Februari 29, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 - 06 Mac, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 - 06 Mac, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Situasi di pasaran kewangan benar-benar dipengaruhi oleh coronavirus untuk beberapa minggu kebelakangan ini. Jika pada tahun 2019 ramai pedagang merungut pasangan EUR/USD mengalami turun naik yang rendah sepanjang kewujudannya, situasi pada tahun 2020 pula berubah secara dramatik. Pada minggu lalu saja amplitud turun naiknya mencecah 200 mata, dan pertumbuhan nilai euro pada hari Khamis 27 Februari adalah yang terpantas sejak Mei 2018. Semua ini berpunca daripada virus Covid-19 yang menghalang pelabur membeli aset berisiko dan hanya tertumpu kepada matawang selamat.

Lagi



Februari 22, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Februari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24 - 28 Februari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Indeks dolar telah pun bertambah sebanyak 2.5% sejak awal Februari lalu, berada pada kedudukan tertinggi sejak Mei 2017. Keadaan matawang euro semakin tidak menentu. Bermula pada 1 Januari, pengukuhan nilai dolar telah menyebabkan matawang Eropah itu kerugian sebanyak 440 mata. Dalam tempoh tiga minggu, matawang ini kerugian hampir 300 mata, atau 2.7% akibat penyusutan yang berterusan.

Lagi



Februari 15, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 Februari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17 - 21 Februari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Order henti rugi bagi posisi long pasangan ini terus dibuat dalam tempoh dua minggu berturut-turut. Bull mengalah, dan ia telah mengundurkan barisan pertahanannya. Pasangan ini bukan saja memperbaharui paras terendah semasa dan tahun lalu, malah kini ia berada pada nilai paling rendah sejak Mei 2017. Paling membimbangkan adalah tiada sebab jelas mengapa berlakunya kejatuhan matawang Eropah ini. Anda tahu punca kejatuhan nilai pasangan USD/CHF pada Januari 2015 adalah disebabkan oleh “Black Thursday”, atau penurunan nilai pound akibat referendum UK untuk keluar dari EU. Namun tiada sebarang perkara luar biasa yang mampu menjelaskan apa yang berlaku sekarang.

Lagi



Februari 8, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10 – 14 Februari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10 – 14 Februari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Statistik di Amerika Syarikat (termasuk ISM dan NFP) dilihat agak optimis. Indeks AS berada pada paras tertingginya yang baru sepanjang lima hari lalu: Dow Jones berada pada 29393 manakala S&P500 pula pada 3345. Penghasilan pesanan di Jerman jatuh 0.5% untuk tiga bulan berturut-turut, mengesahkan kebimbangan mengenai keadaan ekonomi di Eropah yang berada di ambang kemelesetan. Akibatnya, harapan para pelabur agar pelonggaran kuantitatif (QE) di zon Eropah akan diperluas telah bertambah, dan keyakinan kadar dolar akan terus kekal juga turut meningkat. Perkara tersebut telah dinyatakan sebelum ini oleh Timbalan Presiden Rizab Persekutuan Randal Quarles. Donald Trump juga berkongsi sikap optimis beliau menjelang pilihanraya presiden dengan bersungguh-sungguh mengingatkan para pengundinya tentang kadar pengangguran di AS berada pada paras terendah iaitu 3.5%.

Lagi



Februari 1, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03 – 07 Februari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03 – 07 Februari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Minggu lalu banyak berkisar tentang coronavirus, dan hal itu menjadi sebahagian besar dalam menentukan keadaan di pasaran. Komoditi dan matawang yang berkait rapat dengan China adalah yang paling terkesan dengannya.

Lagi



Januari 25, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27 – 31 Januari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27 – 31 Januari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Nilai euro sekali lagi jatuh, dan ia kerugian sekurang-kurangnya 70 mata berbanding dolar sepanjang tempoh lima hari lalu. Terdapat dua sebab perkara ini berlaku: epidemik coronavirus di China dan juga sikap berhati-hati Ketua ECB yang baru Christine Lagarde.

Lagi



Januari 18, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 20 – 24 Januari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  20 – 24 Januari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Bermula pada 29 November, 2019, pasangan ini bergerak di sepanjang saluran menaik. Pada 31 Disember, ia mencapai had atas saluran tersebut pada paras 1.1240, kemudian arahnya berubah dan pada 8 Januari, ia melepasi had bawah saluran yang sama pada paras 1.1225. “Adakah ia akan naik semula?” - soalan yang kami ajukan pada minggu lalu, dan majoriti penganalisis (60%) memberikan jawapan “tidak”. Ternyata sangkaan mereka tepat: Bull bertahan sehingga hari Khamis, 16 Januari namun kekuatannya berkurangan dan nilai pasangan ini akhirnya jatuh mendadak.

Lagi



Januari 11, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 13 – 17 Januari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  13 – 17 Januari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Seperti yang anda ketahui, hidup ini ada turun naiknya. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Itulah yang berlaku ketika ini: setelah berakhirnya cuti Tahun Baru, perasaan bimbang akan berlakunya perang antara Amerika Syarikat dan Iran pula datang. Namun, semakin jelas bahawa kedua-dua pihak ingin mengelak dari berperang selang beberapa hari selepas itu, dan ketegangan geopolitik akhirnya reda, ia dapat dilihat pada harga minyak.

Lagi



Januari 4, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 06 – 10 Januari, 2020

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  06 – 10 Januari, 2020Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Musim cuti adalah waktu untuk mengalih perhatian daripada masalah harian, terjun ke dalam suasana keajaiban yang dinanti-nantikan. Keajaiban memang berlaku, dan pasaran kewangan juga terlibat sama, seperti yang telah kami beritahu kepada anda sebelum ini.

Lagi



Disember 28, 2019

Ramalan: Matawang Dolar, Euro Dan Lain-Lain Bagi Tahun 2020

Ramalan: Matawang Dolar, Euro Dan Lain-Lain Bagi Tahun 2020Unjuran bagi pasangan matawang utama selepas Tahun Baru.

Tidak disangkal lagi majoriti syarikat broker dan juga mereka yang berdagang sendiri memilih pasangan EUR/USD sebagai salah satu alat utama mereka. Terdapat sumber berbeza yang menyatakan pasangan ini memilliki 22% ke 32% pegangan dalam pasaran Forex. Ia diikuti dengan USD/JPY, GBP/USD, AUD/USD, USD/CHF, USD/CAD, EUR/JPY dan EUR/GBP.

Lagi



Disember 21, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 23 – 31 Disember, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  23 – 31 Disember, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Berada pada paras 1.1110 pada hari Isnin, kedudukan pasangan ini naik seperti yang dijangka para penganalisis. Pasaran tidak memberi sebarang reaksi kepada proses awal pemecatan Presiden AS Donald Trump, dan Indeks S&P500 sekali lagi memperbaharui rekod tertinggi dalam sejarah. Namun, penghujung tahun yang sering dikaitkan dengan penurunan turun naik semakin hampir. Justeru, pasangan ini gagal mencapai sasarannya iaitu pada ketinggian 1.1200, dan merekodkan paras tertinggi mingguan pada 1.1175.

Lagi



Disember 15, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 16 – 20 Disember, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  16 – 20 Disember, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Seperti yang dijangka, pihak Rizab Persekutuan serta ECB mengekalkan kadar faedah mereka. Dalam masa yang sama, hampir tiada reaksi dari pasaran terhadap perkara itu. Presiden Donald Trump serta ketua ECB Christine Lagarde memihak kepada dolar pada minggu lalu.

Presiden AS memberitahu para penyokong beliau “kita (negara AS) sudah hampir mengikat perjanjian penting bersama China. Mereka mahukannya seperti kita juga!” » Terdapat percanggahan dalam kenyataannya, kerana sebelum itu Presiden Trump berkata hanya Beijing yang memerlukan perjanjian dagangan tersebut, namun kini Washington juga turut mahukannya.

Lagi



Disember 7, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 09 – 13 Disember, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  09 – 13 Disember, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Nilai Euro naik mendadak pada hari Isnin. Namun ia bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan. 35% penganalisis serta analisis grafik pada H4 dan D1 telah meramalkan lonjakan pasangan ini ke paras 1.1100. Sebahagian daripada mereka berpendapat pertumbuhan ini berhubung kait dengan prestasi ketua Bank Pusat Kesatuan Eropah yang baru iaitu Christine Lagarde. Tetapi semua itu dilihat tidak begitu tepat, kerana kebanyakan kenyataan pegawai tertinggi tersebut tidak banyak menyebut tentang prospek polisi kewangan tetapi lebih kepada prospek penghasilan kripto-Euro. Namun begitu, sedikit penerangan daripada pengawal selia terbesar pasti dapat menyumbang kepada pengukuhan matawang Eropah ini.

Lagi



November 30, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 – 06 Disember, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  02 – 06 Disember, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Sambutan Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat dilihat seperti bukan bermula pada hari Khamis 28 November, tetapi seawal hari Isnin 25 November. Penghujung musim bunga agak tenang, dan turun naiknya tidak melebihi 40 mata sehingga hari Jumaat, mendorong para pedagang untuk berhibernasi. Data KDNK serta hasil pengeluaran di AS yang positif telah diimbangi dengan pertumbuhan indeks harga pengguna (CPI) di Eurozone. Malah undang-undang bagi menyokong demokrasi serta hak kemanusiaan di Hong Kong yang ditandatangani Presiden Trump pada hari Khamis, ditambah dengan reaksi hebat Beijing hanya memberi sedikit reaksi kepada pasaran.

Lagi



November 24, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 25 – 29 November, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  25 – 29 November, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Jika diimbas semula, ramalan sebelum ini memfokuskan kepada ketidaktentuan yang berleluasa di pasaran. Pada waktu itu, perbezaan antara penyokong bull dan bear hanyalah sebanyak 10%. 55% penganalisis memilih pertumbuhan nilai matawang Eropah, berbanding 45% yang memilih kemerosotannya. Seolah-olah mengimbangi perbezaan tersebut, pasangan itu bertumbuh sedikit pada hari Isnin, 11 November, kemudian mencapai paras 1.0900 dan seterusnya bergerak mengikut trend ke sisi. Ia kekal berada di situ sehinggalah hari Jumaat apabila ia mengalami penurunan drastik akibat daripada statistik Eropah (PMI) yang lemah serta ucapan Ketua ECB yang baru Christine Lagarde. Namun, ia gagal untuk melepasi paras sokongan pada 1.1000 dan mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada 1.1020.

Lagi



November 16, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 18 – 22 November, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  18 – 22 November, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Presiden Trump dilihat akan dilantik semula bagi penggal kedua setelah mengukuhkan pertumbuhan KDNK di Amerika. Indeks utama di AS terus mencatat paras tertinggi dalam sejarah. Saham hadapan pada S&P500 meninggkat melepasi paras 3100. Pembelian yang bertali arus telah didorong oleh kenyataan optimis penasihat ekonomi White House Larry Kudlow mengenai perjanjian dagangan dengan China yang akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, laporan Financial Times ada mengatakan, sebenarnya White House tidak begitu gembira China bertindak melengah-lengah serta tidak menawarkan konsesi penting terhadap pemansuhan tarif. Trump juga tidak mahu membatalkan sepenuhnya pemansuhan tersebut.

Lagi



November 9, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 11 – 15 November, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  11 – 15 November, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Pada hari Khamis, 7 November, pasaran di AS memperbaharui rekod tertingginya selepas AS dan China dilaporkan bersedia untuk menamatkan duti sebagai sebahagian daripada Perjanjian Perdagangan yang telah mereka tandatangani. Para spekulator tidak lagi memandang alat dagangan selamat yang menjadi kebiasaan seperti bon, yen dan juga emas. Matawang Eropah juga menjadi lebih murah berbanding dolar: para pelabur menjangkakan indikator makroekonomi di AS akan bertambah baik selepas perang dagangan berakhir. Walaupun masih jauh lagi untuk perjanjian tersebut dipersetujui sepenuhnya, penganalisis percaya bahawa Donald Trump tidak akan membuat sebarang keputusan secara tiba-tiba menjelang pilihanraya presiden AS yang akan tiba tidak lama lagi.

Lagi



November 2, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 – 08 November, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  04 – 08 November, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Apa yang diramalkan sebenarnya tidak berlaku: Rizab Persekutuan AS menurunkan kadar faedah ke atas dolar dari 2.0% kepada 1.75% pada hari Rabu, 30 Oktober. Menjadi kebiasaan, nilai matawang AS akan mula turun, manakala pasangan ini akan bergerak ke atas, namun pergerakannya selepas itu agak sederhana: pasaran telah lama bersedia dengan penurunan oleh pihak Rizab Persekutuan ini. Hasilnya, pasangan ini sukar untuk melepasi paras 1.1175, kembali ke garis sokongan/rintangan jangka sederhana yang bermula pada bulan Mac lalu.

Lagi



Oktober 26, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 28 Oktober – 01 November, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  28 Oktober – 01 November, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Disebabkan bukan pound saja yang bergantung kepada apa yang bakal berlaku ke atas Brexit, sebagai permulaan, kami akan kongsikan situasinya jika UK keluar daripada EU seminggu sebelum ia terjadi (jika ia benar-benar terjadi) dan kesannya terhadap Euro. Ia kelihatan seperti… sebuah kitaran yang amat menakutkan.

Dari suatu sudut, Perdana Menteri Boris Johnson enggan menarik balik Perjanjian keluar daripada EU sehingga Parlimen bersetuju untuk mengundi pada 12 Disember. Namun Parlimen tidak bersetuju kerana pihak pembangkang mahu Johnson melupakan hasrat beliau untuk keluar tanpa Perjanjian dengan EU, serta mereka mahu EU bersetuju dengan terma untuk memanjangkan lagi perpisahan ini. Bagi EU untuk memutuskan berapa lama tempoh penangguhan Brexit ini, mereka akan menunggu persetujuan (atau penolakan) Parlimen mengenai undian awal yang akan diadakan pada 12 Disember nanti.

Lagi



Oktober 19, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 21 – 25 Oktober, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  21 – 25 Oktober, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Perkara paling utama pada minggu lalu sudah semestinya mengenai Brexit. Perdana Menteri yang baru Boris Johnson telah berjaya mencapai persetujuan dengan Brussels, dan pada hari Khamis, 17 Oktober, Sidang Kesatuan Eropah telah meluluskan satu perjanjian ke atas terma-terma untuk Britain keluar daripada EU serta tarikhnya, iaitu pada 01 November. Hal ini, serta kurangnya risiko dagangan serta politik di Eropah, Asia dan juga Amerika, ditambah dengan statistik yang lemah dari AS telah memihak kepada bull dan seterusnya melonjakkan nilainya.

Lagi



Oktober 12, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 14 – 18 Oktober, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  14 – 18 Oktober, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Dua perkara besar berlaku pada minggu lalu. Pertama sekali, rundingan dagangan antara AS dan China di peringkat berikutnya yang menujukkan kemajuan, permulaan kepada suatu perkara yang “lebih baik” jika mengikut kenyataan presiden Trump. Yang kedua pula adalah kejayaan dalam rundingan Brexit. Harapan menggunung untuk melihat perpisahan UK dikawal selia telah menaikkan nilai pound dan seterusnya turut menarik matawang Eropah ini ke atas. Ia dibantu oleh minit mesyuarat ECB yang dikeluarkan pada hari Khamis, 10 Oktober yang telah mengesahkan dasar pelonggaran (QE) oleh pihak Bank akan berakhir. Hasilnya, pasangan ini mampu melonjak ke paras 1.1062.

Lagi



Oktober 5, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 07 – 11 Oktober, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  07 – 11 Oktober, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Kebanyakan penganalisis (55%) telah menjangkakan pasangan ini akan melalui proses pembetulan ke zon 1.100. Senario ini turut mendapat sokongan 15% pengayun pada D1 dan juga W1, suatu isyarat jelas bahawa pasangan ini telah terlebih jual. Ramalan ini boleh dianggap tepat 100% kerana kadar EUR naik ke paras USD 1.0999 pada hari Khamis, 3 Oktober. Amaran yang dibuat analisis grafik juga benar-benar berlaku kerana sebelum pasangan ini boleh berada pada paras 1.1000, ia dijangka akan mengalami penurunan dan situasi tersebut boleh dilihat pada permulaan minggu.

Lagi



September 30, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 30 September – 04 Oktober, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  30 September – 04 Oktober, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Jika sesuatu bencana menimpa Trump, ia memberi kelebihan kepada dolar. Bukti kesimpulan ini ada pada carta sebut harga. Selepas pertemuan dengan Presiden Ukraine, kini Presiden negara AS itu mahu dipecat, dan indeks dolar sudahpun melonjak ke paras di sekitar 99.00. Kemudian matawang euro kerugian 100 mata lagi, akibatnya pasangan EUR/USD memperbaharui paras terendahnya, mengakhiri minggu tersebut pada 1.0940 iaitu paras terendah bulan April 2017.

Lagi



September 22, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 23 - 27 September, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  23 - 27 September, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Para penganalisis telah membincangkan perkara ini untuk tempoh yang agak lama dan akhirnya ia berlaku: Rizab Persekutuan AS telah menurunkan kadar faedah utamanya sebanyak 0.25% kepada 2.0% pada hari Rabu, 18 September. Disebabkan perkara ini sudah lama diketahui, reaksi pasaran terhadap senario ini juga telah lama dibuat, dan tiada lonjakan “epoch-making” yang berlaku. Sebaliknya, turun naiknya berkurangan, dan pergerakan pasangan ini bertukar ke arah sisi di koridor antara 1.1000-1.1075, dan pergerakan ini juga telah dikenalpasti oleh para pelabur.

Lagi



September 14, 2019

Malapetaka Sektor Kewangan 2019-2020

Malapetaka Sektor Kewangan 2019-2020Dunia seakan kaku menantikan krisis kewangan global. Sesetengah penganalisis meramalkan ia akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi, ada pula yang berpendapat ia hanya akan berlaku pada penghujung tahun 2020 - awal tahun 2021. Namun kedua-duanya adalah seperti gambaran sebuah malapetaka. Penurunan harga minyak, bijih timah serta tembaga, kejatuhan nilai saham dan matawang, pemberhentian kerja beramai-ramai dan juga muflis.

Lagi



September 7, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 09 - 13 September, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  09 - 13 September, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Julat antara 1.1025-1.106 boleh digelar sebagai zon Pivot Point sejak sebulan setengah yang lalu. Pasangan ini telah kembali ke kedudukan antara julat tersebut pada penghujung sesi dagangan minggu lalu, dan situasi ini menunjukkan ketidaktentuan yang sedang berlaku di pasaran.

Sudah diketahui situasi yang berlaku ini kebanyakannya adalah berpunca daripada perang dagangan yang dimulakan Trump dan juga polisi Rizab Persekutuan AS. Berita mengenai rundingan antara Washington dan Beijing mungkin akan disambung semula seawal Oktober ini telah memberi impak positif pada pasaran saham: indeks S&P500 melonjak naik menghampiri paras 3000 sekali lagi, manakala kadar pertumbuhan hasil bon 10 tahun Perbendaharaan AS kini mencapai hasil tertinggi sejak tiga tahun lalu. Dalam masa yang sama, nilai dolar mula kukuh, mencecah nilai maksimumnya berbanding nilai euro sejak Mei 2017. Akhirnya, pada hari Selasa 03 September, pasangan EUR/USD sekali lagi mencatat paras terendahnya, berada pada paras 1.0925.

Lagi



Ogos 31, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 - 06 September, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  02 - 06 September, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Seperti yang dijangka, rundingan antara negara-negara G7 yang berlangsung pada 24-26 Ogos tidak memberi sebarang kesan ke atas pasaran tukaran asing. Namun nilai dolar Amerika dilihat lebih kukuh kesan daripada pelbagai faktor yang lain, dan ini bertentangan dengan apa yang Donald Trump harapkan. Kami akan senaraikan sebahagian daripada punca yang ada. Pertama sekali, ia melibatkan retorik pendamaian antara AS dan China yang diharap mampu memperoleh persetujuan dalam aspek perdagangan. Selain itu, terdapat juga peningkatan dalam perbelanjaan barangan kegunaan persendirian di Amerika Syarikat (naik 4.7% berbanding 4.3% yang diramalkan) serta lonjakan hasil bon perbendaharaan AS dan juga indeks saham. Semua ini, jika ditambah dengan kelembapan inflasi di Jerman serta kenyataan yang dikeluarkan bakal Ketua ECB iaitu Christine Lagarde mengenai langkah yang mungkin diambil bagi menyokong ekonomi Eurozone (EQ), nilai dolar lebih kukuh kira-kira 200 mata berbanding euro.

Lagi



Ogos 24, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 26 - 30 Ogos, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  26 - 30 Ogos, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Secara tradisinya, Simposium Ekonomi Tahunan Jackson Hole (The Jackson Hole Annual Economic Symposium) akan memberi gambaran lebih jelas berkenaan polisi kewangan AS. Disebabkan itu pasaran menanti-nantikan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada majlis tersebut.

Di sebalik itu, semasa Alan Greenspan memegang jawatan Ketua Rizab Persekutuan, timbul satu lagi tradisi berlainan: memberi sebanyak mungkin kekaburan ketika menjawab soalan, dengan itu tiada sebarang janji khusus yang boleh dikaitkan kepada sesiapa.

Lagi



Ogos 17, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19 - 23 Ogos, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  19 - 23 Ogos, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Seperti yang diramal kebanyakan penganalisis dan turut disokong oleh analisis grafik, nilai dolar meningkat, manakala pasangan EUR/USD pula jatuh sebagaimana apa yang berlaku kepada euro. Memang benar nilainya tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu pada 1.1025, paras terendah 1 Ogos lalu, dan ia hanya berada pada nilai 1.1065 iaitu paras terendah setempat.

Punca kejatuhan matawang Eropah ini adalah pertama sekali disebabkan oleh janji-janji “doves” yang diberikan oleh ketua pengarah Bank of Finland yang juga salah seorang bekas calon bagi ECB iaitu Olli Rehn. Menurut kenyataan yang diberi pegawai terkemuka di Kesatuan Eropah, pasaran telah menjangkakan pengurangan kadar utama sebanyak 0.1 (malah mungkin 0.2) peratusan mata (kini pada nilai -0.4%) pada pada bulan September, serta penyambungan semula program pelonggaran kuantitatif QE dengan volum sebanyak 50 bilion euro setiap bulan.

Lagi



Ogos 10, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 12 - 16 Ogos, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi  12 - 16 Ogos, 2019Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Penyatuan garis bagi pasangan ini berlaku di zon sokongan/rintangan yang kuat iaitu pada paras 1.1200. Umumnya, pasangan ini kerap berada pada zon antara 1.1150-1.1215 kerana ia adalah Pivot Point utama bagi tahun 2015-2016. Kini, selepas tiga tahun, sekali lagi pasangan ini turun dan berada pada julat tersebut, dan ini mungkin memberi sedikit petunjuk bahawa berlakunya kecelaruan dalam pasaran.

Terdapat pelbagai faktor bagi ketidakpastian ini.

Lagi



Back 1 ... 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 ... 16 Next
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami