi.

    Penganalisis itu sedia maklum bahawa musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi akan menjadi ujian penting bagi rakyat dan juga ahli-ahli politik di Kesatuan Eropah, kesan daripadanya akan memberi impak negatif kepada para hodler. Persoalan paling penting ialah bagaimana negara-negara di rantau itu bertahan daripada krisis bahan api. Menurutnya, semua keputusan berada di tangan para diplomat yang mampu mencegah daripada berlakunya darurat. Jika tidak, aset berisiko akan berhadapan dengan masa depan yang sukar. “Dialog antara Rusia dan juga pihak NATO adalah sangat penting: lebih cepat ia diadakan, lebih tinggi paras terendah bitcoin akan berada”, tekan filbfilb.

    Perlu ambil maklum juga di sini bahawa kadar kebergantungan BTC terhadap pasaran saham AS turun mendadak pada bulan Ogos dan ia adalah yang paling rendah untuk tahun ini. Namun, kadar itu mula meningkat semula, dan menurut perkhidmatan TradingView, kadar korelasi antara bitcoin dan indeks S&P500 telah mencecah 0.59. Situasi sama juga berlaku dengan Nasdaq. Korelasinya turun kepada 0.31 pada bulan Ogos, dan naik kepada 0.62 pada bulan September. Penganalisis itu memberi peringatan bahawa kebergantungan kripto terhadap pasaran saham menjadi lebih tinggi setelah indeks korelasi melebihi 0.5. Jika kadar itu melebihi 0.7, kebergantungannya menjadi ideal.

    Namun, walaupun dengan sentimen-sentimen negatif, masih ada lagi harapan di hujung jalan. Penganalisis filbfilb yang disebutkan tadi ada mengatakan tanda-tanda lonjakan nilai pada Q1 2023 adalah “jelas”. Beliau melihat kepada dua perkara sebagai punca. Pertama sekali adalah faktor bermusim. Trend penurunan berakhir setelah 1000 hari penghasilannya dikurangkan (yang akan berlaku pada awal tahun hadapan). Faktor kedua adalah perubahan sentimen menjadi positif berdasarkan kepada teori permainan. Dengan kebarangkalian sebanyak 2/3, penganalisis menjangkakan rantau Eropah akan berjaya berhadapan musim sejuk yang akan tiba. Namun jika semuanya menjadi teruk, ia akan menambah kadar kemungkinan dialog bersama Rusia akan diadakan demi membawa kestabilan untuk jangka masa pendek.

    Penganalisis mata wang kripto dengan nama panggilan Rager tidak percaya nilai BTC akan turun ke paras $12,000. Beliau percaya bahawa tiada sebarang jaminan yang boleh didapati apabila berurusan dengan bitcoin. Namun, pada pendapat beliau, aset itu berkemungkinan besar sedang membentuk paras terendah bagi pasaran bear di atas nilai $19,000. Seorang lagi penganalisis dan juga pedagang dengan nama gelaran Rekt Capital percaya bahawa semuanya sedang bergerak menuju ke fasa terakhir penyusutan bitcoin. “Sebahagian besar daripada pasaran bear sudah pun berlalu, dan keseluruhan pasaran bull menanti kita di hadapan. Paras terendah untuk pasaran bear akan dicapai sama ada pada bulan November, Disember atau permulaan Q1 tahun 2023.”

    Rekt Capital sedia maklum bahawa data-data ini menunjukkan terdapat kemungkinan nilai BTC akan naik sebanyak 200%, tetapi ada satu kaveat bersamanya: nilai Bitcoin harus turun lebih rendah sebelum ia naik. “Sudah pasti, untuk jangka masa pendek, harga BTC boleh turun sebanyak 5%-10%,” jelas Rekt Capital. “Namun untuk jangka masa panjang, lonjakan nilai melebihi 200% mungkin akan berlaku.”

    Walaupun nilai BTC susut, Michael Saylor, pengasas syarikat MicroStrategy mengharapkan yang terbaik. Syarikat beliau berniat untuk terus membeli aset ini. Terdapat laporan yang mengatakan ia akan menjual sahamnya yang bernilai $500 juta. Antara lain, hasil jualan tersebut akan diguna untuk menambah jumlah simpanan mata wang kripto mereka. Sila maklum bahawa MicroStrategy adalah syarikat yang memiliki bitcoin paling banyak. Ia memiliki sebanyak 129,699 coin yang dibeli pada kadar tukaran purata bernilai $30,664. Pembelian terakhirnya (480 BTC) dibuat pada bulan Jun.

    Semasa ulasan ini dibuat (pada petang Jumaat, 16 September), pelaburan oleh MicroStrategy ini sangat tidak menguntungkan kerana BTC/USD didagangkan pada kadar $19,730 (ETH/USD - $1,435). Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto sekali lagi turun di bawah paras psikologi pentingnya iaitu $1 trilion dengan jumlah $0.959 trilion ($1.042 trilion seminggu lalu). Kadar Indeks Fear & Greed Kripto susut 2 mata dalam masa tujuh hari daripada 22 kepada 20 dan masih berada dalam on Extreme Fear.

 

Bahagian Analisis NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami