Oktober 4, 2017

Kita akan memeriksa dua penasihat: MACD Sample dan Moving Average. Kelebihan utama yang dimiliki adalah kedua-duanya dimasukkan ke dalam edisi standard platform MT4 oleh MetaQuotes Software Corp. Ini bermakna ia tidak perlu dicari dan memasangkannya secara berasingan ke dalam terminal anda. Apa yang perlu dilakukan hanyalah membuka panel ‘Navigator’ dan ia akan dipaparkan (fig. 1).

Disebabkan MACD Sample yang dipaparkan, kita akan mula dengannya dahulu.

Fig. 1.

MACD Sample – difficult level1

Ulasan:

  • “Ini adalah penasihat berasaskan MACD yang paling popular dan terkenal. Dengan tetapan yang betul, ia dapat membantu menjayakan transaksi anda.”
  • “Kami mendapat hasil yang teruk dan serupa dengan menggunakan tetapan asal walaupun sudah dioptimumkan: semuanya negatif. Hanya beberapa opsyen memberi keuntungan, dan ianya sangat kecil berbanding penggunaan pinjaman.”
  • “Penasihat yang ringkas dan boleh diguna oleh pedagang baru. Walaupun ringkas dan linear dalam membuat keputusan, ia dapat memberi keuntungan yang berpatutan.”
  • “Kerugian dialami selepas menggunakan penasihat ini. Kami tidak dapat mengoptimumkannya serta kehilangan deposit disebabkan beberapa posisi kerugian besar yang dibuat. Algoritma MACD Sample perlu diubah!”

Jika dilihat, semua ulasan tidak sepakat: ada yang mengatakan “keuntungan berpatutan”, ada pula yang mengatakan “semuanya negatif”. Bagi memahami MACD Sample dengan lebih lanjut, kami menjalankan kajian kami sendiri. Mari lihat bagaimana ia berfungsi.

Mencari penasihat yang berasaskan indikator MACD pada terminal MetaTrader sangatlah mudah (fig. 2).

 

Fig. 2.

MACD Sample – difficult level2

Pesanan beli berlaku apabila indikator histogram terletak di bawah kosong dan merentasi garisan signal dari bawah ke atas.

Sementara itu, histogram pesanan jual perlu berada di atas kosong dan merentasi garisan signal dari atas ke bawah.

Moving Average (MA) digunakan sebagai filter tambahan, dengan penasihat hanya membuat dagangan ke arah trend Moving Average.

Tetapan asal MACD Sample telah dioptimumkan pembangun untuk pasangan GBP/USD pada rangka masa empat jam. Walau bagaimanapun, analisis kami yang lepas memberi hasill yang sedikit. Selepas setahun setengah dari 01.01.2016 hingga 30.06.2016 keuntungan bagi 0.1 lot hanya USD 478 dan penggunaan pinjaman maksimum pula hanya USD 1390. Bilangan dagangan juga tidak memuaskan: 78 dagangan dalam 78 minggu, i.e satu dagangan seminggu (fig. 3).

 

Fig. 3.

MACD Sample – difficult level3

Kami memperoleh hasil lebih baik dengan GBP/USD menggunakan tetapan asal pada rangka masa H1: keuntungan sebanyak USD 838 dan penggunaan pinjaman maksimum sebanyak USD 637 selepas 146 dagangan (Fig. 4).


Fig. 4.

MACD Sample – difficult level4

Selain menguji penasihat ke atas GBP/USD pada rangka masa M1, M5, M30, H1 dan H4, kami juga mengujinya pada pasangan EUR/USD dan USD/JPY.

Hasil terbaik selepas setengah tahun dengan EUR/USD adalah pada rangka masa seminit M1: ia memberi keuntungan sebanyak USD 1148 dengan penggunaan pinjaman maksimum sebanyak USD 395 selepas 91 transaksi (fig. 5).


Fig. 5.

MACD Sample – difficult level5

Bagi USD/JPY pula, keuntungan terbanyak adalah pada rangka masa M5: keuntungannya USD 1273 dengan penggunaan pinjaman maksimum USD 874 selepas 83 transaksi (fig. 6).


Fig. 6.

MACD Sample – difficult level6

 

Kesimpulan:

Hasil demonstrasi di atas menunjukkan MACD Sample benar-benar boleh berikan keuntungan yang kecil jika tetapan tertentu pada pasangan matawang tertentu digunakan; tetapi, apa yang dilihat jauh dari keuntungan yang stabil. Walaupun kelihatan ringkas, penasihat perlu diawasi, selain dari perlu mengujinya berulang kali serta pemantauan dagangan yang berterusan.

Tambahan lagi, sebilangan kecil transaksi yang berjaya diselesaikan (satu atau dua seminggu) bermaksud sukar untuk mendapatkan hasil yang sama dalam pemerhatian masa hadapan.

Sesetengah sumber mencadangkan MACD Sample digunakan untuk berlatih. Kami tidak mengesyorkannya, kerana selepas bermacam hasil negatif yang mungkin diterima pedagang baru semasa mengujinya, ia akan menimbulkan keraguan terhadap algotrading secara keseluruhan. Disebabkan itu, lebih baik untuk berlatih menggunakan penasihat yang lebih stabil dan menguntungkan.

 

Penilaian kami*

MACD Sample – difficult level7

* - penilaian ini adalah berdasarkan ujian yang dilakukan kami sendiri dan mewakili pendapat kami saja. Kemungkinan untuk mendapat hasil yang lebih baik dengan menguji penasihat ini pada pasangan matawang berbeza menggunakan tetapan yang berbeza tidak boleh dinafikan.


Artikel seterusnya akan membincangkan hasil ujian kami pada indikator kedua yang dipasang id MT4: Moving Average.


« Uji Robot Penasihat Forex
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami