Kehadapan Pelanggan dan Rakan Niaga,

Apabila menggunakan Internet, emel atau apa-apa bentuk komunikasi, atau mengendalikan operasi dagangan dan kewangan, atau berinteraksi dengan pengguna lain, termasuk staf NordFX, penting bagi anda untuk tahu dan patuh pada garis panduan keselamatan berikut.

Anda digalakkan untuk memahami rekomendasi berikut dengan teliti supaya dapat mengelakkan diri dari ditipu serta melindungi butiran diri dan kewangan dengan selamat.

Maklumat asas:

  • Staf NordFX tidak akan meminta anda menyediakan maklumat sulit (termasuklah kod akses) dengan menghantar emel atau mesej yang mengandungi program komputer.
  • Jika anda menerima surat dari NordFX dengan kandungan yang meragukan atau panggilan bagi pihak syarikat meminta anda memasang perisian atau memberi maklumat sulit, sila hubungi Bantuan Pelanggan NordFX untuk penjelasan. Hanya gunakan maklumat Bantuan Pelanggan NordFX dari laman web kami: http://nordfx.com/.
  • NordFX tidak akan menghantar sebarang mesej dari servis emel percuma (@gmail.com, @yahoo.com, @hotmail.com, dll.).
  • Semua transaksi yang memerlukan maklumat sulit seharusnya dilakukan hanya melalui sambungan Internet yang selamat - ia akan dipapar di awal alamat laman web. Jika ia sambungan yang selamat, imej mangga berkunci akan dipaparkan di bahagian atas atau bawah skrin komputer anda.

Langkah Keselamatan:

  • Guna perisian anti virus dan selalu mengemaskininya. Jalankan anti virus dengan kerap untuk mengesan perisian hasad.
  • Kemaskini sistem operasi anda mengikut tempoh yang disyorkan pembangun.
  • Guna perisian tambahan - firewall, perlindungan dari perisian intip, akses tanpa izin, filter anti spam dan sebagainya.
  • Sambungan Wi-Fi: Jika anda gunakan sambungan Internet tanpa wayar, pastikan ia dilindungi dengan kata laluan dan selamat. Peranti dengan WPA2 dan 802.11i menggunakan Advanced Encryption Standard (AES) untuk perlindungan.
  • Jangan guna emel atau peti masuk elektronik yang dikongsi bersama orang lain.
  • Hadkan akses orang lain kepada komputer anda.
  • Jangan bekerja dengan komputer dalam mod admin.
  • Set pelayar Internet anda untuk menghalang muat turun automatik dan membuka fail Internet serta memuat turun pengawal ActiveX tidak sah.
  • Jangan simpan dokumen rasmi atau kod akses dalam komputer kerana ada kemungkinan ia akan digodam atau dicuri. Dokumen rasmi dan kod akses termasuklah salinan pasport atau ID lain, nombor akaun bank, kata laluan, salinan kad debit dan kredit serta lain-lain lagi.
  • Jika anda menggunakan komputer awam, cth. di kafe Internet, pastikan anda benar-benar log keluar dari laman web yang dilawati. Sebelum itu, padam semua cookies untuk meminimumkan risiko meninggalkan maklumat sulit.

Kata Laluan dan Kod Akses:

  • Jangan masukkan butiran sulit jika tetingkap log masuk berlainan dari tetingkap NordFX yang biasa (logo, kapsyen dan fon berbeza, dll.) atau ia tidak dipaparkan dengan betul (urutan kerja dalam sistem tergendala). Perhatikan pada mesej yang dipapar pada skrin komputer.
  • Tukar kata laluan dari semasa ke semasa (selang waktu yang optima setiap 2-3 bulan).
  • Jangan cipta kata laluan yang mudah dan senang (111111, 12345, qwerty, dll) dan tidak menggunakan tarikh lahir, nombor telefon atau data yang mudah ditemui.
  • Jangan membalas apa-apa yang diragui yang meminta anda menghantar kata laluan dan butir sulit lain (memancing data). Ingat bahawa NordFX tidak akan meminta kata laluan atau kod akses anda melalui emel atau cara yang lain.
  • Simpan kod akses dan kata laluan dengan selamat dan jangan kongsikannya.
  • Jangan benarkan pelayar anda untuk menyimpan kata laluan apabila melawati laman web yang meminta kod akses.
  • Jangan tinggalkan komputer semasa sedang log masuk (cth. Kabinet Pedagang) tanpa pengawasan. Log keluar walaupun untuk jangkamasa yang pendek.
  • Pengguna sistem bertanggungjawab untuk melindungi maklumat sulit peribadi. Jika kata laluan atau maklumat seseorang atau komputer seseorang itu telah diceroboh atau cubaan telah dilakukan, sila hubungi Bantuan Pelanggan NordFX dengan segera dan minta halangan ke akaun dagangan dibuat serta mengeluarkan kata laluan yang baru.

Servis Emel:

  • Jangan memasang dan menyimpan fail yang dicurigai yang diterima dari sumber tidak dipercayai, dimuat turun dari laman web tidak dikenali, menghantar atau menerima emel melalui telekonferens, dll). Ia seharusnya dipadam dengan segera. Jika perlu untuk memuat turun fail, biar anti virus anda mengimbasnya.
  • Apabila menggunakan emel, beri perhatian pada penghantarnya, sama ada ia antara muka servis emel popular seperti gmail.com, hotmail.com, yahoo.com, dll. atau program seperti Outlook, Outlook Express, The Bat!. Jika anda tidak mengenali penghantar, adalah disyorkan untuk tidak membuka lampiran yang ada tanpa mengira kandungannya.
  • Tiada program kemaskini, peningkatan atau program komputer dihantar melalui emel. Jika anda kenal penghantarnya dan sentiasa berhubung, ia masih tidak menjamin lampiran yang ada selamat. Anda disyorkan untuk mengimbasnya menggunakan anti virus dan menyimpannya dalam folder berbeza di cakera keras anda. Jika tiada apa yang ditemui anti virus, anda boleh terus membukanya pada folder tersebut.
  • Kebanyakkan serangan siber moden telah dikaitkan dengan penggunaan keselamatan pelayar web yang mudah diserang. Untuk mengurangkan risiko penyerang menggunakannya, anda perlu set tahap keselamatan pelayar ke tahap paling maksima (cth. halang Java atau kawalan ActiveX). Jika laman web memerlukan elemen tersebut, anda dinasihatkan untuk membenarkan penggunaannya dengan menambah laman web tersebut ke dalam senarai putih.
  • Apabila menggunakan servis mesej segera seperti ICQ, Instant Messaging, Skype, dll., anda perlu mengikuti garis panduan sama apabila menggunakan emel - jangan terima fail dari sumber tidak dikenali, juga berhati-hati dengan fail dari sumber biasa. Imbas semua fail menggunakan anti virus.

Terima kasih kerana membaca maklumat ini dengan teliti. Jika terdapat sebarang soalan berkenaan keselamatan dan penipuan pihak ketiga, sila hubungi Bantuan Pelanggan kami secara terus melalui emel: support@nordfx.com atau maklum balas di laman web syarikat: https://ms.nordfx.com/.

Ikhlas dari, NordFX

Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami