Program dagangan ini bermanfaat untuk pedagang dan pengurus yang mempunyai beberapa akaun dalam satu masa. Ia mempunyai antara muka mesra pelanggan dan semua ciri utama MT4 serta semua data dipancar secara selamat menggunakan solusi Advanced Security.

Mudah digunakan dan terdapat banyak ciri untuk pedagang baru mendapatkan pengalaman kerana MetaTrader4 boleh dijadikan sebagai analisis pasaran manakala MultiTerminal untuk berdagang.

Kelebihan utama:

  • Potensi untuk mengubah belian dan jualan pesanan selepas ia dilakukan, dan juga menutup sebahagian atau sepenuhnya;
  • Dagangan hanya dilakukan pada akaun pelabur, mengurangkan seliaan dari pengurus.
  • Pengagihan volum dagangan yang diperlukan untuk setiap akaun secara manual atau automatik (menggunakan algoritma pengagihan sama rata atau membiarkan program mengagih volum dagangan berdasarkan nisbah ekuiti secara automatik.

Perlu diingatkan:

  • penting untuk membaca Panduan Pengguna MultiTerminal sebelumnya. Kami syorkan untuk mencuba program ini pada akaun demo;
  • semua akaun yang diuruskan perlu berada dalam satu server.
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih

MetaTrader 4 MultiTerminal adalah versi yang dibangunkan khusus untuk platform MT4 yang paling popular di dunia, direka bagi pedagang yang menggunakan pelbagai strategi dagangan secara serentak, serta untuk pengurus PAMM dan juga penyedia isyarat dagangan yang berdaftar di servis Salin Dagangan NordFX.

Mereka yang bijaksana berpesan jangan letakkan semua telur dalam satu bakul yang sama. Justeru, ketika anda berdagang di pasaran kewangan, anda perlu menggunakan strategi dagangan berbeza bagi mempelbagaikan tahap risiko serta tidak kehilangan semua modal pada satu dagangan. Tambahan pula, syarikat broker NordFX menyediakan peluang hebat kepada para pelanggannya untuk tujuan ini, mereka mempunyai pilihan instrumen dagangan yang meluas dan dikumpulkan ke dalam beberapa jenis akaun: Fix, Pro, Zero dan Stocks.
Namun, jika anda mengaplikasikan beberapa strategi dengan menggunakan hanya satu terminal dagangan, pasti anda akan berdepan dengan masalah kerana sukar bagi pedagang untuk menilai keberkesanan serta tahap risiko sesuatu strategi itu. Inilah yang ditawarkan terminal MetaTrader 4 MultiTerminal, anda boleh berdagang pada hampir semua akaun yang anda ada dalam satu-satu masa.

Oleh itu, para pelanggan NordFX boleh melakukan transaksi ke atas sesuatu strategi khusus pada tiap-tiap akaun yang berbeza. Dalam masa yang sama, dengan menggunakan MultiTerminal, seseorang itu boleh membuka order secara serentak dengan volum yang sama pada kesemua akaun, atau membuat transaksi dengan saiz berbeza pada akaun yang berbeza, menggunakan jumlah wang, baki atau keuntungan yang ada.

Multiterminal memiliki antaramuka ringkas dan intuitif yang sama dengan antaramuka MT4 biasa untuk PC, namun ia juga mempunyai beberapa ciri yang membezakannya. Justeru, selepas anda memuat turun MultiTerminal dari laman web NordFX, kami sarankan anda membaca Manual kegunaannya yang boleh dimuat turun dengan menekan pautan berdekatan.

Lagi
Ikuti Kami